Rabu, 31 Oktober 2012

HARI RAYA AIDIL ADHA














29/10/2012 - Sebuah majlis korban sempena Hari Raya Aidil Adha telah disempurnakan di surau RSK Kangar. Dua ekor lembu telah dikorbankan yang mana dagingnya diagihkan kepada seluruh muslim dan muslimat yang hadir dan sebahagian lagi dimasakan untuk jamuan hari raya bersama warga emas RSK Kangar.

Selasa, 30 Oktober 2012

LAWATAN S.K AGAMA AL-ISLAIYAH











30/10/2012 - 40 orang pelajar dengan diiringi 2 orang guru dari Sekolah Agama Al-Islaiyah, Behor Mali menganjurkan sebuah lawatan sambil belajar ke RSK Kangar bagi membuat pendedahan kepada para pelajar mengenai institusi yang menguruskan warga emas yang terabai dan sisihkan disamping menerapkan nilai-nilai murni agar generasi yang akan datang lebih menghormati dan menyayangi warga tua.

Rabu, 24 Oktober 2012

MESYUARAT KELAB SUKAN & REKREASI RSK KANGAR













24/10/2012 - Kelab Sukan dan Rekreasi RSK Kangar telah mengadakan sebuah mesyuarat disambil pemberian cenderahati kepada kakitangan yang bertukar dan naik pangkat serta pemberian duit raya bagi menyambut Aidil Adha kepada setiap ahli.

Rabu, 17 Oktober 2012

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT KEBANGSAAN












17/10/2012 - Seramai 20 orang penghuni bersama 12 orang pegawai pengiring termasuk Tuan Penguasa telah menghadiri Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan yang bertempat di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan Selangor yang dirasmikan oleh Perdana Menteri selaku juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YAB Dato' Seri Najib Bin Abdul Razak.

Khamis, 11 Oktober 2012

ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IIF) KANGAR 2012






11/10/2012 - Bersempena Islamic Fashion Festival Kangar 2012, sebuah lawatan telah diadakan ke RSK Kangar oleh Kerajaan Negeri Perlis, Yayasan Tuaku Syed Putra dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

Rabu, 10 Oktober 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR






9/10/2012 - Seramai 47 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Putra, Kangar Perlis bersama seorang guru pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar di RSK Kangar bagi memupuk kesedaran dan prihatin terhadap warga emas yang disisihkan.