Rabu, 27 Jun 2012

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM



26/6/2012 - RSK Kangar telah menganjurkan sebuah Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk "Israk Mikraj Menjana Kesungguhan Beribadat" dengan menampilkan panel Yang Berbahagia Sheikh Ahmad Faisol Bin Haji Omar (Kadi Daerah Kubang Pasu) dan Yag Berbahagia Ustazah Hajjah Nazrah Bt Yusof (Pensyarah IPDA). Manakala Ustaz Hashim Bin Othman al-Hafiz dilantik sebagai moderator forum. Kehadiran muslimin dan muslimat adalah melebihi 1000 orang, satu jumlah yang sangat mengalakkan.

Sabtu, 16 Jun 2012

LAWATAN SMK BATU SEPULOH, LEKIR, PERAK

PROGRAM GEMA KARISMA 1 AZAM



16/6/2012 - Seramai 10 orang penghuni telah dibawa untuk mengikuti program Gema Karisma 1 Azam yang bertempat di Dewan 1 Malaysia, Simpang Empat Perlis. Manakala 7 orang kakitangan RSK telah ditugaskan sebagai AJK kebersihan untuk program tersebut. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim.

Jumaat, 15 Jun 2012

MAJLIS PERASMIAN INFRASTRUKTUR FRIM


14/6/2012- Seramai 10 orang kakitangan RSK Kangar telah dijemput untuk menghadiri Majlis Perasmian Infrastruktur Kemudahan Ekopelancongan di Stesen Penyelidikan FRIM di Jalan Padang Besar Utara, Perlis.

Selasa, 12 Jun 2012

TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN



Dipelawa syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset berikut:

Bas Isuzu CJR 580
No. Pendaftaran WHG 749

Harga Simpanan: RM 15,000.00
Deposit tender: 10% dari harga tawaran atau RM5,000.00 (mana yang terendah)

Aset boleh dilihat pada 5/6/2012 hingga 11/6/2012.
Tawaran sebutharga boleh dibuat dengan mengunakan Borang Sebutharga Pelupusan Aset Kerajaan (KEW.PA 25) yang boleh diperti di para 5. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 60 hari.
Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah mengunakan sampul surat berlakri dan ditanda No. Sebutharga RSSKPs/4/2012 dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat: Rumah Seri Kenangan Kangar.

Tarikh tutup sebutharga pada 5/7/2012 jam 12.00 tengahari.

Ahad, 10 Jun 2012

PROGRAM GEMA KARISMA 1 AZAM

10/6/2012 - Seramai 11 orang penghuni RSK Kangar dan kakitangan pengiring telah turut bersama hadir bagi menjayakan Program Gema Karisma 1 Azam yang bertempat di Dewan Residensi Kangar. Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis Y.B Dato' Seri Md Isa Sabu.

Sabtu, 9 Jun 2012

PROGRAM 10000 LANGKAH SEMPENA KEM KESIHATAN




9/7/2012 - Seramai 9 orang penghuni telah dibawa mengikuti Program 10000 Langkah sempena Kem Kesihatan yang dianjurkan di Dewan Kampung Banat Arau. 3 orang kakitangan pengiring turut serta mengikuti program kesihatan ini.

Ahad, 3 Jun 2012

LAWATAN DARI JPA PUTRAJAYA





2/6/2012 - Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya yang disertai oleh 25 orang kakitangan telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke RSK Kangar bagi memupuk sifat prihatin pegawai JPA terhadap golongan warga emas.

Sabtu, 2 Jun 2012

RUMAH KAKITANGAN RSK KANGAR DI ROMPAK


2/6/2012 - Rumah kakitangan RSK Kangar, Pn. Norazalilah Abdullah telah digeledah dan dilarikan barang-barang berharga ketika berlangsungnya majlis perkahwinan oleh beberapa individu yang tidak dikenali yang  menyamar seperti saudara-mara.

 “Saya langsung tidak sedarkan diri apabila pengsan akibat diserang sakit jantung sebaik mengetahui tiga tetamu wanita yang tidak diundang, mencuri hantaran serta barangan berharga milik anak perempuan,” kata Abdullah Mohd Noor, 60. Sebelum itu, katanya, majlis perkahwinan anak perempuannya ‘diserang’ sekumpulan pencuri wanita Geng Gelang yang melarikan barang kemas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM5,000 dalam kejadian di Beseri di sini, Sabtu lalu. Difahamkan tiga suspek wanita berbaju kurung berusia antara 40-an hingga 50-an berkenaan turut dipercayai menjadi dalang beberapa kejadian samun dan curi dalam bilik pengantin sejak tahun lalu. Dalam kejadian jam 2 petang, Nor Fadilah, 28, dan kakak sulungnya, Nor Azalilah, 34, kehilangan barang kemas serta beg tangan berisi wang tunai manakala Abdullah terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk rawatan.  Artikel dari harian Metro.