Isnin, 28 September 2015

MAJLIS HARI RAYA KORBAN RSK KANGAR















27/9/2015 - Rumah Seri Kenangan Kangar telah menganjurkan sebuah majlis ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha 1436H, Di atas nasihat Jabatan Kesihatan, penyembelihan 3 ekor lembu telah dilakukan di Kompleks Abatoir, Jejawi oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis. Manakala proses memotong dan mengagihkan daging dikendalikan oleh biro Agama Islam RSK bertempat di ruang legar cafeteria. 

Isnin, 21 September 2015

REKREASI PENGHUNI KE KELANTAN DAN TERENGGANU





























18-20/9/2015- Seramai 16 orang warga emas ( 7-L, 9-W) telah dibawa mengikuti aktiviti rekreasi ke tempat-tempat menarik di negeri Kelantan dan Terengganu selama 3 hari 2 malam. Rombongan turut menyerahkan wang fidyah kepada fakir di Kota Bahru yang diusulkan oleh Jrurawat Masyarakat, Nik Hafiza. Walaupun perjalanan rombongan terkandas selama 5 jam akibat kerosakan bas, program rekreasi berjaya diteruskan dengan jayanya.

Jumaat, 11 September 2015

SARINGAN (PMS) PESTA PANTUN 2015





10/9/2014 - RSK Kangar telah mewakili Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis dalam Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) peringkat saringan Pesta Pantun Terbuka Negeri Perlis 2015. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis diwakili En. Nahairul Nayan, Cik Ija dan Pn. Rusmiza Ramli.

Ahad, 6 September 2015

LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL KANGAR














5/9/2015 - Kolej Vokasional Kangar telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke RSK Kangar bagi memupuk sifat prihatin dan penyayang kepada para pelajar. Seramai 80 orang pelajar yang terdiri dari aliran programing sistem komputer dan biro agama Islam telah membuat persembahan nyanyian dan sukaneka bagi menghiburkan warga emas. Para pelajar juga membersihkan kawasan secara gotong-royong untuk meningkatkan keceriaan institusi.