Sabtu, 29 September 2012

PROGRAM ZIARAH DAN IBADAH
















29/9/2012 - Darul Fawwaz dan Surau al-Ittifaq, Taman Keramat Permai Kuala Lumpur telah menganjurkan program Ziarah dan Ibadah ke utara tanahair. Rombongan ini telah disertai seramai 29 orang muslimat dan memilih RSK Kangar untuk aktiviti tazkirah serta zikir munajat. Program ini telah disempurnakan di surau RSK, pihak Darul Fawwaz juga telah mendermakan sumbangan berupa wang tunai, al-Quran dan makanan ringan kepada seluruh warga emas RSK.

Bagi mereka yang ingin menghubungi Hajjah Muzayyanah Haji Abdullah, pengasas Darul Fawwaz (Pusat Pengajian Islam) untuk program-program keagamaan bolehlah mengubungi beliau menerusi: 016-3649048 atau email: al_fawwaz2004@yahoo.com.

LAWATAN AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA

















29/9/2012 - Malaysian Qualification Agency (MQA), Agensi Kelayakan Malaysia telah mengadakan aktiviti kemasyarakatan Program Tautan Kasih MQA 2012 untuk membudayakan sikap saling hormat-menghormati di samping beramah mesra bersama warga emas. Program ini disertai oleh 25 orang Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MQA 2011.

BENGKEL PERGIGIAN WARGA EMAS






 
27-28/9/2012 - Unit Pergigian Hospital Tuanku Fauziah Kangar telah menganjurkan sebuah bengkel pergigian dan pemeriksaan gigi kepada seluruh warga emas di RSK Kangar.

Jumaat, 28 September 2012

MAJLIS TAHLIL














 
28/9/2012 - Biro Agama Islam RSK telah menganjurkan sebuah majlis tahlil yang berlangsung di surau RSK, seluruh kakitangan bertugas dan penghuni Islam dijemput bagi mengimarahkan majlis ini dan turut disudahi dengan jamuan mee rebus sup tulang.