Jumaat, 30 Mac 2012

BENGKEL SOLAT PESAKIT







29/3/2012 - Biro Agama Islam RSK Kangar telah mengadakan sebuah bengkel solat pesakit bertempat di Dewan Seri Kenangan. Penceramah jemputan pada hari tersebut adalah Ustaz Abdullah Bin Shafiee dan Ustaz Fadzil Bin Ahmad. Semua kaikitangan bertugas dan penghuni sihat telah hadir bagi menjayakan program tersebut.

Khamis, 29 Mac 2012

RIADAH PENGHUNI KE ULU LENGGONG, BALING








23-24/3/2012 - Seramai 15 orang penghuni dan 17 orang kakitangan RSK Kangar telah mengikuti rekreasi penghuni ke Kolam Air Panas Lenggong. Turut diselitkan sebuah Bengkel Pengukuhan Kerja Berpasukan Siri 1.

Khamis, 15 Mac 2012

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

14/3/2012 - Tiga orang pelajar dari Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Emas (ARPRM) yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan telah hadir ke RSK Kangar bagi menjalankan projek khidmat masyarakat selama 60 jam yang merupakan komponen wajib bagi menyempurnakan Anugerah Remaja Perdana Peringkat Emas.

Rabu, 7 Mac 2012

LAWATAN JABATAN PERBENDAHARAAN NEGERI PRLIS






6/3/2012- Seramai 5 orang kakitangan Jabatan Perbendaharaan Negeri Perlis telah membuat lawatan sambil belajar sebagai memenuhi jadual Kursus Induksi Khusus sebagai syarat pengesahan perkhidmatan dan memgambil maklumat mengenai cara pengurusan warga emas di RSK Kangar.

Isnin, 5 Mac 2012

JEJAK KASIH





4/3/2012 - Diatas usaha yang dilakukan Pejabat Kebajikan Daerah Hulu Selangor, penghuni  Siti Bedah Bt Nik dan Abu Hassan Bin Shaari telah dipertemukan dengan cucu mereka Mohd Azam yang tinggal bersama keluarga angkatnya, En. Hashim Bin Jaafar yang turut hadir pada hari itu.

Sabtu, 3 Mac 2012

PROGRAM PLKN TASIK MERANTI & JABATAN PENERANGAN







3/3/2012 - PLKN Tasik Meranti dan Jabatan Penerangan Negeri Perlis telah mengadakan sebuah program Khidmat Sosial di Rumah Seri Kenangan Kangar. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong dan ramah mesra bersama penghuni. Seramai 300 orang pelatih telah menyertai program ini.

Jumaat, 2 Mac 2012

GOTONG-ROYONG EDIBLE GARDEN





1/3/2012 - Sebuah gotong-goyong telah dianjurkan oleh Biro Edible Garden bagi mengubah anak semaian sayuran dan menyediakan sebuah tapak projek Edible Garden RSK Kangar.