Selasa, 31 Julai 2012

PROGRAM SINGGAH SAHUR TV3


31/7/2012 - Media Prima telah memilih RSK Kangar untuk program Singgah Sahur TV3 untuk meraikan penghuni warga emas dan tiada waris. Bagi Singgah Sahur 2012 kali ini, program ini menampilkan hos yang terdiri daripada barisan ternama personaliti TV3 seperti Ally Iskandar, Fiza Sabjahan, Nurul Syuhada Nurul Ain, Teh  Syuhada, Zainal Ariffin Ismail, Hazrena Kassim, Noorzahan Rashid, Nor Azzura Azizul, Zakiah Anas, Irin Puteri, Zaim Helmy, Nadia Shahrul, Mzul, Hazlin Hussin, Ahmad Noor Sulaiman dan Nadia Shahrul. 

Lebih menarik, musim ini turut membabitkan produk Mamee sebagai penaja utama dalam membawa pendekatan yang lebih mesra dalam merealisasikan pengalaman bersahur yang begitu ceria dan pastinya mengukir senyuman para penerimanya. Selain daripada kehadiran personaliti TV3, Singgah Sahur 2012 turut diserikan dengan kemunculan selebriti terkenal tanah air dan juga duta kepada jenama Mamee Sllrrp, Shaheizy Sam.

Ahad, 29 Julai 2012

PROGRAM SENTUHAN KASIH AMAL PERLIS FM







27/7/2012 - Sebuah Majlis berbuka puasa dianjurkan oleh Perlis FM RTM untuk meraikan seluruh warga emas dan anak-anak yatim di Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah.

MASDINAMIK DAPAT LIPUTAN BERITA RTM




27/7/2012 - Ciptaan kumpulan Inovasi RSKK iaitu E-Chair telah mendapat liputan berita RTM TV1 yang ke udara pada jam 6 petang dan 8 malam @ 27/7/2012.

Sabtu, 28 Julai 2012

QIAMULLAI SEMPENA RAMADHAN



27/7/2012- Pembantu Hal Ehwal Agama Islam, Ustaz Jeffri A.Mukhti telah mengadakan qiamullai dan kuliah subuh kepada penghuni-penghuni RSK Kangar dan seterusnya bersahur bersama.

Jumaat, 20 Julai 2012

CERAMAH SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN

FORUM PERDANA: AMBIL PEDULI KEHEBATAN RAMADHAN




14/7/2012 - 5 orang kakitangan termasuk Tuan Penguasa telah menghadiri Forum Perdana, Ambil Peduli Kehebatan Ramadhan yang bertempat di Dataran Jubli Emas, Komplek Islam Negeri Perlis yang menampilkan Ustaz Idris Sulaiman dari Kedutaan Arab Saudi - Malaysia, Ustaz Mohd Rizal Azizan dan Ustaz Fadzlan Mohd Othman.

JEJAK INOVASI PERLIS 2012




14/7/2012 - Kumpulan Inovasi RSK dijemput untuk menyertai program Jejak Inovasi 2012 bertempat di Taman Rekreasi Tasik Melati yang dianjurkan Kerajaan Negeri Perlis.

Sabtu, 7 Julai 2012

MAJLIS PERKAHWINAN JURUPULIH ANGGOTA








7/7/2012 (Sabtu) - Seramai 13 orang penghuni RSK dengan diiringi 9 orang kakitangan telah menghadiri majlis perkahwinan Pn. Aniqah di Taman Pudina, Lunas Kedah. Seterusnya rombongan RSK singgah pula ke majlis perkahwinan anak kepada Dato' Dr. Othman dan Datin Fadzilah yang bertempat di Dewan Warisan Kangar.