Sabtu, 21 Disember 2013

LAWATAN KHIDMAT SOSIAL UM









21/12/13 - Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Nilam Puri yang disertai 82 orang pelajar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RSK Kangar untuk bermesra bersama warga emas yang disisih keluarga dan tiada waris. Diharapkan lawatan seperti ini dapat memberi pengajaran dan mendidik generasi muda agar menghargai warga tua.

Jumaat, 20 Disember 2013

SUMBANGAN MANGSA BANJIR TERENGGANU



20/12/13 - Tuan Penguasa mewakili seluruh warga RSK Kangar telah menyampaikan sumbangan derma bagi membantu meringankan beban bencana banjir besar yang melanda Terengganu, keluarga Jurupulih Cara Kerja, En. Ishaz Djunaidy Ismail adalah diantara mangsa ditimpa bencana tersebut.

Khamis, 19 Disember 2013

PROGRAM WARGA EMAS SIHAT









19/12/13 - Klinik Kesihatan Kangar dengan usahasama Klinik RSK Kangar telah menganjurkan Program Warga Emas Sihat yang memuatkan sebuah bengkel pemeriksaan kesihatan percuma kepada seluruh warga emas dan kakitangan RSK Kangar. Usaha murni ini amat kami hargai, moga ia boleh dijadikan program tahunan di rumah kebajikan ini.

Rabu, 18 Disember 2013

KURSUS MEMOTONG RAMBUT

















18/12/13 - Jabatan Pembangunan Wanita Perlis telah menganjurkan sebuah Kursus Memotong Rambut kepada kakitangan RSK Kangar dan RKK Arau sebagai salah satu asas penjagaan kebersihan penghuni di rumah kebajikan.

Ahad, 15 Disember 2013

NOVAC RESPOSIBILITY TOGETHER WITH LOVE






14/12/2013 - Kelab Perakaunan, Universiti Utara Malaysia yang disertai seramai 14 orang pelajar telah menganjurkan Program "Novac Responsibility Together With Love" di RSK Kangar. NOVAC bermaksud Northern Varsity Accounting Club telah menjayakan berbagai aktiviti bersama warga emas termasuk persembahan, ramah mesra dan sukaneka.

Sabtu, 14 Disember 2013

LAWATAN PUSPANITA JAB PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA













13/12/2013 - Puspanita, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang diketuai oleh YB Datin Hajah Soriati Bt Haji Abdul Samad telah mengadakan sebuah lawatan ke RSK Kangar sempena persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia ke-33.

Jumaat, 13 Disember 2013

KENDURI WALIMATUL URUS ANAK TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) JKMM









12/12/2013- Seramai 10 orang penghuni dan 10 orang kakitangan RSK Kangar telah dibawa menghadiri majlis perkahwinan anak kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKMM En. Zulkipli Ramli di Kubang Pasu, Kedah.