Sabtu, 30 Julai 2016

LAWATAN PANDU PUTERI








31/7/2016 - Persatuan Pandu Puteri Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RSK Kangar.

Jumaat, 29 Julai 2016

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI ENVIROMENTAL IDAMAN

















29/7/2016- E-idaman Group of Companies Negeri Perlis telah mengadakan jamuan di Dewan Seri Kenangan, RSK Kangar. Penghuni sihat dan kakitangan bertugas telah dijemput bagi meraikan majlis tersebut bersama-sama kakitangan E-Idaman.

Ahad, 24 Julai 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI























24/7/2016 - Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat JKM Negeri Perlis telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Kenangan, RSK Kangar sebaik usai Program Pehimpunan Bulanan Jabatan. Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang Berhormat Dato' Seri Dr Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Dato' Zulkiply Ramli, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia dan YB Puan Hajjah Rela binti Ahmad, Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kebajikan dan Perpaduan Masyarakat Negeri Perlis. 

Gerai RSK Kangar menyajikan menu kambing bakar, soto, satay ikan serta kuih tradisional yang dimasak oleh kakitangan RSK sendiri.

PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN



























24/7/2016 - Pehimpunan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah berlangsung di Dewan Seri Kenangan, RSK Kangar bagi meraikan kakitangan yang telah dinaikkan pangkat dan berpencen terutamanya Tuan Pengarah Haji Zaimi Abdul Rani. Selain majlis perpisahan, majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah JKMM YBhg Dato' Zulkiply Ramli yang merasmikan perhimpunan bulanan jabatan ini.