Isnin, 30 Jun 2014

KULIAH KHAS RAMADAN 1435 H












30/6/2014 - Biro Agama Islam RSK Kangar telah menjemput Ustaz Hashim Othman al Hafiz bagi menyampaikan sebuah Kuliah Khas Ramadan kepada warga emas dan kakitangan yang bertempat di bilik mesyuarat RSK Kangar.

Ahad, 29 Jun 2014

LAWATAN MRSM BESERI











 
28/6/2014 - Maktab Rendah Sains MARA Beseri (singkatan: MRSM Beseri), sebuah sekolah menengah berasrama penuh yang terletak di Beseri, Kangar, Perlis telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RSK Kangar bagi mendekati warga emas yang tersisih keluarga dan tanpa waris dan memberi kesedaran kepada para pelajar supaya menghargai jasa kedua ibu-bapa mereka. Lawatan ini disertai oleh 39 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring.

Jumaat, 27 Jun 2014

MAJLIS PENUTUP PLKN KEM SINTUK KUMP.2/SIRI 11








26/6/2014 - Warga emas RSK Kangar telah dijumput untuk menghadiri Majlis Perasmian Penutup Pelatih Kem PLKN Sintuk Kumpulan 2/Siri 11yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia, Kedah.

Khamis, 26 Jun 2014

PERHIMPUNAN KAKITANGAN JKMNPs 2013























25 Julai 2014 - Majlis Perhimpunan kakitangan JKMNPs telah diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan di kalangan kakitangan JKMNPs yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Kangar. RSK Kangar telah menjadi tuan rumah bagi program tersebut. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Puan Hajah Rela binti Ahmad (Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Negeri Perlis). Majlis ini juga memberikan penghargaan kepada kakitangan melalui penyampaian hadiah / cenderahati seperti hadiah Harijadi, Kakitangan Bersalin dan Kakitangan Bertukar.