Isnin, 29 Jun 2009

LAWATAN: PKMD SEGAMAT JOHOR


28 Jun 2009 ( Ahad ) - Lawatan sambil belajar dari kakitangan PKMD Segamat seramai 80 orang. Setelah jamuan makan tengahari, rombongan dibawa melawat asrama-asrama dan ke Unit PDK bersebelahan Rumah Seri Kenangan Kangar.

PROGRAM: GOTONG-GOTONG EDIBLE GARDEN





26/06/2009 - Program gotong-royong dijalankan diketuai oleh Puan Hajah Fatimah di dalam mencantikan persekitaran lanskap RSK.

Rabu, 24 Jun 2009

SUKAN JKMM:PENGLIBATAN STAF RSK KANGAR


22 Jun 2009 - Seramai 26 kakitangan RSK Kangar daripada 66 orang kontinjen JKMN Perlis yang terlibat sebagai atlit sukan JKMM Peringkat Kebangsaan Kali ke-5 bertempat di KUSZA, Terengganu Darul Iman(17hb - 22hb Jun 2009). Pelbagai acara disertai oleh atlit JKMNPs. Di antara acara yang menjadi Johan ialah bagi Acara Karom dan Bola Tampai Pantai,manakala acara Bola Tampar Perempuan pula mendapat tempat ketiga.





Ahad, 21 Jun 2009

PROGRAM: GOTONG-ROYONG





20 Jun 2009 ( Sabtu) - Program gotong-royong oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang Kedah pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Turut terlibat kakitangan RSK yang memfokuskan kawasan Edible Garden. Seramai 64 orang pelajar dan 16 guru pengiring terlibat. Tuan Haji Abdul Yazid Bin Md Zain, Pegawai Pelajaran Daerah Kubang Pasu sebagai penaung projek turut hadir memantau program ini.




Selasa, 16 Jun 2009

TEMUDUGA PERINGKAT 2 ATENDAN SAMBILAN





9 Jun 2009 - Seramai 30 orang calon terpilih daripada hampir 200 orang calon temuduga atendan sambilan yang layak mengikuti ujian peringkat 2 ( Ujian Praktikal) di RSK Kangar. Mereka mengikuti ujian praktikal ini selama separuh hari dimana mereka terpaksa berhadapan dengan penghuni serta menguruskan warga emas tersebut. Daripada 30 orang calon tersebut, seramai 6 orang akan dipilih untuk menjawat jawatan Atendan Sambilan tersebut.

Jumaat, 5 Jun 2009

TEMUDUGA ATENDAN SAMBILAN DI RSK KANGAR








5 Jun 2009 - Temuduga Terbuka bagi perjawatan Atendan Kesihatan Sambilan diadakan di RSK Kangar dimana terdapat seramai hampir 200 orang calon yang hadir bagi temuduga terbuka ini di bawah Projek Rangsangan Ekonomi (P.R.E 2). RSK Kangar memerlukan khidmat Atendan Kesihatan Sambilan bagi melancarkan sistem pengurusan warga emas di RSK Kangar.

LAWATAN JWTN/KUASA LANSKAP RSK KANGAR





28 Mei 2009 - Jawatankuasa Lanskap dan Edible Garden RSK Kangar telah mengadakan lawatan ke Taman Pertanian di Bukit Cherakah , Selangor bertujuan untuk mendapatkan ilham atau idea bagi mencantikkan Lanskap RSK Kangar. Seramai 22 kakitangan serta 4 orang warga emas yang mengikuti lawatan ini. Jawatankuasa juga turut melawat Menara Condong di Teluk Intan, Perak. Rombongan lawatan diketuai oleh timbalan Penguasa RSK (Hajah Fatimah Bt Othman).