Khamis, 25 Februari 2010

ACTIVE AGEING, ACTIVE LIVING 2010



26hb-27hb Februari 2010- 21 orang pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam, Selangor yang dipantau oleh Pn. Nadiah mengadakan program khidmat masyarakat di RSK Kangar selama 2 hari. Terdapat pelbagai pengisian program yang telah dijalankan dari pagi hingga malam pada tarikh tersebut antaranya sesi ceramah oleh pensyarah Uitm Arau, En Tam Yin Chong, senaman pagi, rekreasi ke Taman Negeri, ramah mesra, gotong royong, makan malam bersama, sukaneka dan tarian.

LAWATAN KEKELUARGAAN KE RUMAH SEJAHTERA KAKI BUKIT





24hb Februari 2010- Seramai lebih kurang 20 Warga Emas RSK Kangar telah mengadakan Lawatan ke Rumah Sejahtera Kaki Bukit, iaitu Rumah Orang Tua di bawah kendalikan NGO's yang menempatkan warga emas berbangsa cina. Lawatan ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan sesama warga emas di samping mereka dapat beramah mesra antara satu sama lain. Turut hadir memeriahkan program lawatan ini ialah Pengerusi Lembaga Pelawat RSK (Datin Seri Dato' Hajah Shamsiah Md Yassin) , Bendahari Lembaga Pelawat RSK (Encik Yap Hock Siew) serta beberapa lagi Jawatankuasa Lembaga Pelawat RSK Kangar. Datin Seri Dato' Hajah Shamsiah juga turut memberikan sumbangan kepada penghuni ROT tersebut.

Isnin, 22 Februari 2010

PROGRAM KAYUHAN CERGAS & AMAL DI RSK




20/2/2010 (Sabtu) - Program Kayuhan Cergas Dan Amal telah dianjurkan oleh Pejabat MARA Negeri Perlis, Hotel Putra Palace dan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dengan melibatkan penyertaan 100 orang peserta berbasikal (Mountain Bike). Turut hadir ialah Pengarah MARA Negeri, Pengarah Pelajaran Negeri serta Pegawai Hotel Putra Palace. Program ini bertujuan melahirkan generasi sihat dan beramal bakti kepada setiap golongan masyarakat. Penganjur turut menyumbangkan barang keperluan makanan dan beramah mesra dengan warga emas serta jamuan ringan di Dewan Seri Kenangan,RSK Kangar.

SUMBANGAN BAITULMAL PERLIS


19/2/2010 (Jumaat) - Penghuni Muhammad Bin Abdullah telah menerima sumbangan Baitulmal Perlis di Jabatan Agama Islam Negeri Perlis dengan diiringi 2 orang kakitangan Rumah Seri Kenangan Kangar. Penyerahan sumbangan turut disaksikan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Dr. Mohd Isa Bin Sabu.

SAMBUTAN 'CHINESE NEW YEAR' RSK KANGAR



14hb Februari 2010 - RSK Kangar telah mengadakan sambutan Hari Raya Cina bersama penghuni RSK Kangar. Majlis sambutan ini dikendalikan oleh Bendahari Lembaga Pelawat RSK iaitu Encik Yap Hock Siew. Turut hadir beberapa orang Jawatankuasa Lembaga Pelawat RSK juga. Penguasa RSK serta Timbalan Penguasa RSK turut hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Cina tersebut.

Khamis, 11 Februari 2010

PROGRAM LAWATAN KE TAIPING, PERAK




10hb Februari 2010- Seramai 35 orang Warga Emas RSK Kangar dan Kakitangan pengiring telah mengadakan lawatan ke Taiping dimana lokasi lawatan adalah termasuk Muzium Taiping dan Zoo Taiping. Warga Emas juga didedahkan dengan pengalaman menikmati Taiping Night Safary pada waktu malam. Dengan adanya program luar seperti ini, diharapkan Warga Emas RSK akan merasakan gembira kerana dapat mendedahkan mereka dengan persekitaran luar RSK Kangar dan tidak hanya tinggal di dalam Persekitaran RSK Kangar sahaja.

RIADAH PENGHUNI: JEMPUTAN KONSERT JELAJAH KOIR KEBANGSAAN 2010



05hb Februari 2010- Seramai 6 orang warga emas RSK Kangar dan beberapa orang kakitangan pengiring telah menerima jemputan bagi Konsert Jelajah Koir Kebangsaan bertempat di Taman Budaya , Negeri Perlis. Warga Emas RSK diberi penghormatan oleh urusetia majlis dengan mendapat tempat duduk khas sebaris dengan tetamu lain yang hadir ke Majlis tersebut. Rombongan diketuai oleh Encik Mohd Arif Fadzilah bin Ramli (PPM RSK).

Selasa, 9 Februari 2010

MESYUARAT LEMBAGA PELAWAT RSK BIL.1 / 2010






06 Februari 2010 (Sabtu) - Mesyuarat Lembaga Pelawat RSK Kangar telah diadakan bertempat di RSK Kangar. Terdapat seramai 14 orang Jawatankuasa Lembaga Pelawat RSK Kangar telah dilantik oleh Menteri KPWKM bagi tempoh 3 tahun dari 1 September 2008 hingga Bulan Ogos 2011. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Datin Seri Dato' Hajjah Shamsiah Md Yassin (Pengerusi Lembaga Pelawat RSK). Datin Seri Hajjah Shamsiah juga menyumbangkan Nasi Kandar kepada penghuni pada hari tersebut.


Selasa, 2 Februari 2010

KEMBARA BERMOTOSIKAL MAAL HIJRAH 1431

30/1/2010 (Sabtu) - Lawatan dan pemberian sumbangan dari konvoy bermotosikal anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perlis pada 2.30 petang sehingga 3.45 petang.