Rabu, 28 April 2010

SARINGAN PERSEMBAHAN MALAM PERKHIDMATAN AWAM





29hb April 2010- Seramai 11 orang kakitangan RSK Kangar terlibat dalam 'Saringan' bagi Persembahan 'Malam Perkhidmatan Awam' yang melibatkan sebanyak 23 Jabatan di Negeri Perlis. Kakitangan RSk mewakili Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. Seramai 10 Jabatan yang terpilih dariapada 23 Jabatan tersebut nanti, akan membuat persembahan 'Malam Perkhidmatan Awam' tersebut yang akan diadakan pada 22hb Mei 2010 bertempat di Dewan 2020 nanti yang akan dihadiri oleh Tuanku Raja Perlis.

Khamis, 22 April 2010

PROGRAM SUKANEKA DI RSK BEDONG, KEDAH

21HB April 2010- Warga Emas RSK Kangar dengan diiringi oleh kakitangan pengiring RSK diketuai oleh Jurupulih Cara Kerja RSK telah menghadiri Program Sukaneka di RSK Bedong, Kedah. Program Anjuran RSK Bedong ini sekurang-kurangnya dapat mengeratkan hubungan antara RSK Bedong dan RSK Kangar.

Rabu, 21 April 2010

GOTONG ROYONG TANAH PERKUBURAN RSK




20/4/2010 (Selasa) - Biro agama RSK telah mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam RSK. Turut disertai oleh Imam Masjid Jejawi, Ustaz Rahim dan seluruh kakitangan RSK.

Isnin, 19 April 2010

PROGRAM UJIAN AIR KENCING OLEH AADK PERLIS



19hb April 2010- Program Ujian Air Kencing (Urin Test) diadakan di RSK Kangar. Ia fokus kepada kakitangan RSK Kangar di mana Program ini mendapat kerjasama Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis. Pemeriksaan Mengejut Ujian dadah kepada kakitangan RSK Kangar ini bertujuan agar memastikan Kakitangan RSK Kangar bersih dari pengaruh atau gejala penagihan dadah.

Khamis, 15 April 2010

PROGRAM REKREASI KE LATA BAYU, KEDAH






15hb April 2010- Seramai 32 orang warga emas dan kakitangan RSK yang terlibat dalam program rekreasi ke Lata Bayu, Kedah. Dengan adanya program-program seperti ini, ia sedikit-sebanyak akan dapat mengeratkan hubungan satu sama lain antara warga emas dan kakitangan RSK Kangar.

PROGRAM GOTONG-ROYONG RSK





08hb April 2010- RSK Kangar telah mengadakan gotong-royong di beberapa kawasan sekitar RSK Kangar. Program gotong-royong ini sekurang-kurangnya dapat mencantikkan Institusi serta dapat mengwujudkan hubungan yang lebih baik sesama kakitangan RSK.

Rabu, 14 April 2010

MAJLIS RAKYAT BERSAMA TPM MALAYSIA



13hb APril 2010- Majlis Rakyat Bersama Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah diadakan di Negeri Perlis. Ia diadakan bertempat di Dataran Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, Kangar, Perlis. Seramai 14 orang kakitangan RSK Kangar yang mewakili Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah terlibat dalam nyanyian Koir pada majlis tersebut.

Sabtu, 10 April 2010

LAWATAN HIJJAZ ENTERPRISE

10/4/2010 (Sabtu) - Lawatan singkat telah dilakukan oleh Hijjaz Enterprise bersama rakan-rakan selebriti yang lain dianjurkan oleh Eagle Park Resort, Bukit Ayer Perlis. Pihak Hijjaz turut menyumbangkan beras dan produk Hijjaz untuk kegunaan penghuni RSK.

Selasa, 6 April 2010

REKREASI WARGA EMAS KE KUALA PERLIS

06 April 2010- Seramai 25 orang warga emas dan kakitangan pengiring akan mengadakan program rekreasi di Persisir pantai Kuala Perlis. Program seperti ini diadakan bagi memberi peluang kepada warga emas keseronokan dan keceriaan menghirup udara luar. Ia sekurang-kurangnya dapat memberikan suasana yang lebih baik kepada warga emas. Warga emas yang terlibat adalah yang sihat dan boleh menguruskan diri sendiri.

Isnin, 5 April 2010

REKREASI PENGHUNI KE PANTAI BATU FERINGGI



29hb Mac 2010- Seramai 32 orang penghuni RSK serta kakitangan pengiring terlibat dalam program rekreasi penghuni di Pantai Batu Feringgi. Program ini diadakan di bawah seliaan Jurupulih RSK yang mengadakan aktiviti Fisioterapi kepada Penghuni di Pantai tersebut. Turut serta ialah 5 orang pelajar praktikum yang menjalani latihan praktikal di RSK Kangar.

Sabtu, 3 April 2010

PERTANDINGAN TIRU GAYA P.RAMLEE

3/4/2010 (Sabtu)- Seramai 9 orang penghuni telah dibawa untuk menonton Pertandingan Tiru Gaya P.Ramlee di Auditorium Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis pada jam 9.00 malam sebagai aktiviti riadah kepada penghuni RSK. Penghuni diiringi oleh 4 orang pegawai pengiring bagi memastikan keselamatan penghuni terjamin.

HARI KELUARGA KEBAJIKAN 2010



3/4/2010 (Sabtu) - Seramai 10 orang penghuni dengan diiringi 4 orang pegawai pengiring telah menghadiri jemputan untuk sambutan Hari Keluarga Kebajikan 2010 yang dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Negeri Perlis di Tasoh Lake Resort.

KHIDMAT MASYARAKAT UUM



2/4/2010(Jumaat) - Seramai 38 orang pelajar dari Falkulti Ekonomi Universiti Utara Malaysia telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di RSK Kangar dibawah pengarah projek En. Ammar Bin Mohd Aripin. Antara tentatif program adalah gotong-royong, ramah mesra dan sukaneka warga emas. Program ini berlangsung pada jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.