Sabtu, 26 November 2011

PROGRAM SETITIK KASIH SELUHUR BUDI






26/1/2011 - 60 orang Mahasiswa jurusan Pengurusan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia dengan disertai 2 orang pensyarah pengiring telah mengadakan sebuah program Setitik Kasih Seluhur Budi yang muatkan aktivititi ramah mesra, LDK - Luahan Rasa, Sukaneka, Persembahan dan penyampaian cenderahati. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi disamping membina keyakinan diri bagi menghadapi cabaran di dunia perkejaaan sebenar bagi mahasiswa yang telah tamat pengajian nanti.

Jumaat, 25 November 2011

LAWATAN KOLEJ KEJURURAWATAN ALOR SETAR








24-25/11/2011 - Seramai 120 orang pelatih jururawat tahun 1 dari Kolej Jururawat Alor Setar dengan diseliakan oleh 3 orang kakitangan, Pn. Rohaya Abdul Karim, Pn. Hayati Darus dan Pn. Masniah Basri telah mengadakan lawatan selama 2 hari sebagai pengenalan kepada institusi yang menguruskan warga emas yang tersisih dan diabaikan waris.

Selasa, 22 November 2011

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA WARGA EMAS






21/11/2011 (Isnin) - Sebuah Majlis Makan Malam Bersama Warga Emas dan Program Persembahan Kebudayaan dan Kesenian telah dianjurkan di Rumah Seri Kenangan dengan Kerjasama Pengerusi Lembaga Pelawat bertempat di Dewan Seri Kenangan, RSK Kangar. Para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan wayang kulit oleh Sri Ansun.

Ahad, 20 November 2011

LAWATAN SOSIAL JPNP & PLKN






19/11/2011(Sabtu) - Jabatan Penerangan Perlis bersama Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tasoh telah mengadakan Lawatan Sosial ke Rumah Seri Kenangan Kangar.

Jumaat, 18 November 2011

ANUGERAH INOVASI 2011






15/11/2011 - Kumpulan Inovasi RSK Kangar, Masdinamik telah berangkat ke Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man Kuala Terengganu bagi menghadiri majlis Anugerah Inovasi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia 2011 yang dirasmikan oleh Y.B Dato' Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. 
Kumpulan Masdinamik telah merangkul tempat Naib Johan dengan ciptaan Tanjak Mudah Alih, yang memberi keselesaan kepada penghuni dan kakitangan dalam proses mengangkat dan memindahkan penghuni terlantar dari kerusi roda ke dalam kenderaan untuk dibawa ke klinik, hospital atau aktiviti riadah. Alat yang dicipta dengan kos sebanyak RM67 ini menjimatkan kos hampir RM1200 jika membeli produk seumpamanya dipasaran iaitu advantage ramp.

Sabtu, 12 November 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI WARGA EMAS, KANAK-KANAK & OKU







12/11/2011 (Sabtu) - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah menganjurkan Sambutan Hari Warga Emas, Kanak-Kanak, Orang Kurang Upaya Peringkat Negeri Perlis yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perlis di dataran Pasaraya C-Mart, Arau. Seramai 26 orang penghuni RSK Kangar telah menyertai acara sukaneka, dan persembahan nyanyian dengan diiringi oleh 11 orang kakitangan.

Jumaat, 11 November 2011

SAYEMBARA INOVASI KPWKM






9/11/2011- Kumpulan Inovasi RSK Kangar, Masdinamik telah menyertai Sayembara Inovasi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di Institut Sosial Malaysia, Sg Besi.

Rabu, 9 November 2011

PROGRAM KORBAN DI RUMAH KANAK-KANAK ARAU

9/11/2011 (Rabu) - RKK Arau telah mengadakan majlis korban sempena Aidil Adha di Dewan Srikandi, RKK Arau. 2 ekor lembu dikorban dan sebuah majlis kenduri serta penyerahan daging diberikan kepada hadirin. Seramai 13 orang kakitangan RSK telah ditugaskan untuk membantu RKK bagi menjayakan program ini.

Selasa, 8 November 2011

MAJLIS KORBAN AIDIL ADHA









6/11/2011 (Ahad) - RSK Kangar telah mengadakan sebuah majlis Korban sempena Hari Raya Aidil Adha. Semua kakitangan RSK Kangar telah dijemput untuk menyempurnakan majlis ini sesudah solat sunat berjemaah Aidil Adha di surau RSK Kangar. Sebahagian daging lembu yang dikorbankan dimasak dan dijadikan juadah makan tengahari manakala selebihnya disumbangkan kepada seluruh kakitangan yang hadir.

Jumaat, 4 November 2011

LAWATAN PANEL PERTANDINGAN EDIBLE GARDEN

3/11/2011 - Panel dari JKMM datang ke tapak projek Edible Garden RSK Kangar untuk menilai kualiti tanaman dan seliaan tapak projek bagi Pertandingan Edible Garden peringkat Jabatan.

Selasa, 1 November 2011

KIK SEKTOR AWAM PERINGKAT KEBANGSAAN








31/10-3/11/11 - Kumpulan Inovatif and Kreatif RSK Kangar, Masdinamik telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif ( kategori teknikal ) sektor awam peringkat kebangsaan ke-28 di Seremban, Negeri Sembilan.