Rabu, 27 April 2016

LAWATAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO ONN

26/4/2016 - Seramai 40 orang pelajar dengan diiringi 4 orang guru telah melakukan lawatan sambil belajar ke RSK Kangar. Taklimat disampaikan oleh Pn. Amy Juliana A. Ghani.

Selasa, 26 April 2016

PEMERIKSAAN JABATAN ALAM SEKITAR







25/4/2016 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis yang diketuai oleh Pn. Nor Albainah telah membuat lawatan ke RSK Kangar untuk memeriksa kualiti air kumbahan dan mengambil sample air di saluran pembuangan terakhir dan di kawasan klinik.

Ahad, 24 April 2016

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT UNIMAP















23/4/2016 - Sebuah Program Khidmat Masyarakat oleh Kelanasiswa Malaysia Universiti Malaysia Perlis yang disertai oleh 120 orang ahli Pengakap telah berlangsung di RSK Kangar dan Pertubuhan Anak Yatim Indera Kasih di Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah.

Jumaat, 22 April 2016

MAJLIS PERASMIAN KUATERS RUMAH SERI KENANGAN BEDONG, KEDAH







21/4/2016 - Seramai 14 orang penghuni dengan diiringi 5 orang kakitangan telah dibawa untuk menghadiri Majlis Perasmian Kuarters RSK Bedong, Kedah yang dirasmikan oleh Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Kedah.

Rabu, 20 April 2016

KHIDMAT MASYARAKAT UNITAR












19/4/ 2016 - Unitar International University, telah menjalankan sebuah program Khidmat Masyarakat di RSK Kangar yang dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Nasir bin Idris CEO Institut Teknologi ANS merangkat Pusat Wilayah UNITAR International University Alor Setar, CUCMS & SKM. Seramai 75 orang pelajar terlibat dalam aktiviti ini yang memuatkan slot senamrobik, mural, sukaneka, busking, gotong-royong dan sesi ramah mesra.

Selasa, 19 April 2016

KURSUS IBADAH SOLAT PENGHUNI DAN KAKITANGAN SERTA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA











18/4/2016 - Biro Agama Islam RSK Kangar telah menganjurkan sebuah bengkel solat pesakit yang dinamakan Kursus Ibadah Solat Penghuni dan Kakitangan, ceramah diberikan Ustaz Mohd Rizal Azizan (yang juga ahli lembaga pelawat RSKK) manakala slot Pengurusan Harta Pusaka diberikan oleh wakil Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, cawangan Jitra.


Jumaat, 15 April 2016

MAKAN MALAM BERSAMA LEMBAGA PELAWAT
















14/4/2016 - Majlis Makan Malam telah diadakan sempena sambutan Lembaga Pelawat RSK Kangar di Terinai, Timah Tasoh. Di samping makan malam, majlis turut dimeriahkan dengan sambutan hari lahir penghuni dimana hadiah-hadiah disampaikan oleh Datin Seri Hajjah Dato' Shamsiah binti Md Yassin (Pengerusi Lembaga Pelawat RSK). Turut hadir Timbalan Pengarah JKMN Perlis dan Peguasa, Setiausaha Lembaga Pelawat serta pegawai-pegawai serta kakitangan JKM Negeri Perlis.