Jumaat, 25 April 2014

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KK AIR KUNING

26/4/2014 - Panel Penasihat dan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Air Kuning, Gemencheh, Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RSK Kangar bagi merapatkan hubungan antara anggota kesihatan dengan orang awam dan berkongsi pengalaman bersama penghuni RSK Kangar.

Selasa, 22 April 2014

SETITIK KASIH SEJUTA SENYUMAN












22/4/2014 - Sekretariat Rakan Muda, Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan program Rakan Muda Masyarakat "Setitik Kasih Sejut Senyuman" yang disertai oleh 40 orang mahasiswi.

Ahad, 20 April 2014

NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM


19/4/2014 - Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah mengelola Program Nadwah Kepemmpinan Islam, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (NKISMKA) Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 tahun 2014 yang turut memuatkan sebuah sesi lawatan ke RSK Kangar. Seramai 100 orang tingkatan 4 dari berbagai-bagai sekolah Kebangsaan Agama telah menyertai program ini.

PROGRAM PDK DAN WARGA EMAS BERSAMA USM









19/4/2014 - Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan program sukaneka pusat Pemulihan Dalam Komuniti bersama RSK Kangar dengan kerjasama Bahagian OKU, JKMN Perlis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan bin Kassim turut hadir merasmikan program ini. Penghuni warga emas dan kanak-kanak OKU diraikan dan dibawa menjamu selera di restoran KFC Kangar pada sebelah petangnya.

Rabu, 16 April 2014

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI SMK SYED MOHAMED AL-BUKHARY










 
15/4/2014 - Sekolah Menengah Syed Mohamed Al-Bukhary telah mengadakan lawatan ke RSK Kangar bagi program "Semakin Hari Semakin Sayang" untuk mempraktikkan "Komunikasi Interpersonal" dan menyelami emosi golongan yang kurang bernasib baik dan terpinggir.

Khamis, 10 April 2014

KEMBARA KEBAJIKAN 1MALAYSIA


















10/4/2014 - 20 orang kakitangan terlibat dalam menjayakan Kembara Kebajikan 1Malaysia "Family Care" yang berlangsung di Masjid al-Husna, Rumah Sejahtera dan Bengkel Terlindung Batu Bertangkup, Chuping, Perlis. RSK Kangar telah dilantik sebagai AJK Persiapan tempat, keceriaan, pembersihan dan AJK Bubur Perlis.  Kembara Kebajikan adalah sebuah program one off di 21 kawasan parlimen yang dipilih sebagai check point. Setiap negeri perlu mengerakkan semangat kesukarelaan di kawasan check point  yang merupakan kawasan Parlimen.