Jumaat, 31 Ogos 2012

MAJLIS KESYUKURAN AIDILFITRI





30/8/2012 - Penghuni RSK sihat bersama kakitangan telah dijemput untuk menghadiri Majlis Kesyukuran Aidilfitri di rumah Tuan Pengarah JKMN Perlis, En. Abdullah Ali di Taman Seri Lanchang, Jejawi.

Sabtu, 25 Ogos 2012

TAUTAN KASIH AIDILFITRI






 
25/8/2012 - Program Tautan Kasih Aidilfitri, Sebuah majlis jamuan hari raya Aidilfitri dan sukaneka warga emas telah dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Perlis dan Pelajar Islam Negeri Perlis bagi meraikan penghuni warga emas yang tidak waris dan tersisih. Program ini diseliakan oleh Cik Sakinah Bt Hassan.

Ahad, 12 Ogos 2012

BINA INSAN GURU FASA 2




12/8/2012 - Unit Kokurikulum, IPG Kampus Kangar yang disertai 19 orang pelatih dan seorang pensyarah telah menganjurkan program Bina Insan Guru fasa 2 di RSK Kangar. Bina Insan Guru memuatkan aktiviti khidmat masyarakat seperti gotong royong membersihkan kawasan edible garden, mengindahkan halaman institusi, membantu di dobi, dewan makan dan asrama. Sebuah majlis berbuka puasa bersama turut dianjurkan untuk meraikan warga emas yang tersisih.

PBPM BERSAMA WARGA EMAS




12/8/2012 - Persatuan Belia Pemikir Muda yang disertai oleh 45 orang ahli diketuai oleh En. Tajul Haslam Bin Datuk Tajudin telah menganjurkan sebuah majlis bersahur bersama warga emas RSK.

SEMARAK KASIH MAIPS




11/8/2012 - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dengan kerjasama gabungan mahasiswa IPTA dan gabungan pelajar Islam negeri Perlis telah menganjurkan sebuah majlis Semarak Kasih bertemakan "Bakti Dihulur, Ukhwah Terbina, Erat Selamanya". Antara program yang dimuatkan adalah ceramah Penghayatan Ramadhan oleh Ustaz Mohammad Dhiya'ul Hafidh Bin Fatah Yasin, jamuan berbuka puasa bersama warga emas, pemberian duit raya dan solat tarawikh bersama.

PROGRAM KEMBARA SAHUR





11/8/2012 - Program Kembara Sahur "Sunnah Diamalkan Ibadah Di sempurnakan" telah dianjurkan oleh pelajar Program Diploma Pengurusan Hotel Dan katering Semester Enam, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Tuanku syed Sirajuddin. Seramai 80 orang pelajar termasuk pensyarah terlibat dalam menjayakan majlis bersahur bersama warga emas di institusi ini.

Sabtu, 11 Ogos 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TPM

9/8/2012 - Seramai 6 orang kakitangan RSK Kangar telah dijemput untuk majlis berbuka puasa bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin dan YABhg Puan Sri Noorainee bt Abdul Rahman yang mengadakan lawatan kerja ke negeri Perlis yang bertempat di Dewan 2020.

Jumaat, 10 Ogos 2012

PROGRAM BARAKAH RAMADHAN





9/8/2012 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis dengan kerjasama Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi JKMPs telah menganjrkan sebuah program Barakah Ramadan di Dewan Seri Kenangan, RSK Kangar bermula pada jam 2.00 petang hingga 11.00 malam. Antara program yang dimuatkan adalah mesyuarat Kelab, Penyampaian hadiah kepada pegawai yang bertukar, berkahwin dan menimang cahaya mata, tazkirah Ramadhan, iftar, solat tarawikh dan jamuan moreh.