Khamis, 30 Jun 2011

JAMUAN TEH RAKYAT SEMPENA HARI KEPUTAREAAN DYMMM TUANKU RAJA PERLIS

30/6/2011 (Khamis) - Seramai 10 orang kakitangan RSKK tekah dijemput unutk menghadiri Jamuan Teh Rakyat sempena hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis pada jam 2.30 petang yang bertempat di Dewan Felda Rimba Mas.

Sabtu, 25 Jun 2011

SUKAN JKMM

24-29/6/2011 -Kontijen Jabatan Kebajikan Negeri Perlis yang turut dianggotai oleh 9 orang kakitangan RSK Kangar telah berlepas ke Sabah yang terpilih sebagai tuan rumah Sukan Jabatan tahun ini untuk berentap di dalam berbagai acara. Semoga Kontijen JKMN Perlis beroleh kemenangan dan kembali dengan selamat.

Khamis, 23 Jun 2011

MALAM PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA DYMM RAJA PERLIS




22/6/2011 (Selasa) - Kumpulan teater RSKK adalah diantara 12 jabatan yang terpilih bagi membuat persembahan pada Malam Perkidmatan Awam ini. Sketsa yang dipilih adalah Kes Pembuangan Bayi yang telah berjaya memberi kesan yang mendalam kepada penonton yang memenuhi Dewan 2020. Turut menyaksikan persembahan adalah DYMM Tuanku Raja Perlis.

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP

22/6/2011 (Rabu) - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontijen Perlis yang diketuai oleh Datin Hajjah Mastura telah mengadakan satu lawatan kebajikan ke RSKK bagi memberi pengetahuan dan pendedahan kepada ahli persatuan mengenai golongan warga emas mendapat perlindungan dan penjagaan oleh institusi ini.

Rabu, 22 Jun 2011

RAPTAI TEATER SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM

21/6/2011 (Selasa) - Seramai 9 orang penghuni RSK dengan diiringi 6 orang kakitangan pengiring telah bersama menghadiri raptai Kumpulan Teater RSK yang telah terpilih untuk membuat persembahan sempena Hari Perkhidmatan Awam. Raptai ini berlangsung mulai 8.00 malam sehingga 11.00 malam di Dewan 2020.

Isnin, 20 Jun 2011

SAMBUTAN HARI BAPA




20/6/2011(Isnin)- RSKK telah mengadakan Sambutan Hari Bapa bersama semua penghuni yang berlangsung di Dewan Makan RSK. Penghuni terutama yang bergelar bapa diraikan dengan sesi memotong kek, jamuan buah-buahan tempatan. Turut hadir bersama Tuan Penguasa, En. Manab Bin Mehat.

Sabtu, 18 Jun 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK KUALA PERLIS






18/6/2011 (Sabtu) - Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis yang dianggotai seramai 40 orang pelajar dengan diiringi 2 orang guru telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke RSKK. Tujuan lawatan itu adalah untuk menimba pengalaman dan mendedahkan isu serta situasi yang dihadapi oleh warga emas yang disisih. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini diselitkan dengan sesi ramah mesra di asrama-asrama, penyampaian cenderahati, sukaneka warga emas dan persembahan dari pelajar serta warga emas sendiri.

Khamis, 16 Jun 2011

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT


16/6/2011 (Khamis) - Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi, Perlis telah mengadakan satu Program Khidmat Masyarakat yang membabitkan 79 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring, yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 2.30 petang. Antara aktiviti yang dimuatkan adalah gotong-royong membersihkan kawasan, pertandingan congkak, cabutan bertuah, sumbangan cenderahati dan sesi ramah mesra.

Khamis, 9 Jun 2011

PROGRAM KASIH RAKYAT MENJUNJUNG DAULAT











9/6/2011 (Khamis) - Seramai 22 orang kakitangan RSK Kangar telah dilantik sebagian Jawatankuasa Persediaan dan Jawatankuasa Makanan bagi menjayakan Program Kasih Rakyat Menjunjung Daulat, sambutan ulangtahun keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke-68 yang bertempat di tapak Pasar Tani, Pekan Simpang Empat, Perlis.

GOTONG-ROYONG DI SIMPANG EMPAT, PERLIS

8/6/2011 (Rabu) - Seramai 17 orang kakitangan RSK Kangar dan 3 orang pelajar praktikum telah mengikuti program gotong-royong dan pembersihan kawasan yang bertempat di Tapak Pasar Tani, Pekan Simpang Empat Perlis. Pada sebelah petangnya pula 4 orang kakitangan RSK membantu memotong daging bagi menyediakan masakan persediaan untuk jamuan Program Kasih Rakyat Menjunjung Daulat, sambutan ulangtahun keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke-68.

Selasa, 7 Jun 2011

GOTONG-ROYONG DI SIMPANG EMPAT, PERLIS

7/6/2011 (SELASA) - Seramai 12 orang kakitangan RSK Kangar telah mengikuti program gotong-royong dan pembersihan kawasan yang bertempat di Tapak Pasar Tani, Pekan Simpang Empat Perlis bagi persediaan untuk Program Kasih Rakyat Menjunjung Daulat, sambutan ulangtahun keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke-68.

Isnin, 6 Jun 2011

MAJLIS PERKAHWINAN STAFF RSK


5/6/2011 (Ahad) - Kakitangan RSK Kangar telah menghadiri Majlis Perkahwinan Atendan kesihatan, En. Wan Mohd Azrul Bin Wan Chik. Seluruh warga RSK mendoakan semoga beliau berbahagia sehingga ke anak cucu.

Sabtu, 4 Jun 2011

PROGRAM KASIH RAKYAT MENJUNJUNG DAULAT

4/6/2011 (Sabtu) - Seramai 7 orang kakitangan RSK Kangar telah mengikuti program gotong-royong dan pembersihan kawasan yang bertempat di Tapak Pasar Tani, Pekan Simpang Empat Perlis bagi persediaan untuk Program Kasih Rakyat Menjunjung Daulat, sambutan ulangtahun keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke-68.

Khamis, 2 Jun 2011

MESYUARAT KAKITANGAN KALI PERTAMA BERSAMA PENGUASA BARU RSKK





1/6/2011 (Rabu) - Mesyuarat kakitangan RSK bersama Penguasa baru RSK Kangar, En. Manab Bin Mehat telah diadakan dibilik mesyuarat RSK. Disamping sesi suaikenal, Tuan Penguasa turut meminta semua kakitangan memberi kerjasama sebaiknya di dalam memberikan perkhidmatan terbaik serta penambahbaikan dalam beberapa aspek pentadbiran. Mesyuarat ditangguhkan dengan minum petang.