Selasa, 31 Mac 2009

KURSUS: BASIC LIFE SUPPORT







30 31/3/09 ( Isnin-Selasa) - Kursus Basic Life Support telah berlangsung di Dewan Besar RSK Kangar yang dianjurkan oleh Unit Perubatan RSK. Dihadiri oleh semua kakitangan RSK melalui 2 fasa, program ini berjalan dengan jayanya.

PROGRAM: PERLAWANAN DART PERSAHABATAN

28/3/09 (Jumaat) - Berlangsungnya perlawanan dart persahabatan diantara pasukan JKMNPS dan Restoran Pokok Tui.

Selasa, 24 Mac 2009

PROGRAM: FORUM HAL EHWAL ISLAM




23 Mac 2009 - Forum Hal Ehwal Islam bertajuk: Anak Derhaka telah berlangsung di Dewan Besar RSK yang dianjurkan oleh Biro Keagamaan Rumah Seri Kenangan Kangar. Kehadiran dianggarkan seramai 400 orang yang merangkumi penghuni RSK, Yayasan Anak Yatim, Sekolah Agama sekitar Perlis dan penduduk setempat.

Isnin, 23 Mac 2009

LAWATAN: SEKOLAH DERMA KANGAR









26 Februari 2009 (Khamis) - Rombongan daripada guru dan pelajar Sivik dan Kewarganegaraan, Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar Perlis seramai 32 orang

PROGRAM: BERSAMAMU SERI KENANGAN UNIMAPS










21 Mac 2009 (Sabtu) - Rombongan daripada pegawai kadet, pegawai dan kakitangan PALAPES Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) (ROTU COMMITTEE CLUB), Kampus Kubang Gajah, Arau Perlis seramai 160 orang.


PROGRAM: RAMAH MESRA UUM







20 Mac 2009 (Jumaat) - Program Ramah Mesra daripada mahasiswa-mahasiswi Biro Pendidikan dan Komuniti, Dewan Penginapan Pelajar Tenaga Nasional Berhad (DPP TNB) Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah searami 40 orang.

REKREASI: CAMERON HIGHLAND







24 Februari 2009 (Selasa) hingga 26 Februari 2009 (Khamis) - Seramai 16 orang penghuni dan 15 orang kakitangan mengikuti lawanan sambil belajar ke Pusat Peranginan Cameron Highlands

REKREASI: MUZIUM KOTA KAYANG




11 Februari 2009 (Rabu) - Seramai 19 orang penghuni dan 9 orang kakitangan mengikuti program rekreasi penghuni ke Muzium Kota Kayang, Kuala Perlis dan persisiran pantai Kuala Perlis ke persisiran pantai Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

LAWATAN: UUM




17 Februari 2009 (Selasa) - Rombongan daripada mahasiswa-mahasiswi subjek Kerja Sosial dengan Warga Tua serta SDG Modul Petrotism dan Volunteerism, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah seramai 30 orang.

LAWATAN: UNIT KO-KURIKULUM SISWANIAGA UUM




14 Februari 2009 (Sabtu) - Rombongan daripada Unit Ko-Kurikulum Siswaniaga 4, Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah seramai 38 orang.

LAWATAN: KURSUS KERJA SOSIAL UUM

03 Februari 2009 (Selasa) - Rombongan daripada mahasiswa-mahasiswi Kursus Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah seramai 15 orang.

PROGRAM: JALINAN MESRA UUM




23 Januari 2009 (Jumaat) - Program ”Jalinan Mesra Bersama Rumah Seri Kenangan Kangar” daripada mahasiswa-mahasiswi Biro Pendidikan dan Komuniti, Dewan Penginapan Pelajar Proton (DPP PROTON), Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah dirasmikan Prof. Madya Dr. Kamil Md. Idris, Dekan Pembangunan Pelajar dan Keusahawanan, Kolej Perniagaan, UUM.

PROGRAM AADK

19 Januari 2009 (Isnin) - Program Pengesanan Urine kepada semua kakitangan Rumah Seri Kenangan Kangar daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis.

PROGRAM: HARI KELUARGA









03 Januari 2009 (Sabtu) - Program Hari Keluarga Rumah Seri Kenangan Kangar dirasmikan oleh En. Abdullah b. Ali, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.

REKREAKSI: BUKIT JERNIH & KILANG GULA FELDA PERLIS

















22 Januari 2009 (Khamis) - Seramai 16 orang penghuni dan 13 orang kakitangan pengiring mengikuti lawatan sambil belajar ke Kilang Gula FELDA Chuping dan program rekreasi di Taman Rekreasi Bukit Jernih, Chuping Perlis.

REKREAKSI: BUKIT WANG





15 Januari 2009 (Khamis) - Seramai 16 orang penghuni dan kakitangan mengikuti program rekreasi di Taman Rekreasi Air Terjun Bukit Wang Jitra Kedah dan program membeli-belah di sekitar pekan Jitra Kedah.

Selasa, 10 Mac 2009

SOALAN LAZIM

1. Saya seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dan fakulti saya bercadang untuk melakukan sebuah program Ramah Mesra bersama penghuni di RSK Kangar? Bolehkah kami mengadakan program berkenaan?
Boleh. Sebarang program lawatan, gotong-royong, jamuan, sesi ramah mesra, pertunjukan amal, dan sebagainya boleh dilakukan di RSK. Tetapi encik perlulah mengemukan surat permohonan rasmi kepada Penguasa Rumah Seri Kenangan Kangar dan melampirkan tentatif program yang akan diadakan. Pihak RSK akan memaklumkan kebenaran program tersebut kepada encik setelah menyemak jadual penghuni dan kesesuaian masanya. Sebagai maklumat, RSK Kangar sebagai sebuah institusi tumpuan yang sesuai untuk aktiviti kemasyarakatan dan kerja sosial, kami menerima lawatan hampir setiap minggu. Ada masanya, kami menerima kunjungan hampir setiap hari!

2. Bagaimana saya boleh menderma kepada penghuni di RSK?
Encik boleh datang ke pihak pengurusan RSK untuk berbuat demikan. Kami menerima pelbagai sumbangan berbentuk wang,  makanan dan sebagainya terutama menjelang musim perayaan. Segala sumbangan encik akan direkodkan dan diuruskan dengan penuh kredibiliti.


3. Mostly the old folks in RSK were muslim. I wanna ask you, how you manage the funeral if non-muslim resident passed away?
Thank you for asking. As you might know, we have our own 'ustaz' for muslim funeral. As for non-muslim, if the person is a Buddhist, Mr. Yap from our Lembaga Pelawat comity will arrange the funeral. If the person is a Hindu, Mr. Sritaran from Lembaga Pelawat will handle the funeral.  All this funeral services and costs will be paid by the federal government.

4. Saya berjalan di tempat awam dan menjumpai seorang tua yang terdampar di mesin ATM. Bolehkah saya bawa warga emas berkenaan untuk tinggal di RSK?
Tindakan yang sebaiknya adalah menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan. Kerana kemasukan ke institusi kami berasaskan kriteria dan syarat-syarat tertentu setelah menjalani proses siasatan kes. RSK HANYA menerima permohonan yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah atau Mahkamah. Mungkin warga emas berkenaan seorang yang masih mempunyai waris, atau mungkin hanya kuturayau atau mungkin pengemis, atau juga seorang yang kurang waras. Siasatan akan dijalankan ke atasnya, kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai unit-unit tertentu bagi mengendali kes-kes tersebut. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mempunyai beberapa institusi mengikut kes klien kami itu sendiri.

5. Seorang penghuni di dalam RSK kangar mempunyai hubungan kekeluargaan dengan saya. Tetapi hubungan kami hanya 'bau-bau bacang', saya kasihan melihatnya sendirian di RSK. Bolehkah saya mengambilnya untuk bermalam di rumah saya beberapa hari dan membawanya beriadah?
Pihak RSK memang mengalakan saudara mara penghuni membawa penghuni bercuti dan mengeratkan kembali tali silaturahim. Sekurang-kurangnya masih ada ahli keluarga yang mengingati mereka. Kebenaran bercuti ini akan diluluskan oleh Penguasa atau pegawai yang bertugas.

6. Saya difahamkan RSK Kangar hanya menempatkan penghuni warga emas yang sihat dan boleh menguruskan diri. Tetapi melalui lawatan sekolah saya minggu lepas, saya lihat terdapat beberapa orang penghuni terlantar dan uzur?
Soalan yang baik. Benar, pada dasarnya RSK Kangar menerima kemasukan penghuni yang sihat tanpa penyakit berjangkit, boleh berdikari dan sebagainya. Tetapi harus diingat, kebanyakan penghuni yang dimasukan ke sini akan tinggal untuk sepanjang hayat mereka. Sebagai manusia, sebahagian dari kita akan melalui proses yang mana kita akan mula nyanyuk, mudah mendapat penyakit, rabun, osteperosis dan lumpuh. Dan perkara ini dilalui oleh sebahagian besar penghuni kami, walaupun mereka sihat di hari pertama mereka di sini. Jadi, tidak semua penghuni di sini meninggal dunia dengan cara sakit tua. Ada diantaranya disebabkan diabetis, serangan jantung, kanser dan sebagainya. Kami hanya sekadar merancang dan memberikan khidmat yang terbaik, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.

7. Saya seorang siswa dari USM berharap dapat membuat latihan ( praktikal ) di Rumah Seri Kenangan Kangar. Bolehkah yang berbuat demikian?
Seperti yang anda sedia maklum, institusi ini berada dibawah pentadbiran kerajaan persekutuan, jadi anda boleh memohon dengan mengemukan permohonan untuk membuat latihan di sini dengan surat rasmi ke:

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Aras 18
No 55 Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya.
( u.p: Bahagian pengurusan  )
Tel: +03-8323 1766
Faks: 03-8323 2091

8. Saya seorang pelajar UUM ingin merakamkan beberapa gelagat dan aksi penghuni rumah kebajikan sebagai melengkapkan projek pengajian saya. Bolehkah saya berbuat demikan?
Untuk makluman saudara, para penghuni yang ditempatkan di institusi ini mempunyai berbagai-bagai karenah, mereka dimasukkan ke institusi kebajikan ini untuk tujuan perlindungan. Dan seringkali apabila gambar-gambar ini didedahkan oleh pihak media akan terjadinya salah tafsiran kerana setiap gambar mampu memberi berbagai cerita. Malah cerita yang boleh memberi tanggapan negatif yang tidak langsung mengambarkan situasi sebenar.

Maka dengan itu, rakaman gambar adalah isu sensitif dan amat dikawal di institusi kebajikan. Namun, saudara masih boleh memohon untuk berbuat demikian kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia seperti alamat di atas. Dan kami kakitangan RSK Kangar akan memberi kerjasama sebaiknya jika kebenaran diluluskan. 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Aras 18,
No 55 Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.
( u.p: Bahagian pengurusan Tertinggi  )
Tel: +03-8323 1777
Faks: 03-8323 2092

9. Saya mempunyai pakaian-pakaian lama dan ingin mendermakan pakaian tersebut ke RSK Kangar? Adakah institusi tuan menerima sumbangan demikian?
Pihak kami seringkali menerima sumbangan pakaian terpakai sebelum ini kerana tidak mahu mengecilkan hati orang ramai. Namun, dari pengalaman kami pakaian-pakaian yang didakwa 'masih elok dan cantik' tersebut bukanlah seperti yang digambarkan. Kebanyakan pakaian terpakai yang kami terima tidak sesuai dipakai oleh warga emas. Jika dilihat pakaian-pakaian tersebut hanya dikumpulkan untuk tujuan pembersihan kediaman-kediaman penderma. Ia pilihan sama ada dibuang atau dihantar ke RSK. Jadi ia menjadi satu bebanan kepada pihak RSK untuk melupuskan pakaian-pakaian yang sepatutnya dikategorikan sampah. Oleh itu pihak RSK Kangar tidak lagi menerima pakaian terpakai. Hayatilah maksud firman Allah swt ini;


"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya". Surah Ali 'Imran ayat 92

"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa terpuji". Surah Al-Baqarah ayat 267

DIREKTORI

IBU PEJABAT



KETUA PENGARAH
Dato' Norani bt Hj Mohd HashimPejabat Ketua Pengarah
Aras 18,
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Tel: 03-8323 1777
Faks: 03-8323 2092
Email: norani@jkm.gov.my

TIMBALAN KETUA PENGARAH (PERANCANGAN)
Sharudin b. Shar Kashim
Tel: 03-8323 1919 Faks: 03-8323 2089
email: sharudin@jkm.gov.my



TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)
-kosong -
Tel: 03-8323 2256 Faks: 03-8323 2053
email: halijah@jkm.gov.my

BAHAGIAN WARGA TUA DAN KELUARGA
Pengarah Kanan
Roslan b. Baba
Tel: 03-8323 2222 Faks: 03-8323 2056
email: roslanbaba@jkm.gov.my

PENGARAH PEGAWAI KEBAJIKAN NEGERI PERLIS
Abdullah Bin Ali
Tel: 04-979 1403 Faks: 04-979 1401
email: abdullah_ali@jkm.gov.my

JKMN PERLIS
IBU PEJABAT
Tingkat Bawah, Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri Perlis,01000 Kangar.
Tel. No : 04-979 1403 Faks : 04-979 1401

Penguasa,
Rumah Seri Kenangan Kangar, Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah, Jalan Jejawi Utan Buloh, 02600 Arau, Perlis.
Manab Bin Mehat
Tel: 04-9777528 , Faks: 04-9777527

Penguasa,
Rumah Seri Kenangan Bedong, Jalan Semeling, 08100 Bedong, Kedah
Shahrin Nizar Bin Azudin
Tel: 04-458 1244, Faks: 04-459 1477

Penguasa,
Rumah Seri Kenangan Taiping, Jalan Stesen Ulu, 34000 Taiping , Perak
Mohd Fazlie Bin Kamis
Tel: 05-807 2718, Faks: 05-808 9916

Penguasa,
Rumah Seri Kenangan Cheng, K.M 12 Jalan Cheng Baru , 75250 Melaka
Rosmarlina bt. Abdul Manaf
Tel: 06-312 1179, Faks: 06-312 1402

Penguasa,
Rumah Seri Kenangan Seremban, Jalan Har Hui Fong, 70200 Seremban, N.Sembilan
Maslen Binti Baser
Tel: 06-762 3066, Faks: 06-764 6760

Penguasa,
Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan
Siti Zubaidah Binti Aboo Salihu
Tel:09-773 8388, Faks: 09-773 4018

Penguasa,
Rumah Seri Kenangan Johor Bharu, Jalan Ithnin, Kg Ungku Mohsin , 80350 J.Bharu
Faiza Noor Binti Mohd Nandari
Tel: 07-237 1737, Faks: 07-235 5737

Penguasa
Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta
 Zulkefli bin Haji Mokhtar
Tel: 05-8072718

Penguasa
Rumah Seri Kenangan Cheras, KM 18, Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Saiful Bahari b. Mohd Said
No. Tel : 03-8739 3289 No. Faks : 03-8739 2917

CARTA ORGANISASI


LOKASI


AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Penghuni-penghuni adalah digalakkan melibatkan diri dalam kerja-kerja ringan setiap hari Sebagai Cara Pulih Kerja Penghuni. Antaranya membuat kerja-kerja di dobi, dapur, nursery, kebersihan asrama, dewan makan, pejabat surau klinik, berkebun dan sebagainya. Bagi penghuni yang rajin dengan aktiviti sebegini mereka akan diberi Elaun Kerja Kawasan sebagai galakan kepada penghuni.

1. Bengkel Vokasional Ringan
- Anyaman Rotan
- mulai tahun 2001
- penghuni yang terlibat 5 orang
- diajar oleh tenaga pengajar sambilan
- jenis ayaman rotan
- Hasil Kraftangan ini akan dijual ketika pameran/ lawatan dari pihak luar.

2. Penternakan Ikan Air Tawar
- mulai tahun 1999
- ternakan ikan keli dalam kolam konkrit
- penghuni terlibat 2 orang dibantu oleh kakitangan
- hasil ternakan digunakan semasa majlis untuk penghuni dan majlis keraian.

3. Pertanian/ edible garden/ nursery
- mulai tahun 1998.- penghuni terlibat 4 orang bersama kakitangan
- tenaman pokok mempelam harum manis
- tanaman pokok pisang, sayur-sayuran
- membuat semaian pokok bunga

4. Kelas Muzik Terapi / Fisioterapi.
- Fisioterapi mulai tahun 1997
- dikendalikan oleh kakitangan
- kebanyakan penghuni telibat
- setiap pagi waktu pejabat ikut giliran penghuni
- Kelas Muzik Terapi mulai 1999
- diajar oleh kakitangan yang berkursus
- penghuni yang terlibat 15 orang- hari selasa, rabu jam 10.30pg-11.30pg dan khamis, jumaat jam 3.15 ptg-4.15 ptg

5. Kumpulan Hadrah / Nasyid
- Hadrah mulai 1997
- penghuni terlibat 5 orang bersama 4 kakitangan
- diajar oleh pengajar sambilan dan gabungan warga emas tempatan yang terlibat
- waktu latihan hari ahad dan rabu jam 9.30mlm hingga 10.30 malam
- pernah membuat persembahan Hari Warga Tua Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur 1998, Hari Warga Tua Di Taiping, Pertandingan Peringkat Negeri, Majlis Rasmi Kerajaan dan Jemputan Majlis Perkahwinan.
- Kumpulan Nasyid mulai 1998.
- hanya seorang penghuni terlibat dan yang lain adalah kakitangan
- dikordinasikan oleh kakitangan
- persembahan semasa lawatan DYMM Tuanku Raja Perlis dan Permaisuri tahun 2001.

6. Lawatan ke tempat menarik
Program ini dirangka oleh Biro Lawatan yang membawa penghuni-penghuni ke tempat-tempat menarik di seluruh Malaysia pada setiap bulan. Turut diadakan aktiviti riadah disekitar Perlis pada setiap bulan.

Antara destinasi-destinasi yang telah dikunjungi ialah Tasik Melati, Gua Gelam, Padang Besar, Empangan Timah Tasoh, Taman Herba, Peranginan Bukit Air, Taman Ular, Taman Burung, Muzium Kota Kayang, Persisiran Pantai Kuala Perlis, Pulau Langkawi, Muzium Negeri Kedah, Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, Peranginan Air Terjun Sik, Zoo Taiping, Muzium Taiping, Pejabat Perdana Menteri Putrajaya, Kuala Lumpur, Mines, Nilai 3, Johor Bharu dan banyak lagi.

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan

1. Jagaan dan Perlindungan.
Setiap penghuni diberi jagaan dan perlindungan bertujuan untuk menjamin keselesaaan hidup penghuni tinggal di institusi. Segala keperluan asas disediakan secara percuma seperti tempat tinggal, makan minum, pakaian dan kemudahan lainnya.

Makan dan minum disediakan 6 kali sehari dimana menu yang disediakan berasaskan pada sukatan pemakanan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.

2. Kaunseling dan Bimbingan.
- Mulai Julai 2002
- Sesi pada hari Selasa dan Rabu jam 8.00 pagi – 12.00 tengahari
- Dikendalikan oleh seorang pegawai kaunselor Negeri Perlis
- Khusus kepada penghuni yang bermasalah.
3. Kemudahan Beribadat.
Penghuni sentiasa digalakkan untuk beribadat mengikut agama masing-masing.
Bagi penghuni Islam – Kelas Fardhu Ain diadakan setiap hari Isnin, Selasa & Rabu jam 2.00 – 3.00 ptg dengan diajar oleh seorang pengajar sambilan.
Penghuni Cina - Kelas Agama Budha pada hari Khamis jam 8.00 mlm.
Di samping itu penghuni-penghuni juga turut dibawa ketempat ibadat mengikut agama masing-masing.

4. Rawatan Perubatan.
Segala masalah kesihatan penghuni dirujuk kepada seorang Jururawat yang ditempatkan khas di institusi ini.Bagi penghuni yang memerlukan rawatan biasa akan dibawa ke Klinik kesihatan Arau yang berhampiran dan bagi rawatan susulan di Hospital Tuanku Fauziah.
Selain itu, Pihak Klinik Kesihatan Arau akan mengadakan rawatan berkala di institusi setiap Rabu minggu pertama dan ketiga setiap bulan disamping Pihak Klinik Mata, Kulit , Gigi Hospital Tuanku Fauziah yang sentiasa membuat pemeriksaan keatas penghuni-penghuni disini.

PENGENALAN

Rumah Seri Kenangan Kangar terletak dalam satu Kompleks yang dikenali dengan Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah yang mana jaraknya lebih kurang 6 kilometer dari bandar Kangar. Selain dari Rumah Seri Kenangan kompleks ini juga turut menempatkan:

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Negeri Perlis.
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Indera Kasih- merupakan pusat pemulihan bagi kanak-kanak istimewa dibawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.
Pejabat Persatuan Orang Pekak Negeri Perlis (PERDA).
Pejabat Persatuan Orang Cacat Negeri Perlis.

Ini bermakna semua institusi kebajikan ini ditempatkan dalam satu kompleks seluas 10 ekar yang merupakan satu konsep pertama diperkenalkan di Malaysia di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Keseluruhan Kompleks Penyayang ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Datin Seri Dr. Siti Hasmah bt. Mohd Ali (isteri Perdana Menteri Malaysia) pada 12 April 1996.

Manakala Rumah Seri Kenangan Kangar dirasmikan bersama oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Shahidan bin Kasim, Menteri Besar Perlis dan Yang Berhormat Datin Paduka Zaleha bt. Ismail, Menteri Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat ketika itu pada 30 September 1997.

Rumah Seri Kenangan Kangar ini merupakan institusi perlindungan bagi wargatua yang ke sembilan di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan mula beroperasi pada 16 Ogos, 1997.

RSK ini terdiri daripada :-

Satu blok Pentadbiran
7 blok asrama (3 blok asrama bujang lelaki), (2 blok asrama perempuan) dan 2 blok asrama kelamin
Satu blok dewan besar
Satu blok dewan makan dan dapur
Satu blok bengkel vokasional ringan
Satu blok klinik
Satu blok surau
Satu blok bilik mayat ( Islam & Bukan Islam )
Satu blok Rumah Penguasa
Satu blok Quarters Kakitangan
Satu blok Rumah Rehat/Chalet ( khas untuk kakitangan JKM sahaja)