Jumaat, 26 Mac 2010

PERTANDINGAN KUIZ KEAGAMAAN PERINGKAT WTK



25hb Mac 2010- Seramai 3 orang warga emas telah menyertai pertandingan kuiz keagamaan ini yang dianjurkan oleh Bahagian WTK, JKMM dan dikelolakan oleh JKMN Perak bertempat di Institut Latihan Perkhidmatan Awam (ILPA) Ipoh, Perak. Rombongan RSK Kangar diketuai oleh Timbalan Penguasa RSK (Puan Hajah Fatimah binti Othman).

LAWATAN WARGA EMAS KE PAHANG





22 - 24hb Mac 2010 - Seramai 31 orang warga emas dan kakitangan pengiring RSK telah mengadakan lawatan rekreasi ke Negeri Pahang Darul Makmur. Beberapa tempat menarik telah dilawati. Program Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Arif Fadzilah Ramli (PPM RSK). Pejabat Menteri Besar Perlis telah menaja Bas serta pemandu bagi program ini.

Khamis, 18 Mac 2010

KENDURI PERKAHWINAN KAKITANGAN


16/3/2010 (Selasa) - Seramai 7 orang penghuni dengan diiringi 5 orang kakitangan menghadiri kenduri perkahwinan Pembantu Pembangunan Masyarakat, En. Mohd Hamidi Bin Yusuf di Sungai Petani, Kedah.

Rabu, 10 Mac 2010

PERTANDINGAN BOWLING RSK KANGAR





09hb Mac 2010- Seramai 22 orang kakitangan RSK Kangar telah menyertai Pertandingan Bowling RSK Kangar ini. Pertandingan bowling RSK Kangar terdiri dari 2 kategori iaitu Kategori Lelaki dan Kategori Wanita. Bagi kategori Lelaki , JOHAN telah disandang oleh Encik Mohd Hanif bin Azamat (Atendan RSK), manakala NAIB JOHAN pula ialah Encik Roshidi bin Abd Rashid(Atendan RSK) dan Tempat KETIGA pula dimenangi oleh Encik Roslan bin Jaafar (Atendan RSK) . Manakala bagi kategori Wanita pula JOHAN telah dimenangi oleh Puan Faizatun Faridah binti Mhd Ismail (Tukang Masak RSK), NAIB JOHAN pula ialah Puan Noorma binti Ahmad (Atendan RSK) dan Tempat KETIGA pula ialah Puan Nor Suhaina binti Ismail (PPM RSK). Dengan adanya program2 seperti ini, sekurang-kurangnya dapat mengeratkan hubungan sesama kakitangan RSK Kangar. Penyampaian Hadiah disampaikan oleh Timbalan Penguasa RSK Kangar (Puan Hajah Fatimah binti Othman).

PROGRAM TERAPI PENGHUNI RSK DI PENGKALAN ASAM

09 Mac 2010 - Seramai 8 orang penghuni RSK Kangar telah dibawa rekreasi serta mengikuti Senaman Terapi di Dataran Pengkalan Asam, Kangar , Perlis. Program Senaman Terapi tersebut diuruskan oleh Juruterapi Carakerja dan Juruterapi Anggota RSK Kangar.

Rabu, 3 Mac 2010

LAWATAN LANSKAP & EDIBLE GARDEN RSK





03hb Mac 2010- Seramai 20 orang ahli jawatankuasa Lanskap & Edible Garden RSK Kangar telah mengadakan Lawatan ke beberapa tempat seperti Pusat Perikanan Jitra, Projek Cendawan di Pendang dan Lawatan Pertanian di Bumbong Lima , Pulau Pinang. Lawatan ini diadakan bagi memberi lebih pendedahan kepada Jawatankuasa Lanskap & Edible Garden RSK dalam aspek Pertanian dan Perikanan. Turut serta dalam program tersebut ialah 10 orang Warga Emas RSK yang sihat.

Isnin, 1 Mac 2010

GOTONG-ROYONG KAKITANGAN RSK KANGAR




25hb Februari 2010- Kakitangan RSK Kangar telah mengadakan gotong royong membersihkan serta memcantikan beberapa lokasi di RSK Kangar. Di antara lokasi yang terlibat ialah sekitar Kawasan Nurseri dan Kawasan Edible Garden dan beberapa kawasan lain. Kakitangan juga membuat kolam baru untuk ternakan ikan keli di kawasan Edible Garden RSK. Semaian anak benih pokok yang baru juga dilakukan dalam gotong-royong tersebut.