Sabtu, 28 September 2013

LAWATAN DARI SMK MAHSURI











28/9/2013 - SMK Mahsuri, Pulau Langkawi telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke RSK Kangar dengan disertai oleh 40 orang pelajar dan 5 orang guru.

Khamis, 19 September 2013

MAJLIS PERPISAHAN PELATIH AUCMS












19/9/2013 - Pelajar praktikum Allianze University College Of Medical Sciences telah mengadakan sebuah majlis perpisahan sempena tamatnya latihan mereka di RSK Kangar ini.





Dalam masa yang sama RSK Kangar menerima 10 orang pelatih AUCMS yang baru.Semoga pelajar semua mendapat manfaat dan pengalaman yang berguna sepanjang menjalani latihan di RSK.

Sabtu, 14 September 2013

LAWATAN SMK SENA







14/9/2013 - SMK Sena, Kangar telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar di RSK Kangar bagi meraikan warga emas tanpa waris dan hidup tersisih dari keluarga di institusi ini. Seramai 20 orang pelajar telah membabitkan diri di dalam program ini.

Selasa, 10 September 2013

MAJLIS PERLEPASAN KE FIESTA SUKAN DAN KESENIAN 2013





10/9/2013- Majlis perlepasan kontijen JKMN Perlis telah diadakan di Dewan Seri Kenangan RSK Kangar. Seramai 15 orang penghuni telah berangkat untuk bertanding dalam berbagai-bagai kategori sukan di Fiesta Sukan dan Kesenian 2013 yang berlangsung di Johor. Fiesta Sukan dan Kesenian Jabatan Kebajikan Masyarakat Tahun 2013 merupakan satu acara yang julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Negeri Johor Darul Ta’azim telah terpilih sebagai negeri pertama untuk menganjurkan Fiesta ini.

Penganjuran Fiesta ini bermatlamat untuk :
  • Menyerlahkan bakat dan kebolehan kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas dalam bidang             sukan  dan kesenian.
  • Untuk menggalakkan dan menanamkan sikap gaya hidup aktif dan sihat melalui aktiviti kesenian dan bersukan    dikalangan kumpulan sasar jabatan; dan
  • Memberi peluang kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas memperluas jaringan  sosial melalui interaksi dan asimilasi melalui sukan dan kesenian.

KEMBARA MINDA MERDEKA

10/9







10/9/2013 - SMK Agama Arau telah melakukan sebuah program kayuhan basikal 'Kembara Minda Merdeka' sempena meraikan Hari Kebangsaan peringkat ke 56 ke Rumah Seri Kenangan Kangar. Seramai 100 orang pelajar telah menyertai program yang sihat ini.

Isnin, 9 September 2013

ZIARAH MESRA RUMAH SERI KENANGAN










8/9/2013 - Sebuah majlis "Ziara Mesra Rumah Seri Kenangan" sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-56 telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis di Rumah Seri Kenangan Kangar. Turut hadir Menteri Besar Perlis, YAB Azlan Man memeriahkan majlis ini dan menyumbangkan duit raya kepada warga emas. Majlis ini dimeriahkan dengan pelbagai pertunjukan nyanyian dan tarian tradisional.

Sabtu, 7 September 2013

LATIHAN SUKENEKA AUCMS





7/9/2013 - Pelajar praktikum Allianze University College Of Medical Sciences telah mengadakan latihan bowling, karom, dam kepada penghuni-penghuni terutamanya yang akan terlibat dalam Fiesta Sukan JKMM di Johor pada 12/9/2013 nanti.