Khamis, 29 Januari 2015

TEAM BUILDING JKMN PERLIS

29/1/2015 - Unit Perintah Khidmat Masyarakat dan Unit Latihan, JKM Negeri Perlis telah menganjurkan sebuah Program Team Building yang disertai oleh 10 orang kakitangan RSK Kangar. Program ini berlangsung di Terinai Lakeview Resort, Beseri.

Selasa, 27 Januari 2015

LAWATAN MRSM BESERI

 
27/1/2015 - Seramai 80 pelajar Maktab Rendah Sains MARA Beseri (singkatan: MRSM Beseri) telah mengadakan satu lawatan singkat ke RSK Kangar untuk menyelami kes-kes warga emas yang tersisih dan diabaikan keluarga.

Ahad, 25 Januari 2015

KENDURI PERKHAWINAN SAUDARA KAKITANGAN

 
24/1/2015 - Seramai 8 orang penghuni dengan diiringi oleh 4 orang kakitangan termasuk telah menghadiri kenduri perkahwinan adik ipar Pembantu Pembangunan Masyarakat, En. Noorhisham Kawardin di Kampung Padang Nyu, Arau.

Jumaat, 23 Januari 2015

EHYA MASJID SEMARAK DAKWAH NEGERI PERLIS 2015

 
22/1/2015 - Seramai 5 orang warga emas dengan diiringi 4 orang kakitangan pengiring telah dibawa mengikuti program Ehya Masjid Semarak Dakwah Negeri Perlis yang bertempat di Masjid al-Abrar, Kampung Kubang Gajah yang memuatkan kuliah magrib oleh Dato' Dr Johari bin Mat, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Sabtu, 17 Januari 2015

KENDURI DI KAMPUNG NONGKA, KEDAH

 
16/1/2015 - 6 orang warga Emas RSK Kangar dibawa menghadiri jemputan majlis kenduri kesyukuran di rumah anak bekas penghuni RSK Kangar iaitu Pn. Norshimah Mohamad di Kampung Nongka, Changloon sebagai salah satu aktiviti rekreasi penghuni agar mereka dapat bergaul dengan masyarakat luar.

Selasa, 13 Januari 2015

KULIAH AGAMA BULANAN

 
12/1/2015 - Biro Agama Islam RSK Kangar telah menjemput Ustaz Rizal Azizan bagi menyampaikan sebuah Kuliah Dhuha kepada warga emas dan kakitangan yang bertempat di bilik mesyuarat RSK Kangar.

Jumaat, 9 Januari 2015

GOTONG-ROYONG MEMINDAH BARANG SUMBANGAN


9/1/2014 - Sebuah gotong-royong memindahkan barang-barang sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir di Pantai Timur ke pusat pengumpulan barang-barang rasmi yang beroperasi 24 jam di Jabatan Perkhidmatan Awam, Persiaran Wawasan, Kangar telah berlangsung di Dewan Seri Kenangan dengan bantuan kakitangan JKM Negeri Perlis.

Rabu, 7 Januari 2015

GOTONG-ROYONG PENGKELASAN BARANG SUMBANGAN ORANG RAMAI

 
7/1/2014 - Sebuah gotong-royong pengkelasan barang-barang mengikut jenis yang disumbangkan orang ramai kepada mangsa bencana banjir di Pantai Timur telah berlangsung di Dewan Seri Kenangan, RSK Kangar. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang membantu.

PERHIMPUNAN KAKITANGAN JKMN PERLIS 2014

 
6/1/2015 - Sebuah majlis Perhimpunan Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis 2014 telah berlangsung di Tasoh Lake Resort. En. Amizul Azemi dan Pn. Roslela Saad telah dianugerahkan sebagai kakitangan cemerlang peringkat negeri untuk tahun 2014.

Khamis, 1 Januari 2015

PERKHIDMATAN RUMAH NUR JPW


Bagi menjawab banyak pertanyaan pihak luar mengenai kes keganasan rumah tangga. Sila rujuk:

RUMAH NUR
Pusat Khidmat Wanita / Rumah Nur adalah merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis. Ia merupakan pusat rujukan, aduan, kaunseling dan khidmat nasihat setempat khas untuk wanita dan keluarga. Pusat Khidmat Wanita / Rumah Nur memainkan peranan yang penting dalam menjayakan aktiviti dan program yang berkait rapat dengan penyelesaian isu-isu permasalahan sosial wanita dan keluarga.

FUNSI:
* Menerima pelbagai aduan daripada wanita yang berkaitan dengan sosial dan kekeluargaan.
* Memberi khidmat kaunseling kepada wanita yang memerlukan.
* Menyalurkan aduan kepada agensi yang berkenaan.
* Membantu menguruskan perlindungan sementara kepada wanita yang memerlukan.
* Menyelenggara buku aduan serta menyediakan laporan dan statistik secara berkala.
* Menjalankan program-program pembangunan wanita mengikut bidang keutamaan yang telah ditetapkan. 
HUBUNGI:
RUMAH NUR NEGERI PERLIS
Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis
Tingkat 3, Bangunan Tun Haji Abdul Razak
Jalan Tun Razak
01000 Kangar, Perlis
Tel: 04-9778400 / 04-9772741
Fax: 04-9769371
Untuk maklumat lanjut mengenai keganasan rumah tangga Klik sini