Sabtu, 30 April 2011

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT NEGERI PERLIS

30/4/2011 (Sabtu) - 3 orang kakitangan pengiring dan 10 orang penghuni RSK Kangar telah menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung pada 8.00 malam bertempat di Dewan Warisan, Kangar.

Jumaat, 29 April 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMAN HERBA

28/4/2011 (Khamis) - Seramai 24 orang kakitangan ( Ahli Edible Garden dan kakitangan pengiring) dan 4 orang penghuni telah dibawa untuk melawat Taman Herba Sungai Batu Pahat bagi melihat dan mengambil maklumat mengenai hiasan lanskap taman tersebut untuk diaplikasikan di Edible Garden milik RSK Kangar.

Selasa, 26 April 2011

LAWATAN PISKANITA UNIMAPS

26/4/2011 (Selasa)- Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita Universiti Malaysia Perlis (PISKANITA) telah mengadakan sebuah majlis bagi meraikan warga tua yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan. Antara program yang dianjurkan adalah pemeriksaan kesihatan percuma kepada penghuni oleh Unit Kesihatan Unimap, sesi ramah mesra dan jamuan makan tengahari. Diharapkan dengan adanya program-program yang sering diketengahkan oleh IPTA di dalam Negeri Perlis dapat membantu pihak institusi dalam memberi aktiviti riadah kepada penghuni disamping memberi kesedaran dan nilai murni kepada pelajar-pelajar dan juga orang ramai.

Ahad, 24 April 2011

KENDURI KESYUKURAN OLEH RESTORAN A. HALIM



22/4/2011 (Jumaat) - Restoran Abdul Halim (Kangar) telah menyumbangkan makan malam dengan menu nasi kandar, kari ayam, sayur kobis campur, dan telur rebus kepada penghuni RSK dan Yayasan Anak Yatim. Pihak RSK mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihitanan Restoran Abdul Halim kepada golongan warga emas yang tersisih ini.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BATU PAHAT

21/4/2011 (Khamis) - Jurupulih Cara Kerja, En. Ishaz Djunaidy Ismail bersama 3 orang kakitangan pengiring disertai oleh 4 orang pelajar praktikum, En. Dominic Dona, En. Dominic Menggin, Cik Misbah Majelan dan Cik Sharifah Nur Bahijah telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar bersama 10 orang penghuni ke Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat.

GOTONG ROYONG MEMBERSIH PERKUBURAN RSK









20/4/2011 (Rabu) - Biro Agama Islam RSK telah menganjurkan satu program gotong-royong bagi membersihkan kawasan perkuburan Islam yang terletak di belakang institusi ini. Program ini telah mendapat kerjasama yang baik dari kakitangan dan penghuni RSK.

Sabtu, 16 April 2011

PROGRAM ZON BERSIH/ THINK GREEN



16/4/2011 (Sabtu) - 9 orang kakitangan RSK Kangar telah dijemput untuk mengikuti program gotong royong zon bersih oleh Majlis Perbandaran Kangar untuk membersihkan bandar Kangar. Majlis pelancaran Zon Bersih disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis, YB Dato Seri Dr. Mohd Isa Bin Sabu dengan disertai oleh berbagai agensi dan jabatan di negeri Perlis.

Selasa, 5 April 2011

REKREASI PENGHUNI KE KOTA PASIR SALAK





4/4/2011 (Selasa) - Seramai 17 orang penghuni dengan diiringi oleh 16 orang kakitangan pengiring telah mengadakan satu aktiviti rekreasi penghuni ke Kota Pasir Salak, Perak. Penghuni telah dibawa untuk menikmati durian di Kampung Gajah dan Mee Udang di Restoran Mak Jah di Kuala Sepetang.

Ahad, 3 April 2011

MAJLIS KESYUKURAN MSYARAKAT SETEMPAT



2/4/2011 (Sabtu) - En. Mohd Izwanul Aqxmal Bin Md Kassim dari Batu 1 1/4 Jalan Santan, 01000 Kangar telah menaja makan malam kepada penghuni RSKK yang disajikan di Dewan Makan sebagai sebuah majlis kenduri kesyukuran. Pihak RSKK merakamkan jutaan terima kasih di atas ingatan beliau kepada warga emas yang tersisih dan memerlukan perhatian.