Rabu, 26 November 2014

KEM IBADAH KOLEJ KOMUNITI ARAU

 
26/11/2014 -  Kolej Komuniti Arau Perlis telah menjalankan kuliah agama dan kelas fardu ain kepada warga emas di surau RSK Kangar sebagai satu slot dalam Program Kem Ibadah. Kuliah disampaikan oleh Al Fadil Ustaz Anas dari Mahad Tahfiz Al-Hikmah Padang Siding.

Selasa, 25 November 2014

LAWATAN IKBN KUALA PERLIS

  
25/11/2014 -  Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis telah menganjurkan sebuah lawatan sambil belajar ke RSK Kangar sebagai salah satu aktiviti dalam Program Kem Ibadah. Pihak pelajar ILP juga dibenarkan menjalankan aktiviti gotong-royong selain kerja-kerja kebersihan asrama. Seramai 100 orang pelajar dan 5 orang kakitangan pengiring telah mengikut program ini.

Jumaat, 21 November 2014

FORUM PERDANA SEMPENA MAAL HIJRAH 1436

 
21/11/2014 - RSK Kangar telah menganjurkan sebuah Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk "Hijrah Membina Kasih Sayang Sejati" dengan ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Haji Hashim Haji Othman Al-Hafiz, Tuan Syeikh Abdullah Awang Sa (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Kedah), dan Ustazah Hajjah Nazrah Yusof (Pensyarah IPDA, Kedah).

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH AHLI LEMBAGA PELAWAT

 
21/11/2014 - Sebuah Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Ahli Lembaga Pelawat Tahun 2014-2017 telah berlangsung di RSK Kangar yang telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Tuan Haji Zaimi Abdul Rani.

Rabu, 19 November 2014

LAWATAN ILP JITRA KEDAH

 
18/11/2014 - Institut Latihan Perindustrian Jitra Kedah telah menganjurkan sebuah lawatan sambil belajar ke RSK Kangar bagi menimbulkan kesedaran kepada pelajar agar lebih menghargai dan menghormati warga tua, terutama ibu bapa sendiri. Pihak pelajar ILP juga dibenarkan membuat kerja-kerja penyelenggaraan penghawa dingin sebagai aktiviti gotong-royong selain kerja-kerja kebersihan asrama. Seramai 13 orang pelajar dan 3 orang kakitangan pengiring telah mengikut program ini.

Selasa, 18 November 2014

JEMPUTAN KE FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM

RSK Kangar menjemput muslimin dan muslimat untuk menghadiri Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk "Hijrah Membina Kasih Sayang Sejati" dengan ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Haji Hashim Haji Othman Al-Hafiz, Tuan Syeikh Abdullah Awang Sa (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Kedah), dan Ustazah Hajjah Nazrah Yusof (Pensyarah IPDA, Kedah).

Forum ini bertempat di perkarangan Rumah Seri Kenangan Kangar, Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah, Jejawi Utan Buloh (Berhadapan MADI) pada jam 8.30 malam.

Ahad, 16 November 2014

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS & KANAK-KANAK SEDUNIA

 
15/11/2014 - Seramai 20 orang penghuni RSK Kangar dengan diiringi 10 kakitangan telah mengikuti Sambutan Hari Warga Emas dan Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014. Sambutan ini dirasmikan oleh YAB. Dato Seri Haji Mukriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah bertempat di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah.