Wednesday, September 29, 2010

KONVENSYEN KIK PERINGKAT KPWKM




29hb September 2010- Kumpulan KIK RSK Kangar telah menyertai Konvensyen KIK KPWKM dan akan menjadi salah satu kumpulan yang mewakili Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) di Peringkat Kementerian (KPWKM) yang bertempat di Dewan Nur, KPWKM, Kuala Lumpur.

PENILAIAN EDIBLE GARDEN JKMM 2010





27hb September 2010- Seramai 3 orang panel Edible Garden JKMM yang datang membuat penilaian markah di RSK Kangar. Mereka terdiri dari Puan Mumtaz Begum (Unit Kanak-Kanak, JKMM), Puan Joo Ai (Unit OKU, JKMM) dan Encik Bustari (Jabatan Pertanian). Keputusan pemenang akan diketahui pada 20 Oktober 2010 papa Majlis Sambutan Hari Inovasi JKMM di PLPP nanti.

Monday, September 27, 2010

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI BERSAMA LEMBAGA PELAWAT RSK





27hb September 2010- Lembaga Pelawat RSK Kangar telah mengadakan Sambutan Jamuan Aidilfitri bersama Warga Emas RSK Kangar bertempat di Hotel Brasmana. Di Majlis itu juga, Warga Emas menerima Sumbangan Wang Raya dari Pengerusi Lembaga Pelawat RSK iaitu Datin Seri Hajjah Shamsiah binti Md Yassin. Selain itu, Warga Emas juga mendapat sumbangan hamper yang ditaja oleh Dato' Seri Dr Shahidan bin Kassim.

PROGRAM BERSAMA POLITEKNIK PERLIS

25hb September 2010- Politeknik Syed Sirajuddin, Perlis telah mengadakan program sehari bersama warga emas RSK bermula dari pagi hingga malam. Pelbagai aktiviti diadakan oleh pelajar dari politeknik tersebut.

Sunday, September 26, 2010

PENILAIAN EDIBLE GARDEN FAMA NEGERI PERLIS

21hb September 2010- Seramai 8 orang pengadil dari FAMA Negeri Perlis telah datang membuat penilaian markah bagi Edible Garden RSK Kangar. Setiap tahun RSK Kangar menyertai Pertandingan Edible Garden Anjuran FAMA Negeri Perlis.

KONVENSYEN KIK & PERTANDINGAN INOVASI JKMM



21hb September 2010- RSK Kangar telah menghantar pasukan KIK dan INOVASI RSK Kangar ke Konvensyen KIK dan Pertandingan Inovasi JKMM tahun 2010 yang bertempat di PLPP, Bangi ,Selangor. Keputusan pertandingan akan diketahui pada Sambutan Hari INOVASI JKMM pada 20 Oktober 2010 nanti.

MAJLIS RUMAH TERBUKA RSK





15hb September 2010 (Rabu) - Majlis Rumah Terbuka dan Jamuan Hari Raya RSK Kangar telah diadakan bagi meraikan penghuni warga emas dan kakitangan RSK Kangar. Waris dan kakitangan JKMN Perlis rutur dijemput ke Majlis ini yang berlangsung di Dewan Makan RSK. Wang raya kepada penghuni telah disampaikan oleh Encik Abdullah bin Ali (Pengarah JKMNPs).

SAMBUTAN HARI RAYA




9hb September 2010 (Jumaat) - Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama penghuni diraikan bersama kakitangan dan penghuni RSK. Setelah membawa 11 orang penghuni sihat untuk menunaikan solat sunat Fitrah di masjid Bukit Keteri, Chuping dan lawatan ke rumah kakitangan. Jamuan makan dan ramah mesra diadakan di Dewan Makan RSK.

Tuesday, September 7, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DYMM TUANKU RAJA PERLIS



7hb September 2010- Seramai 15 orang warga emas RSK serta diiringi oleh 4 orang kakitangan RSK AKAN menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Tuanku Raja Perlis bertempat di Dewan 2020, Kangar Perlis. Program ini akan bermula pada jam 6.30 petang iaitu Majlis berbuka puasa, Solat Maghrib, Kuliah Maghrib, Solat Isyak serta Solat Terawih. Program2 luar seperti ini sedikit sebanyak dapat mendekatkan warga emas dengan masyarakat luar.

PROGRAM MENGACAU DODOL DI RSK



7hb September 2010- RSK Kangar telah mengadakan program tahunan apabila setiap kali di bulan Ramadhan iaitu program mengacau dodol. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan Ia diadakan berlokasi di Dewan Makan RSK Kangar yang diketuai oleh Puan Faizatun Faridah (Tukang Masak RSK). Program mengacau dodol ini adalah melibatkan kakitangan serta penghuni RSK Kangar.

PERHIMPUNAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS

6/9/2010 (Isnin) - Seramai 10 orang kakitangan RSK telah terlibat di dalam Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis untuk kali ke 9 pada 2010 yang berlangsung di Dewan 2020 pada jam 8.00 pagi.

KUNJUNGAN DARI HPA INDUSTRIES


6hb September 2010- Menerima kunjungan dari beberapa pegawai HPA Industries ke RSK Kangar yang diketuai oleh Hajjah Som iaitu ibu kepada pengasas HPA Industries . Rombongan ini juga menyampaikan sumbangan berbentuk Hamper kpd warga RSK Kangar.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA AMBANK



4/9/2010 - Seramai 16 orang penghuni RSK dan 4 orang kakitangan pengiring telah dijemput untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Ambank (M) Berhad yang berlangsung di Putra Palace Hotel. Pihak Ambank turut meraikan penghuni dengan sumbangan duit raya selain beramah mesra bersama mereka.

MAJLIS BERBUKA PUASA DI JABATAN VETERINAR PERLIS

30/8/2010 (Isnin) - Seramai 30 orang penghuni RSK dan pegawai pengiring telah menghadiri jemputan untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Perkarangan JPV Negeri Perlis, Km3 Jalan Syed Alwi Perlis.