Isnin, 28 Mei 2012

SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN

27/5/2012 - 10 orang penghuni dengan diiringi 2 orang kakitangan telah mengikuti Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-69 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis di Dewan 1 Malaysia, Simpang Empat Perlis.

Ahad, 27 Mei 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU PINANG



26/5/2012 - Seramai 15 orang penghuni dengan diiringi 6 orang kakitangan telah membuat satu ekspidisi lawatan sambil belajar ke Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan ke rumah seniman agung Allahyarham Dato' P.Ramlee.

Jumaat, 25 Mei 2012

PROGRAM CERAMAH KESIHATAN MENTAL

25/5/2012- Seramai 10 orang kakitangan RSK Kangar telah dijemput untuk mengikuti Program Ceramah Kesihatan Mental yang dianjurkan Persatuan Kesihatan Mental Perlis yang bertajuk: Kemurungan dan Kerjaya. Ceramah ini bertempat di Auditorium, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Khamis, 24 Mei 2012

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

24/5/2012- Seramai 10 orang penghuni dan 4 orang kakitangan pengiring telah dijemput untuk menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2012 yang bertempat di Dataran Dato' Sheikh Ahmad Kangar. Panel pada malam itu adalah Ustaz Dato' Najmuddin Haji Elias Al Hafiz dan Ustaz Kasim Haji Elias Al Hafiz.

Selasa, 22 Mei 2012

SEMINAR PEMANTAPAN & PENGURUSAN KELUARGA ISLAM





22/5/2012 - Biro Agama Islam RSK telah menganjurkan sebuah seminar Pemantapan & Pengurusan Keluarga Islam yang bertempat di Dewan Seri Kenangan, RSK Kangar. Seluruh penghuni muslim dan kakitangan RSK Kangar telah dijemput untuk menghadiri seminar ini. Panel yang dijemput adalah Ustazah Che Be Bt Din, merupakan adik kepada pendakwah dan pengamal perubatan Islam terkemuka Dr. Harun Din dan Ustaz Abdul Bashir Awang dari Uitm Arau.

Jumaat, 18 Mei 2012

PROGRAM PRIHATIN DAN PERKONGSIAN ILMU





19/5/2012 - School of Law, Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan sebuah lawatan dan ceramah motivasi yang bertempat di RSK Kangar dengan disertai oleh 83 orang pelajar. Turut hadir bersama Pengarah Pusat Bantuan Guaman, Professor Madya Dr. Asmah Laili Bt Haji Yeon.

Ahad, 13 Mei 2012

MAJLIS MAKAN MALAM TAJAAN APEX FAME SDN BHD








13/5/2012 - Sebuah syarikat pembinaan dari Arau Perlis, APEX FAME SDN. BHD. telah menganjurkan sebuah majlis makan malam bersama penghuni warga emas dan anak-anak yatim di Dewan Seri Kenangan. Turut hadir ahli lembaga pengarah Apex Fame, pengerusi dan ahli Lembaga Pelawat RSK Kangar dan kakitangan RSK Kangar. Apex Fame Sdn Bhd turut menyumbangkan wang saku kepada penghuni dan anak-anak yatim bagi kegunaan harian mereka. Majlis makan malam ini turut diserikan dengan persembahan muzikal dari anak yatim dan karaoke dari artis tempatan dan kakitangan RSK Kangar.

Jumaat, 11 Mei 2012

GOTONG-ROYONG JABATAN BOMBA







11/5/2012 - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis telah menganjurkan sebuah program gotong-royong di RSK Kangar sempena Hari Bomba Sedunia.

Rabu, 9 Mei 2012

LAWATAN DARI RSK BEDONG





9/5/2012- Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah yang disertai oleh 45 orang kakitangan telah mengadakan sebuah lawatan ke RSK Kangar bagi mengeratkan perhubungan sesama institusi. Lembaga Pelawat RSK Kangar telah menaja jamuan makan kepada rombongan yang hadir.

Selasa, 8 Mei 2012

REKREASI PENGHUNI KE PADANG BESAR







7/5/2012- 14 orang penghuni dengan diiringi 7 orang kakitangan RSK Kangar telah dibawa untuk aktiviti riadah dan membeli belah di Padang Besar bagi membelanjakan wang yang diperolehi dari Bantuan Rakyat 1 Malaysia untuk kegunaan mereka.

Jumaat, 4 Mei 2012

SENAMROBIK BERSAMA UNIT FISIOTERAPI RSK KANGAR




4/5/2012 -Unit fisioterapi bersama-sama paltih praktikum telah menganjurkan sesi senamrobik bersama penghuni RSK Kangar di dalam Dewan Seri Kenangan.

Rabu, 2 Mei 2012

RIADAH KAKITANGAN DAN PELATIH PRAKTIKUM





2/5/2012 - Pn. Harisson Husin, pelatih dari Kursus Pekerja Sosial dari Institut Sosial Malaysia telah menganjurkan sukan bola tampar dan bola jaring diantara kakitangan dan pelatih praktikum fisioterapi di dataran RSK. Manakala sukaneka wargatua dianjurkan kepada penghuni RSK yang sihat.

PROGRAM KEMASYARAKATAN SMK SULTANAH ASMA








2/5/2012 - Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Langgar Kedah telah mengadakan sebuah lawatan kemasyarakatan ke RSK Kangar yang diketuai oleh Pn. Nurul Asmaliza Mohd. Isa dan disertai 95 orang murid bersama 9 orang guru pengiring. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah gotong-royong, ramah mesra dan penyampaian cenderahati.

Selasa, 1 Mei 2012

KONVOI AMAL




29/4/2012 - Majlis Perbandaran Subang Jaya bersama Majlis Perbandaran Kangar telah mengadakan Konvoi Amal keseluruh negeri Perlis bagi menjalankan kerja-kerja amal. RSK Kangar telah dipilih oleh pihak penganjur untuk melakukan kerja-kerja gotong-royong membersihkan kawasan dan tapak projek edible garden.