Isnin, 28 Jun 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA



23 - 25/6/2010 - Seramai 17 orang penghuni dan pegawai pengiring telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Rombongan telah melawati tempat-tempat bersejarah dan tumpuan perlancongan di sana.

Sabtu, 26 Jun 2010

KERJA AMAL DAN KHIDMAT BAKTI



26/6/2010(Sabtu) - Panitia Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, Sekolah Menengah Teknik Arau mengadakan program Kerja Amal dan Khidmat Bakti di RSK Kangar. Seramai 30 orang pelajar dan 4 orang guru, di ketuai Pn. Maria Bt Din telah menjayakan program ini bermula jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Turut menyumbangkan makanan ringan kepada para penghuni.

Khamis, 10 Jun 2010

PROGRAM ' KASIH RAKYAT MENJUNJUNG DAULAT





10hb Jun 2010- JKMN Perlis dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis telah mengadakan program "Kasih Rakyat Menjunjung Daulat" di Kampung Tersusun, Padang Besar, Perlis. Program ini dihadiri serta dirasmikan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis. Turut hadir ialah DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis. Tetamu yang hadir adalah dianggarkan melebihi 1000 orang. RSK Kangar telah ditugaskan sebagai Jawatankuasa Makan Minum bagi program ini.

PROGRAM GOTONG-ROYONG IPGM PERLIS


10hb Jun 2010- Seramai 26 orang Guru Pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Negeri Perlis telah mengadakan program gotong-royong di RSK Kangar. Diantara aktiviti yang dijalankan adalah seperti membersihkan kawasan sekitar RSK, mengecat tempat tertentu dan sebagainya. Program ini merupakan salah satu syarat pembelajaran kepada pelatih IPGM ini.

LAWATAN AJK EDIBLE GARDEN RSK KE PERAK








08hb Jun 2010 - Seramai 38 orang Warga RSK Kangar iaitu 28 orang jawatankuasa Edible Garden RSK Kangar serta 10 orang Warga Emas RSK Kangar telah mengadakan lawatan ke Kolam ternak ikan, Qadhijah Natural Farm dan beberapa tempat lagi di Perak. Rombongan ini diketuai oleh Timbalan Penguasa RSK Kangar. Ia bertujuan memberikan pendedahan kepada jawatankuasa Edible Garden RSK tentang pengetahuan di dalam penjagaan ikan dsb.

Jumaat, 4 Jun 2010

GOTONG-ROYONG KAKITANGAN RSK KANGAR

04/06/2010 - Kakitangan RSK Kangar mengadakan gotong-royong yang melibatkan beberapa tempat di persekitaran RSK Kangar. Aktiviti gotong-royong ini kerap diadakan bagi tujuan mencantikan persekitaran serta lanskap RSK Kangar.

PROGRAM REKREASI WARGA EMAS KE GUA KELAM

02 Jun 2010 - Warga emas serta pegawai pengiring RSK Kangar telah mengadakan aktiviti Rekreasi di Gua Kelam , Perlis. Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti luar penghuni RSK Kangar. Program Rekreasi ini dikendalikan oleh Unit Kesihatan RSK Kangar.