Rabu, 31 Julai 2013

MAJLIS IFTAR KELAB OWN FISHING CREW













30/7/2013 - Kelab Own Fishing Crew, dari Kampung Kota Kayang, Perlis telah menganjurkan sebuah majlis iftar bersama penghuni warga emas dan kakitangan RSK Kangar yang bertempat di Dewan Makan RSK. Ahli-ahli kelab Own Fishing Crew telah hadir menjayakan majlis ini dengan menyumbangkan ikan segar yang dibakar di dataran RSK Kangar. Turut hadir bersama adalah Dato' Haji Mohd Zain bin Hamzah dan anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis.

Ahad, 28 Julai 2013

RIADAH PENGHUNI DI BAZAR RAMADHAN






 
27/7/2013- Pembantu Pembangunan Masyarakat, En. Arif Fadzilah Ramli dan Atendan Kesihatan, En. Nahairul Nayan membawa 4 orang penghuni sihat ke Pasar Ramadhan Tambun Tulang sebagai salah satu aktiviti riadah penghuni sempena bulan puasa ini sambil membeli belah juadah untuk iftar.

Rabu, 24 Julai 2013

SUMBANGAN PIZZA HUT




24/7/2013 - 2 Orang kakitangan restoran Pizza Hut cawangan Kangar telah berkunjung ke RSK Kangar untuk menyumbangkan 21 kotak pizza sempena bulan Ramadhan al Mubarak. Pizza Hut Malaysia seringkali menyumbangkan juadah setiap kali sambutan perayaan sebagai tanda ingatan kepada warga emas.

IFTAR DI PUTRA PALACE HOTEL












24/7/2013 - Putra Palace Hotel telah menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa bersama warga emas dan kakitangan untuk meraikan bulan Ramadhan al-Mubarak bersama insan yang tersisih dan tiada keluarga.

Isnin, 22 Julai 2013

KULIAH IHYA RAMADHAN AL MUBARAK










22/7/2013 - Sebuah kuliah Ramadhan al mubarak telah dianjurkan oleh Biro Agama Islam RSK Kangar di bilik mesyuarat yang dihadiri seluruh kakitangan bertugas dan penghuni muslim sihat.

Sabtu, 20 Julai 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA DI DEWAN WARISAN

19/7/2013- Menteri, di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim MP Arau telah menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa, solat tarawikh berjemaah dan jamuan moreh. Seramai 14 orang penghuni dengan diiringi 5 orang kakitangan telah dijemput untuk bersama-sama mengimarahkan majlis ini.

Jumaat, 19 Julai 2013

MAJLIS PERPISAHAN PELATIH PRAKTIKUM UUM













19/7/2013 - Sebuah majlis perpisahan telah dianjurkan oleh unit pentadbiran RSK Kangar kepada Cik Norshalisa Bt Mohd Selan, pelatih praktikum UUM yang telah mengakhiri latihan selama 6 bulan di RSK Kangar dengan jayanya. Cik Norshalisa telah memberikan komitment yang terbaik sepanjang beliau menjalani latihan di sini. Seluruh kakitangan RSK mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.