Khamis, 29 Mei 2014

SUKMA KE 17











29/5/2014 - seramai 7 orang penghuni warga emas telah dibawa ke Stadium Tuanku Syed Putra bagi memberi sokongan kepada kontijen Perlis dalam sukan petanque dan seterusnya ke Pusat Akuatik bagi melihat persiapan acara renang. JKMN Perlis telah dilantik sebagai bapa angkat acara petanque.

Ahad, 25 Mei 2014

PROGRAM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA










 
24/5/2014 - Kelab PERKIM UUM telah menganjurkan sebuah program ziarah Kebajikan "De Hearty Rumah Orang-Orang Tua" bagi mengeratkan hubungan sesama muslim dan menyebarkan risalah Islam kepada masyarakat.

Manakala pelajar dari Dewan Penginapan Pelajar Bank Muamalat pula mengadakan program "We Love We Care" bagi memupuk nilai murni dan kasih sayang terhadap golongan warga tua. Seramai 40 orang pelajar telah bergabung bagi menjayakan dua program ini.

Sabtu, 24 Mei 2014

KHIDMAT MASYARAKAT OLEH PUSPEN BUKIT CHABANG

20/5/2014 - Pusat Serenti Bukit Chabang (PSBC) atau Desa Terapi Keinsafan Diri (DTKD), Perlis telah membawa 10 orang pelatih ke RSK Kangar bagi membantu kerja-kerja gotong-royong memotong rumput dan diseluruh kawasan institusi.

Jumaat, 23 Mei 2014

PENYERAHAN MODEL E-CHAIR














22/5/2014 - Teknologi Park Malaysia (TPM), Cyberjaya telah membuat penyerahan model pertama inovasi RSK Kangar iaitu E-Chair dan Tanjak Mudah Alih untuk alat bantuan mengurus pesakit dan warga emas. E-Chair dan Tanjak Mudah Alih adalah karya Kumpulan Inovasi RSK Kangar, Masdinamik telah dikemaskini dan dikomersilkan mengikut permintaan pasaran.

Rabu, 21 Mei 2014

URUSAN KAD PENGENALAN PENGHUNI

 
20/5/2014 - 4 orang pegawai pendaftaran dari Jabatan Pendaftaran Negara (Negeri Perlis) datang ke institusi bagi melakukan siasatan dan memproses 5 permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan penghuni RSK Kangar.

PEMERIKSAAN GIGI WARGA EMAS






20-21/5/2014 - Klinik Pergigian Kangar telah mengadakan pemeriksaan dan rawatan pergigian kepada semua penghuni warga emas di Klinik RSK.

Isnin, 19 Mei 2014

KULIAH DHUHA PERDANA






18/5/2014 - Seramai 8 orang penghuni dengan diiringi 3 orang kakitangan telah dibawa mengikuti Kuliah Dhuha Perdana - Ustaz Azhar Idrus di Ma'had Tahfiz Al-Imam An-Nawawi (MATIN) sebagai sebuah program kerohanian dan rekreasi minda penghuni.

Ahad, 11 Mei 2014

LAWATAN PLKN KUBANG PASU

















 
10/5/2014 -Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kubang Pasu, Kedah telah mengadakan khidmat masyarakat di RSK Kangar yang disertai oleh 418 orang pelatih.