Khamis, 30 Disember 2010

PROGRAM BUDI DISEMAI, KASIH BERTAUT





27hb Disember 2010- Unit CSO , JKMN Perlis dengan kerjasama RSK Kangar telah mengadakan program 'Budi Disemai, Kasih Bertaut' di mana ia melibatkan seramai 10 orang pelatih CSO dan 10 orang Warga Emas RSK Kangar bertempat di Hosba Resort, Jitra, Kedah. Ia bertujuan untuk memberikan kesedaran dan keinsafan kepada Pelatih CSO tentang betapa pentingnya kasih sayang kepada Orang tua. Antara pengisiannya ialah ceramah, LDK, Kuliah agama, Qiamulail dan sebagainya. Sekurang-kurangnya warga emas juga dapat merasa kasih sayang seorang cucu semasa program ini yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Khamis, 23 Disember 2010

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP RSK KANGAR





22hb Disember 2010- RSK Kangar telah mengadakan Pertandingan Bowling Tertutup RSK yang bertempat di Pusat Bowling Kangar, Perlis. Seramai 25 orang kakitangan telah menyertai pertandingan ini. Ahli keluarga turut hadir memberi sokongan kepada peserta. Johan bagi kategori Lelaki dimenangi oleh Encik Mohd Azmeer b. Azenan (PAP), Naib Johan pula dimenangi oleh Encik Azmizul Nizam b. Rozali (Atendan) serta Tempat Ketiga iaitu Encik Mohd Shukri b. Jaafar (Atendan Sambilan). Manakala Johan bagi Kategori Wanita pula dimenangi oleh Puan Faizatun Faridah Md Ismail (Tukang Masak), Naib Johan pula dimenangi oleh Puan Rozita bt. Rashid (Pembantu Tadbir) dan Tempat Ketiga pula dimenangi oleh Puan Rusnita bt. Zakaria (PPM). Turut serta bermain bowling juga penghuni RSK iaitu Encik Ali b. Saad. Hadiah kemenangan disampaikan oleh Timbalan Pengarah JKMN iaitu Encik Ku Chik b. Ku Mat Esa.

Selasa, 21 Disember 2010

KURSUS PEMBANGUNAN INTEGRITI ANJURAN JKM PERLIS

16hb Disember 2010- Seramai 19 orang kakitangan RSK Kangar terlibat dengan kursus anjuran JKM Perlis. Kursus diadakan bertempat di Lata Bayu, Sungai Petani, Kedah. Pelbagai aspek pengisian diselitkan agar memberi pengajaran serta pengalaman kepada kakitangan yang hadir (JKM, RSK & RKK) di samping dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

HARI WARGA EMAS KEBANGSAAN TAHUN 2010








16hb Disember 2010- Seramai 32 0rang warga emas dan pengiring RSK Kangar telah hadir ke Majlis Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan (JKMM) yang bertempat di RSK Cheras. Majlis dirasmikan oleh YB Senator Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil (Menteri KPWKM). Majlis turut diserikan dengan persembahan artis tanahair. Warga emas juga dibawa melawat Zoo Negara sebelum pulang.

Sabtu, 18 Disember 2010

JAMUAN MINUM PETANG






16/12/2010 (Khamis) - En. G. Sivaganesh dan isterinya G. Darshni ( yang merupakan anak kepada mendiang Govindansamy, bekas presiden MIC Perlis ) telah hadir ke institusi menyumbangkan kuih muih dan bihun goreng sebagai minum petang penghuni.

Ahad, 12 Disember 2010

MAJLIS MAKAN MALAM (BBQ) RSK KANGAR 2010




10hb Disember 2010- Majlis Makan Malam (BBQ) telah diadakan sempena sambutan Hari Keluarga RSK Kangar Tahun 2010. Majlis BBQ berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama yang baik dari semua kakitangan RSK Kangar. Di samping makan malam, majlis turut dimeriahkan dengan acara Cabutan Bertuah, dimana hadiah-hadiah utama disampaikan oleh Datin Seri Hajjah Dato' Shamsiah binti Md Yassin (Pengerusi Lembaga Pelawat RSK). Turut hadir Timbalan Pengarah JKMN Perlis dan isteri, Pengetua RKK Arau, Setiausaha Lembaga Pelawat serta pegawai2 serta kakitangan JKM Negeri Perlis.





SAMBUTAN HARI KELUARGA RSK 2010













10hb Disember 2010- Sambutan Hari Keluarga telah diadakan di RSK Kangar dimana ia melibatkan Kakitangan serta keluarga masing-masing. Pelbagai acara Sukaneka telah diadakan dimana ia melibatkan pelbagai kategori iaitu Kategori kakitangan, Penghuni, keluarga kakitangan serta acara kanak-kanak (Anak-Anak Kakitangan). Turut hadir ialah Bendahari Lembaga Pelawat iaitu Encik Yap Hock Siew yang turut menyumbang 'Ice Cream' kepada kanak-kanak pada hari tersebut. Acara sukaneka bermula dari jam 8.30 pagi - 12.30 tengahari.












Khamis, 9 Disember 2010

LAWATAN MAJLIS PERKAHWINAN STAF RSK


05 Disember 2010 - Seramai 13 orang yang melibatkan warga emas serta pengiring RSK Kangar telah mengadakan rombongan ke Negeri Sembilan bagi menghadiri Majlis perkahwinan staf RSK Kangar iaitu Nor Baizurah binti Baharuddin (Jururawat Masyarakat RSK). Rombongan ini diketuai oleh Encik Muhammad Ridzuan bin Ahmad (PPM RSK).