Ahad, 28 April 2013

PROGRAM JALINAN KASIH KELAB 1STREAMER MALAYSIA











27/4/2013 - Kelab 1Streamer Malaysia (Utara) telah menganjurkan sebuah program Jalinan Kasih yang melibatkan pelatih-pelatih di Pemulihan Dalam Komuniti Indera Kasih dan warga emas RSK Kangar. Unit Pembangunan OKU, JKMN Perlis turut dijemput bagi memeriahkan program ini.

Khamis, 25 April 2013

KEMBARA KARISMA















24/4/2013 - Kembara Karisma Perlis (Program Home Help Services) dengan kerjasama Sukarelawan JKM superbikers telah berlangsung di Kampung Tengah, Kuala Perlis. Program ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr. Md Isa Sabu.

Selasa, 23 April 2013

TAZKIRAH BULANAN ANJURAN BIRO AGAMA ISLAM RSK









22/4/2013 - Biro Agama Islam RSK Kangar kali ini menjemput Ustaz Mohd Rizal Azizan untuk menyampaikan tazkirah bulanan di bilik mesyuarat RSK Kangar yang dihadiri kakitangan bertugas dan para penghuni muslim yang sihat. Turut hadir bersama Tuan Penguasa dan Timbalan Penguasa.

Ahad, 21 April 2013

PUNGUTAN KANGKONG DI TAPAK EDIBLE GARDEN







18/4/2013 - Penghuni-penghuni membuat pungutan sayur kangkong yang telah matang di tapak projek Edible Garden RSK Kangar.

Sabtu, 20 April 2013

LAWATAN SMK AGAMA KEDAH













20/4/2013 - Seramai 40 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring dari Panitia Sivik, Sekolah Menengah Kebangsaa Agama Kedah dibawah seliaan Pn. Nor Aza Bt. Ishak telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke RSK Kangar. Lawatan ini bertujuan untuk membuka ruang dan pengalaman yang lebih luas kepada pelajar bagi menanam sikap prihatin dan tanggungjawab kepada masyarakat.

Rabu, 17 April 2013

REKREASI KE PENDANG LAKE RESORT


















17/4/2013 - Seramai 30 orang penghuni dengan diiringi 20 orang kakitangan RSK Kangar telah mengikuti program rekreasi penghuni di Pendang Lake Resort, Kedah. Sebuah pertandingan memancing telah diadakan diantara penghuni manakala sebuah pertandingan lumba kayak telah berlangsung diantara kakitangan.