Selasa, 29 Julai 2014

LAWATAN ART OF LIVING

 
29/7/2014 - The Art Of Living Alor Setar telah menganjurkan sebuah lawatan ke RSK Kangar dan menghiburkan warga emas dengan persembahan nyanyian, tarian dan tunjuk ajar senaman ringan teknik-teknik pernafasan. The Art Of Living adalah sebuah NGO sukarelawan antarabangsa yang diasaskan pada tahun 1981. Organisasi ini menganjurkan program pembangunan diri dan teknik-teknik pernafasan bagi mengurangkan stress. Teknik-teknik ini telah dipelajari oleh beratus juta orang di kalangan 154 buah negara.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA PENGHUNI


28/7/2014 - Sebuah majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama penghuni warga emas telah diadakan di Dewan Makan selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri. Tuan Penguasa bersama keluarga beliau turut meluangkan masa untuk turut sama hadir menjamu selera dan menyerahkan duit raya kepada penghuni.

Isnin, 28 Julai 2014

Rabu, 23 Julai 2014

MAJLIS PERLANCARAN PROGRAM USAHASAMA INISIATIF KEMASYARAKATAN











23/7/2014 - Seramai 10 orang penghuni bersama 5 orang kakitangan pengiring telah mengikuti Majlis Pelancaran Program Usahama Inisiatif Kemasyarakatan yang dirasmikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai yang berlangsung di Persatuan Al-Islah Perlis, Mata Ayer.

MAJLIS BERBUKA PUASA UEM, PLUS


23/7/2014 - Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Ramadhan UEM, PLUS bersama YB Ahli Parlimen Kangar telah berlangsung di Dewan Seri Kenangan.

MAJLIS IFTAR DI ISTANA ARAU








22/7/2014 - Sebuah Majlis berbuka puasa bersama Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis telah berlangsung di Istana Arau. Seramai 18 orang penghuni bersama 7 orang kakitangan pengiring telah dijemput untuk menghadiri majlis ini.

SUMBANGAN PPK MIKROELEKTRONIK UNIMAP SEMPENA RAMADHAN


22/7/2014 - Sempena Ramadhan Al Mubarak ini, Kelab Staf PPK Mikroelektronik, Universiti Malaysia Perlis akan menganjurkan program amal D'Hati MikroE Ramadhan. Untuk program ini, mereka telah mengumpulkan PAKAIAN TERPAKAI, MAKANAN/KEPERLUAN ASAS dan WANG untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan, dan sebahagian sumbangan tersebut telah dihantar ke RSK Kangar.

Ahad, 20 Julai 2014

PROGRAM ZIARAH SAHUR PUTRA PALACE

















19/7/2014 - Putra Palace Hotel telah menganjurkan program ziarah sahur di RSK Kangar dengan menyumbangkan juadah untuk bersahur kepada warga emas. Turut bersama Pn. Ruzai Zuhairah dari MD EM Creative yang menyumbangkan baju raya kepada penghuni wanita dan  Pn. Junaida Mat Ishak, Ketua PU3 Padang Besar.