Jumaat, 24 Julai 2009

REKREASI PENGHUNI UZUR KE GUA KELAM





23hb Julai 2009- Penghuni Uzur RSK Kangar dibawa berekreasi serta menghirup udara segar di Rimba Rekreasi Gua Kelam, Perlis . Mereka (Warga Emas) mengikuti Permainan lebih kepada Fisioterapi kepada mereka dengan mengunakan Belon. Permainan tersebut dikelolakan oleh Jururawat RSK Kangar. Dengan melibatkan warga emas uzur ini bagi program rekreasi luar seperti ini,diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu mereka dari aspek kesihatan mereka.

Khamis, 23 Julai 2009

PROGRAM REKREASI PENGHUNI TERLANTAR

23hb Julai 2009 -Program rekreasi penghuni terlantar / uzur di

PROGRAM 'HARI BERSAMA PELANGGAN JKMNPs





22hb Julai 2009 - Program 'Hari bersama Pelanggan' KPWKM peringkat Negeri Perlis telah diadakan bertempat di Dataran Dato' Syeikh Ahmad, Kangar, Perlis. RSK Kangar diberikan tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Makan dan Minum bagi program tersebut. Seramai 15 orang Warga Emas RSK Kangar juga turut serta di dalam Aktiviti Senam Seni pada hari tersebut. Program tersebut dirasmikan oleh YB Tuan Mansor bin Jusoh (Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) yang mewakili Menteri Besar Perlis.

Selasa, 21 Julai 2009

LAWATAN JAKIM PUTRAJAYA



16 Julai 2009 - RSK Kangar menerima lawatan dari Pegawai Kanan JAKIM seramai lebih kurang 10 orang (Gred 41 - Gred 48). Rombongan ini mengadakan lawatan sebagai salah satu pendekatan untuk meninjau sejauhmana manfaat yang diperolehi di Jabatan Kerajaan yang menempatkan pegawainya (Pegawai JAKIM) di Jabatan Lain.

Ahad, 19 Julai 2009

PROGRAM: LAWATAN MEDIA PRIMA




18/7/09 (Sabtu) - Seramai 4 orang peserta Discovery Zoom In Malaysia dan 5 orang krew stesen tv Media Prima (8TV) hadir ke Rumah Seri Kenangan untuk slot pengambaran sesi ramah mesra dan memberi sumbangan kepada 9 orang wakil penghuni. Program ini bermula pada jam 9.00 malam sebagai penutupan bagi program Discovery Zoom In Malaysia tersebut.

Jumaat, 10 Julai 2009

PERTANDINGAN EDIBLE GARDEN



09 Julai 2009 - RSK Kangar turut bertanding Edible Garden Anjuran Fama Negeri Perlis. Hakim seramai 5 orang yang terdiri dari Jabatan Pertanian, Jabatan FAMA telah datang membuat penilaian atau penghakiman bagi pertandingan ini. Jawatankuasa Edible Garden yang diketuai oleh Puan Hajah Fatimah Othman (Timbalan Penguasa) memberikan komitmen yang baik dalam menjayakan Edible Garden RSK Kangar.

MAJLIS PERHIMPUNAN KAKITANGAN JKMNPs



09 Julai 2009 - Majlis perhimpunan kakitangan JKMNPs telah diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan di kalangan kakitangan JKMNPs. RSK Kangar telah menjadi tuan rumah bagi program tersebut. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Y.B Mansor bin Jusoh (Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Negeri Perlis). Majlis ini juga memberikan penghargaan kepada kakitangan melalui penyampaian hadiah / cenderahati seperti hadiah Harijadi, Kakitangan Bersalin, Kakitangan Bertukar dan kakitangan cemerlang peringkat Jabatan bagi (Januari - Julai) tahun 2009.

Ahad, 5 Julai 2009

PROGRAM: MASIH ADA YANG SAYANG







4/7/2009 (Sabtu) - Seramai 15 orang pelajar PLK (Pengajian Luar Kampus) telah mengadakan Program "Masih Ada Yang Sayang" di RSK. Antara acara yang dijalankan adalah tarian poco-poco, sesi ramah mesra, sukaneka, dan sumbangan wang saku serta cenderamata.

REKREASI: KE KUALA LUMPUR





1-3/7/2009 - Seramai 17 orang penghuni mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur. Antara lokasi dilawati adalah Stesyen Radio Dan Televisyen Malaysia (RTM), Muzium Negara dan Tugu Negara.