Ahad, 29 Januari 2012

PESTA PANTUN 2012







28/1/2012 (Sabtu) - Seramai 17 orang penghuni RSK Kangar dengan diiring oleh 3 orang kakitangan telah dijemput untuk menghadiri Majlis JKM Bersama Pendidikan iaitu sebuah pertandingan berbalas pantun yang disertai oleh 3 orang kakitangan JKMN Perlis, Pembantu Perawatan Kesihatan RSK Kangar, Pn. Meryam Bt Hassan turut menyertai acara ini yang bertempat di auditorium Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis.

Sabtu, 28 Januari 2012

PROGRAM KOMUNITI BERSAMA WARGA RSK KANGAR





28/1/2012(Sabtu) - Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak telah mengadakan sebuah program komuniti bersama warga emas RSK Kangar yang disertai oleh 30 orang JPK, dan 5 orang kakitangan pengiring.

Jumaat, 27 Januari 2012

MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT






27/1/2012 (Jumaat) - 3 orang kakitangan RSK, En. Arif Fadzilah, En. Noorhisham, dan En. Manab Mehat telah mengikuti lawatan Perdana Menteri ke Negeri Perlis yang bertempat di Dewan Serbaguna Simpang Empat.

Selasa, 24 Januari 2012

MAJLIS TAHUN BARU CINA








23/1/2012 (Isnin) - Lembaga Pelawat dengan kerjasama RSK Kangar telah menganjurkan Majlis Tahun Baru Cina bertempat di Dewan Seri Kenangan, semua penghuni dan kakitangan telah dijemput. Majlis diserikan dengan jamuan makan malam, persembahan kumpulan muzik, dan pemberian ang pau kepada penghuni RSK Kangar.

Khamis, 19 Januari 2012

PERTANDINGAN PANTUN PENJAWAT AWAM

19/1/2012 - Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis telah menganjurkan Pertandingan Pantun Penjawat Awam yang berlangsung di Auditorium Kebudayan dan Kesenian Negeri Perlis. Puan Meryam Bt Haji Hassan dari RSK Kangar turut menyertai kumpulan dari Jabatan Kebajikan Negeri Perlis bagi menyertai pertandingan berbalas pantun ini.

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI





19/1/2012 ( Khamis) - Biro Agama Islam RSK Kangar telah mengadakan sebuah ceramah bertajuk "Penerapan Nilai-Nilai Murni dalam Kehidupan Seharian" yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Nordin Bin Awang di Dewan Seri Kenangan yang dihadiri oleh kakitangan bertugas dan penghuni sihat.

Selasa, 17 Januari 2012

KHIDMAT SOSIAL FALKULTI SAINS SUKAN & REKREASI










17/1/2012 (Selasa) - Seramai 52 orang pelajar Diploma Pengajian Sukan dari UiTM Kampus Arau telah mengadakan program khimat sosial sebagai keperluan silibus bagi membolehkan mereka menamatkan program diploma tersebut. Antara aktiviti yang dilakukan adalah gotong-royong membersihkan tanah perkuburan Islam RSKK dan sesi ramah mesra.

Ahad, 15 Januari 2012

SUMBANGAN BAJU UNTUK TAHUN BARU CINA






15/1/2012 (Ahad) - Ahli lembaga pelawat bersama Ketua Wanita Kangar, Azihani Ali menyumbangkan baju untuk majlis Tahun Baru Cina kepada 21 orang penghuni cina di RSK Kangar. Pihak RSK mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas sumbangan dan ingatan mereka.

Sabtu, 14 Januari 2012

PROGRAM REKREASI KE PANTAI MERDEKA






14/1/2012 (Sabtu) - Unit Fisioterapi, RSK Kangar yang diketuai Cik Hidayah Hambali bersama 5 orang kakitangan RSK telah membawa 6 orang penghuni untuk program riadah penghuni dan sand therapy di Pantai Merdeka, Kedah bagi penghuni yang mempunyai masalah kulit.

Ahad, 8 Januari 2012

PERTANDINGAN BOWLING RSK KANGAR









8/1/2012 (Ahad) - Pertandingan Bowling Tertutup antara kakitangan RSK telah diadakan jam 8.30 malam bertempat di Perlis Bowl, Kangar. Seramai 23 orang kakitangan telah menyertai acara tersebut. Bagi kategori wanita, pemenangnya adalah;

1. Pn. Norazreen Abd Karim (Johan)
2. Pn. Noorma Ahmad (Naib Johan)
3. Pn. Faizatun Faridah (Tempat Ketiga)
Manakala bagi kategori lelaki pemenangnya adalah;


1. En. Azmeer bin Azenan (Johan)
2. En. Bidin Bin Abdullah (Naib Johan)
3. En. Ishaz Djunaidi (Tempat Ketiga)