Khamis, 27 Jun 2013

KECERIAAN INSTITUSI












27/6/2013 - Biro Keceriaan RSK telah mengadakan gotong-royong membersihkan asrama dan mengecat blok asrama dan kawasan sekitar yang terjejas akibat cuaca panas. Manakala Biro Agama Islam mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Islam RSK Kangar dan meletakkan batu nisan kepada kubur-kubur arwah penghuni institusi ini.

Selasa, 18 Jun 2013

BENGKEL IBADAH PENGHUNI














18/6/2013 - Sebuah Bengkel Ibadah Penghuni telah dikendalikan oleh Ustaz Faizal, dari ibu pejabat JKMM untuk meningkatkan pengetahuan dan kualiti ibadah penghuni Islam di institusi ini.

Jumaat, 14 Jun 2013

MUZIK TERAPI KEPADA WARGA EMAS







13/6/2013 - Sebuah sesi muzik terapi telah dianjurkan oleh pelatih ACMS, Allianze University College of Medical Sciences dan Masterskill sebagai sebuah aktiviti riadah kepada warga emas.

Khamis, 13 Jun 2013

KURSUS PSIKOPENDIDIKAN










12/6/2013 - Kursus Psikopendidikan: 'Kewangan Banyak Poket Sejahtera' dan ceramah khas Israk Mikraj telah dianjurkan dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Biro Agama Islam RSK Kangar.

Rabu, 12 Jun 2013

APC JKM 2012


11/6/2013 - 5 orang kakitangan RSK Kangar, Pn. Amy Juliana Abd Ghani, En. Roslan Hassan, En. Wan Muzammir Wan Kamis, Pn. Norazreen Abdul Karim dan Pn. Chitra Mageisparan telah menerima APC KPWKM di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 KPWKM di Hotel Marriott Putrajaya. Tahniah!

PEMERIKSAAN KULIT WARGA EMAS RSK






11/6/2013 - 5 orang kakitangan unit Dermatologi, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar yang diketuai Dr. Hassanin Husseyne Hilmi Bin Mohd Khalid dan Dr. Sharifah Farihah Bt Syed Abas telah datang ke Klinik RSK Kangar untuk membuat saringan pemeriksaan penyakit kulit bagi 30 orang penghuni dengan diseliakan oleh Cik Azwin Idris dan Cik Siti Sapur Md Fauzi.

Selasa, 11 Jun 2013

LAWATAN PLKN KEM TASOH









10/6/2013 - PLKN Kem Tasoh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RSK Kangar bagi mendapat pendedahan tentang penjagaan warga emas di institusi ini. Seramai 200 orang pelajar terlibat dalam program ini.