Jumaat, 25 September 2009

SAMBUTAN AIDILFITRI BERSAMA WARGA EMAS RSK



22 September 2009 - RSK Kangar telah mengadakan Sambutan Aidilfitri bersama Warga Emas. Program sambutan Hari Raya diadakan setiap tahun bagi tujuan memberi kegembiraan serta keceriaan penghuni agar mereka merasai suasana menyambut Aidilfitri bersama kakitangan serta keluarga. Turut hadir memeriahkan majlis Aidilfitri tersebut ialah Encik Abdullah bin Ali (Pengarah JKMNPs) serta keluarga, Encik Yap Hock Siew (Bendahari Lembaga Pelawat RSK), Penguasa, Timbalan Penguasa, Kakitangan RSK serta keluarga dan kakitangan JKMNPs serta bekas kakitangan RSK yang dijemput. Dalam majlis tersebut, Warga Emas menerima duit raya yang disampaikan oleh Tuan Pengarah JKMNPs.

PROGRAM MENGACAU DODOL & MEMBUAT SERUNDING RSKK





17 September 2009 - RSK Kangar telah mengadakan program mengacau dodol serta membuat serunding yang melibatkan penghuni serta kakitangannya. Program ini sememangnya diadakan setiap tahun terutama menjelang sambutan Aidilfitri. Tuan Pengarah JKMNPs juga turut hadir menjayakan program tersebut.

MAJLIS SUMBANGAN WANG RAYA WARGA EMAS RSK





04 September 2009 - Seramai 15 orang warga emas RSK Kangar telah menerima Sumbangan Wang Raya dari DYMM Tuanku Raja Perlis. Majlis tersebut ditaja oleh DCL Group or Companies.

Khamis, 10 September 2009

MAJLIS SUMBANGAN PERKEP NEGERI PERLIS



04 September 2009- Rombongan dari Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Pegawai Polis (PERKEP) Negeri Perlis telah hadir ke RSK Kangar bagi memberikan sumbangan kepada RSK Kangar. Majlis penyampaian sumbangan dilakukan oleh Pengerusi PERKEP iaitu Puan Noraini binti Ishak.

Jumaat, 4 September 2009

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI KPWKM





03 September 2009- RSK Kangar telah menerima lawatan kerja dari Timbalan Menteri , Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) iaitu YB Datin Paduka Chew Mei Fun. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Pengarah JKM Perlis (En. Abdullah bin Ali) , Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Pemangku Pengarah LPPKN, dan kakitangan ketiga-tiga jabatan tersebut.

Selasa, 1 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DYMM TUANKU RAJA PERLIS


31 Ogos 2009 - Seramai 10 orang warga emas RSK Kangar menghadiri Majlis Jamuan Berbuka Puasa bersama DYMM Tuanku Raja Perlis bertempat di Dewan 2020 , Kangar, Perlis. Dalam Majlis ini, warga emas RSK diselia oleh Kakitangan Pengiring diketuai oleh PPM RSK (Puan Rusnita binti Zakaria.)