Khamis, 31 Disember 2015

GOTONG-ROYONG KECERIAAN INSTITUSI












31/12/2015 - Penasihat Biro Keceriaan RSK telah memutuskan untuk mengadakan gotong-royong pada setiap hari Khamis bagi meningkatkan keceriaan institusi. Ahli-ahli Biro Keceriaan telah memilih untuk mencantikan lanskap dihadapan pejabat pentadbiran RSK Kangar. Dan 3 orang pelatih CSO turut hadir membantu gotong-royong pada pagi ini.

Selasa, 29 Disember 2015

KULIAH SAMBUTAN MAULID NABI 1374H


28/12/2015 - Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW yang ditetapkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis sebagai bulan pendidikan sunnah Rasulullah SAW, Biro Agama Islam RSK Kangar telah menjemput Ustaz Muhammad Wafiq Desa dari Jabatan Mufti Negeri Perlis bagi menyampaikan kuliah "Rasulullah, Sunnahmu Ku Junjung" yang dihadiri kakitangan dan semua penghuni warga emas sihat RSK Kangar.

Rabu, 16 Disember 2015

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS, KANAK-KANAK & OKU 2015

















15/12/2015 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah menganjurkan Sambutan Hari Warga Emas, Kanak-Kanak, Orang Kurang Upaya Peringkat Negeri Perlis di dataran Pasaraya C-Mart , Arau dengan tema "Sayang Kamu". Seramai 25 orang penghuni RSK Kangar telah menyertai acara sukaneka, dan persembahan nyanyian.. Manakala RSK Kangar telah dilantik sebagai AJK Penyediaan Makanan.

Jumaat, 11 Disember 2015

GOTONG-ROYONG KECERIAAN INSTITUSI











10/12/2015 - Kakitangan RSK Kangar mengadakan gotong-royong yang melibatkan beberapa tempat di persekitaran RSK Kangar. Aktiviti gotong-royong ini kerap diadakan bagi tujuan mencantikan persekitaran serta lanskap RSK Kangar.

Rabu, 9 Disember 2015

KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN



8/12/2015 - Sebuah Kursus Pencegahan Kebakaran telah kendalikan oleh Pasukan Bomba Dan Penyelamat dari Balai Bomba Kangar yang dianjurkan oleh RSK Kangar bertempat di dataran RSK. Fire drill turut diadakan bagi melatih kakitangan dan penghuni bagi persediaan kemungkinan berlaku kebakaran dan kaedah menyelamat.

Ahad, 6 Disember 2015

SEJENAK BERSAMA UKHWAH SELAMANYA














5/12/2015 - Program ”Sejenak Bersama Ukhwah Selamanya” telah dianjurkan dan dijayakan oleh 22 orang mahasiswa-mahasiswi Pusat Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah.