Jumaat, 21 Ogos 2009

UJIAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT JKMNPs

19hb Ogos 2009- Ujian Tilawah Al-Quran Peringkat JKMN Perlis telah diadakan bertempat di RKK Arau dimana Warga Emas RSK Kangar yang terlibat sebagai peserta ialah Haji Zoki bin Ismail dan Hajah Haminah bt Abdul Rahman. Mereka akan mewakili RSK Kangar bagi Kategori Warga Emas Institusi Kebajikan yang akan berlangsung di Negeri Perak pada 22hb-26hb November 2009 nanti.

Selasa, 18 Ogos 2009

PROGRAM GOTONG-ROYONG RSK KANGAR



18hb OGOS 2009- Program gotong-royong diadakan meliputi kawasan-kawasan Lanskap dan Edible Garden RSK. Ia melibatkan jawatankuasa Lanskap serta Edible Garden RSK dan juga kakitangan RSK. Program ini dikelolakan oleh Timbalan Penguasa RSK Kangar. Program gotong-royong ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada waktu tengahari. Komitmen yang tinggi dari kakitangan menyebabkan program-program seperti ini dapat dijalankan dengan baik.

Khamis, 13 Ogos 2009

SARINGAN NASYID DI RSK KANGAR

12hb Ogos 2009- Bagi mencari peserta yang bakal menjadi peserta nasyid yang akan mewakili JKMN Perlis,maka telah diadakan proses saringan nasyid yang bertempat di RSK Kangar. Seramai 12 orang kakitangan rsk kangar yang hadir bagi saringan 'Nasyid Idol' JKMNPs bagi sesi saringan pertama ini. Beberapa kakitangan JKMN Perlis turut hadir dalam saringan pertama ini. Saringan kali kedua akan diadakan di RKK Arau pada 17hb Ogos 2009 ini.

Rabu, 12 Ogos 2009

LAWATAN KUMPULAN ICC RSK KE KASTAM PADANG BESAR



11hb Ogos 2009- Seramai 19 orang kakitangan RSK yang melibatkan Kumpulan ICC dan INOVASI RSK Kangar telah mengadakan lawatan ke Kompleks Kastam Padang Besar bagi mendapatkan maklumat serta tunjuk ajar dari Kumpulan ICC Kastam Padang Besar mengenai Pertandingan ICC memandangkan RSK Kangar akan bertanding Kategori ICC dan Inovasi peringkat JKMM pada bulan Oktober nanti.. Ini kerana Kumpulan ICC Kastam Padang Besar telah menjadi JOHAN sebanyak 5 kali bagi Pertandingan ICC Peringkat Negeri Perlis termasuk tahun ini (2009). Rombongan RSK diketuai oleh Timbalan Penguasa (Hajah Fatimah bt Othman). Penguasa RSK turut hadir dalam lawatan tersebut.

Jumaat, 7 Ogos 2009

REKREASI KE ULU LEGONG




12hb Ogos 2009- Seramai 35 orang warga emas dan pengiring telah mengikuti program lawatan ke Kolam Air Panas, Ulu Legong, Baling, Kedah. Penghuni telah dibawa mandi di Kolam Air Panas bagi membantu mengatasi masalah penyakit seperti kulit dan sebagainya. Mereka juga akan dibawa melawat Muzium Perang Batu Maung, Penang. Program lawatan adalah selama 2 hari (12hb & 13hb Ogos 2009). Program ini akan diketuai oleh Encik Mohd Arif Fadzilah Ramli. ( dapat dilihat penghuni dibekalkan dengan penutup hidung bagi mengelak jangkitan virus A H1N1 yang semakin menular ). Rombongan turut singgah ke Taman Rekreasi Air Terjun Lata Bayu.


KURSUS PARENTING @ WORK DI RSK KANGAR





10hb Ogos 2009- Kursus 'Parenting' anjuran LPPKN Negeri Perlis telah diadakan di RSK Kangar yang melibatkan kakitangan RSK Kangar. Seramai 35 orang kakitangan RSK pelbagai jawatan akan mengikuti kursus tersebut pada 10hb Ogos 2009. Turut terlibat adalah 5 orang peserta dari JKMNPs.

PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH NEGERI PERLIS





31hb Julai 2009- Persatuan Bulan Sabit Merah dengan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah mengadakan Program ' Kempen Derma Darah' Peringkat Negeri Perlis yang bertempat di Dewan Seri Kenangan, Rumah Seri Kenangan Kangar selama satu hari. Ramai kakitangan RSK Kangar yang terlibat menderma darah dalam program tersebut.

REKREASI WARGA EMAS KE PANTAI MERDEKA





30hb Julai 2009- Seramai 35 orang penghuni dan kakitangan pengiring mengadakan lawatan rekreasi ke Pantai Merdeka. Antara pengisian program adalah seperti mengadakan aktiviti fisioterapi mengunakan pasir serta penghuni juga dibawa mandi air laut bagi mengubati maslah berkaitan penyakit kulit. Pantai Merdeka adalah salah lokasi utama program rekreasi warga emas RSK.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH EDIBLE GARDEN



29hb Julai 2009 - Pada tahun ini, RSK Kangar mendapat telah mendapat tempat kedua (Naib Johan) dalam pertandingan Edible Garden Peringkat FAMA Negeri Perlis. Majlis penerimaan hadiah telah diadakan pada 29 Julai 2009 dan bertempat di Ibu Pejabat FAMA Negeri Perlis. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Exco Kerajaan Negeri Perlis (YB Encik Sabri bin Ahmad). Wakil RSK Kangar iaitu Encik Muhamad Arif Fadzilah bin Ramli telah hadir pada majlis tersebut. Pada tahun 2007, RSK Kangar telah menjadi JOHAN peringkat Negeri dan juga Kebangsaan anjuran FAMA. Pada tahun 2008, RSK Kangar telah mendapat tempat KETIGA Peringkat FAMA Negeri Perlis.