Jumaat, 26 Ogos 2016

PROSES PEMINDAHAN PENGHUNI KE RSK ULU KINTA

26/8/2016 - Seramai 14 orang penghuni yang mengalami kecelaruan mental telah dihantar ke RSK Ulu Kinta yang boleh memberi rawatan sebaiknya kepada pesakit yang sedemikian. Seramai 13 orang kakitangan termasuk Tuan Penguasa telah berangkat menghantar penghuni berkenaan disamping membawa mereka riadah memakan buah-buahan tempatan di negeri Perak.


































Selasa, 23 Ogos 2016

KAYUHAN MERDEKA SRK JEJAWI

23/8/2016 - Sekolah Rendah Kebangsaan Jejawi, Perlis telah menganjurkan program Kayuhan Merdeka yang disertai kira-kira 40 orang pelajar termasuk guru pengiring bagi menghayati erti kemerdekaan dan mendidik pelajar menghormati warga emas dan berbakti kepada masyarakat.












Khamis, 18 Ogos 2016

GOTONG-ROYONG KECERIAAN INSTITUSI

18/8/2016 - Biro Keceriaan RSK telah memutuskan untuk mengadakan gotong-royong pembajaan pokok mangga harumanis memandangkan cuaca yang sesuai.