Khamis, 30 April 2009

PROGRAM: GOTONG-ROYONG DI RSK KANGAR







30 April 2009 - Gotong-royong telah dijalankan di RSK Kangar. Kakitangan RSK Kangar telah memberikan komitmen yang baik di dalam menjalankan gotong-royong membersihkan serta mengindahkan kawasan RSK Kangar.

LAWATAN JAWATANKUASA LANSKAP RSK







29 April 2009 - Jawatankuasa Lanskap / Edible Garden RSK Kangar seramai 16 orang kakitangan RSK diketuai oleh Timbalan Penguasa RSK (Pn Hajah Fatimah Othman) mengadakan lawatan ke beberapa lokasi rekreasi di Negeri Kedah dan Perlis bagi mendapatkan ilham atau idea untuk mengindahkan lanskap RSK Kangar.

Ahad, 26 April 2009

LAWATAN: KOLEJ KOMUNITI KULIM


26/4/2009(Ahad)- Kolej Komuniti Kulim, Kedah mengadakan lawatan dan program gotong-royong di RSK yang disertai seramai 16 orang pelajar dan 4 orang pensyarah.

LAWATAN: GERAKAN PERSATUAN WANITA BUKIT TANGGA


25/4/2009(Sabtu) - Lawatan Amal Gerakan Persatuan Wanita, Felda Bukit Tangga, Kedah yang diketuai oleh Puan Chombie dan 40 orang ahli persatuan.

Jumaat, 24 April 2009

FORUM EHWAL ISLAM DI KUALA PERLIS




23 APRIL 2009 - Warga Emas Islam RSK Kangar dibawa menghadiri Forum Ehwal Islam di Masjid Saidina Abu Bakar, Kuala Perlis. Panel forum terdiri dari Tuan Syeikh Fisol(Kadi Daerah Kubang Pasu) dan Ustaz Dato' Badaruddin Bin Hj Ahmad(Insaniah). Tajuk forum adalah "Jalan-Jalan Ke Syurga".

Rabu, 22 April 2009

REKREASI & TERAPI FIZIKAL: PANTAI KUALA PERLIS






22 April 2009 - Seramai 20 orang Warga Emas Terlantar RSK yang mampu berkerusi roda,di bawa ke Taman Rekreasi, Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis yang diketuai oleh PPM iaitu Encik Mohd Arif Fadzilah.Penghuni mendapat Terapi fizikal seperti menggunakan pasir yang diketuai oleh Jurupulih RSK Kangar iaitu Encik Ishaz Djunaidi.

Jumaat, 17 April 2009

PROGRAM DAKWAH BIL HAL DI RSK KANGAR





16 April 2009 - JAKIM Putrajaya telah menganjurkan program Dakwah Bil Hal bertempat di RSK Kangar di mana peserta terdiri dari Warga Emas dan Kakitangan RSK, Pelajar UNIMAP dan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengarah, Bahagian Dakwah, JAKIM Putrajaya iaitu Tuan Haji Abd Halid Bin Sintul.

REKREASI:TASIK MELATI





14 April 2009 - Seramai 15 Warga Emas Uzur RSK Kangar mengikuti Program rekreasi yang bertempat di Tasik Melati yang diketuai oleh Jururawat Terlatih RSK (Puan Marduwati Bt Azmi). Program rekreasi ini adalah kerjasama jururawat RSK dan Jururawat Praktikum Kolej Kejururawatan Alor Star.Penghuni uzur dilibatkan adalah bertujuan mempertingkatkan kualiti kesihatan mereka.

Rabu, 15 April 2009

LAWATAN: INSTITUT PERGURUAN PERLIS





12 April 2009 - Lawatan dari pelajar Institut Perguruan Perlis seramai 40 orang. Mereka turut mengadakan Program tertentu bersama warga emas RSk.

Selasa, 14 April 2009

LAWATAN: KE KELANTAN




08hb April 2009 - Lawatan warga emas RSK serta kakitangan pengiring seramai 34 orang selama 3 hari 2 malam ke Negeri Kelantan.

Isnin, 13 April 2009

PROGRAM: PELANCARAN UNIT PENYAYANG

12/4/09 (Ahad) - Berlangsungnya majlis pelancaran Unit Penyayang ( atau sebelum ini dikenali sebagai Unit MAYANG) di Sekolah Kebangsaan Behor Empiang yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Dato' Dr. Mohd Isa Sabu.
Kakitangan dan penghuni RSK terlibat dalam persiapan dan pameran dalam menjayakan majlis ini.

Rabu, 8 April 2009

PROGRAM: SUKANEKA WARGA TUA

5/4/09(Ahad) - Dianjurkan oleh pelatih-pelatih dari Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah yang bertempat di Dewan Besar RSK.