Isnin, 18 Mac 2013

1 MALAYSIA KOMUNITI PERWANI DAN 1 MILLION WOMEN PURPLE WALK 2013















15 - 17/3/2013 - Seramai 19 orang kakitangan RSK Kangar dan seorang Praktikum UUM telah terlibat dalam pameran sempena Majlis Pelancaran 1 Malaysia Komuniti Perwani dan 1 Million Women Purple Walk 2013 selama 3 hari, manakala 8 orang penghuni turut bersama menyertai Purple Walk pada hari Ahad pagi.

Ahad, 17 Mac 2013

KENDURI DI RUMAH KAKITANGAN




16/3/2013 - Seramai 8 orang penghuni dengan diiringi oleh 4 orang kakitangan termasuk Tuan Penguasa telah menghadiri kenduri perkahwinan anak Pembantu Perawatan Kesihatan, En. Ruslan Jaafar di Taman Paya Beseri.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK SANGLANG

16/3/2013 - Seramai 30 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Sanglang, Simpat Empat, Perlis telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RSK Kangar.

Sabtu, 9 Mac 2013

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI PLKN









9/3/2013 - PLKN Tasik Meranti dan Jabatan Penerangan Negeri Perlis telah mengadakan sebuah program Khidmat Sosial di Rumah Seri Kenangan Kangar. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong dan ramah mesra bersama penghuni. Seramai 351 orang pelatih dan 4 orang jurulatih telah menyertai program ini.

Jumaat, 8 Mac 2013

BENGKEL SOLAT PESAKIT








7/3/2013 - Biro Agama Islam RSKK telah menganjurkan sebuah Bengkel Solat Pesakit dan Ceramah Agama yang diberikan oleh Ustaz Ahmad Hashim yang dihadiri oleh kakitangan dan warga emas RSK Kangar.

Selasa, 5 Mac 2013

LAWATAN PELATIH KEJURURAWATAN KATPM












5/3/2013- Seramai 30 orang pelatih kejururawatan dari Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional, Perlis, Malaysia (KATPM) telah mengadakan latihan di RSK Kangar sebagai pendedahan asas penjagaan warga emas.

LAWATAN DARI INTURA






5/3/2013 - Seramai 36 orang peserta  Kursus Pembangunan Sahsiah Siri 2/2013 bersama 5 orang urusetia dari Kampus INTAN Wilayah Utara atau INTURA telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RSK Kangar.