Rabu, 27 November 2013

PROGRAM SUKANEKA AADK SKUAD 1 MALAYSIA










26/11/2013 - Skuad 1 Malaysia, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan Negeri Perlis telah menganjurkan sebuah aktiviti kecergasan dan sukaneka kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Arau dan Rumah Seri Kenangan Kangar yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah.

OPERASI PEMBASMIAN PEPIJAT SIRI-3


26/11/2013 -RSK Kangar bersama Unit Kawalan Vektor, Hospital Tuanku Fauziah menjalankan gotong-royong dan operasi pembasmian pepijat  siri-2 di dua buah lagi asrama. Penerangan mengenai kaedah kawalan, pembiakan dan jangka hayat pepijat turut diberikan oleh inspektor kesihatan bertugas untuk perancangan program pencegahan di masa akan datang.

Rabu, 20 November 2013

OPERASI PEMBASMIAN PEPIJAT SIRI-2









23/11/2013 -RSK Kangar bersama Unit Kawalan Vektor, Hospital Tuanku Fauziah menjalankan gotong-royong dan operasi pembasmian pepijat di asrama-asrama bagi meningkatkan kualiti kebersihan dan keselesaan penghuni.

Selasa, 19 November 2013

OPERASI PEMBASMIAN PEPIJAT SIRI-1






19/11/2013 - Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Hospital Tuanku Fauziah yang diketuai oleh En. Zoharizan telah mengadakan pemeriksaan pembiakan pepijat di asrama-asrama kediaman penghuni RSK Kangar di atas aduan pihak pentabdiran RSK Kangar sendiri bagi mencari jalan penyelesaian masalah terbabit.

Isnin, 18 November 2013

TAKLIMAT HEPATITIS B DAN C



18/11/2013 - Dr. Abdul Karim Abdullah, selaku salah seorang ahli lembaga pelawat RSK Kangar hadir memberi taklimat mengenai pengendalian penghuni berpenyakit Hepatitis B dan C. Taklimat disampaikan di bilik mesyuarat kepada semua kakitangan bertugas.

Rabu, 13 November 2013

SARINGAN PEMERIKSAAN KULIT

12/11/2013 (Selasa) - 5 orang kakitangan unit Dermatologi, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar yang diketuai Dr. Hassanin Husseyne Hilmi Bin Mohd Khalid dan Dr. Sharifah Farihah Bt Syed Abas telah datang ke Klinik RSK Kangar untuk membuat saringan pemeriksaan penyakit kulit bagi 15 orang penghuni dengan diseliakan oleh Cik Azwin Idris dan Cik Siti Sapur Mohd Fauzi dan Pn. Ismawani Ismail.

LAWATAN SMK MEGAT DEWA










12/11/13 - Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, Kedah telah mengadakan lawatan dan program kemasyarakatan ke RSK Kangar yang membabitkan 40 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring. Biro Agama Islam telah menganjurkan sebuah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam sebagai memenuhi objektif lawatan ini.

Selasa, 12 November 2013

PROGRAM KULIAH MAGRIB PERDANA














11/11/2013- Biro Agama Islam RSK Kangar telah menganjurkan sebuah Kuliah Magrib Perdana yang bertempat di Dewan Seri Kenangan, RSK Kangar yang disampaikan oleh Ustaz Roslan Che Ros. Kuliah disudahi dengan jamuan makan malam bersama penghuni dan warga kampung berdekatan yang hadir menjayakan program ini.