26 Mei 2009 - Program gotong-royong diadakan pada hari ini melibatkan kakitangan RSK Kangar. Kakitangan RSK memberikan komitmen yang baik di dalam program gotong-royong ini. Kawasan sekitar Bangunan Pentadbiran serta beberapa kawasan lagi menjadi lokasi untuk gotong-royong kali ini. Program ini diselia oleh Timbalan Penguasa (Puan Hajah Fatimah binti Othman)
Selasa, 26 Mei 2009
Sabtu, 23 Mei 2009
PROGRAM MERAKYATKAN SENI & BUDAYA
23 Mei 2009 - Program Merakyatkan Seni dan Budaya telah diadakan di Persekitaran RSK Kangar,Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah. Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis ini diadakan dengan begitu meriah. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan dimana kakitangan serta penghuni RSK Kangar turut serta menyertai pelbagai acara bagi memeriahkan Program ini. RSK Kangar sebagai tuan rumah turut terlibat membantu dari aspek penyediaan kemudahan serta persiapan tempat.
LAWATAN : INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA(INTURA)
22 Mei 2009 - Menerima lawatan dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN Wilayah Utara) seramai 39 orang peserta Induksi Umum Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan 1 sebagai salah satu pengisian kursus mereka.
Khamis, 21 Mei 2009
PROGRAM FISIOTERAPI WARGA EMAS:PANTAI MERDEKA
20 Mei 2009 - Warga Emas RSK dibawa berekreasi ke Pantai Merdeka, Kedah. Penghuni rsk dan kakitangan pengiring RSK seramai 36 0rang mengadakan aktiviti seharian di situ. Penghuni RSK yang mengikuti aktiviti di Pantai Merdeka adalah terdiri dari penghuni yang sihat dan juga terlantar. Antara aktiviti dijalankan adalah seperti sukaneka warga emas, Fisioterapi penghuni menggunakan pasir pantai serta warga emas juga dibawa mandi air laut bagi mengatasi masalah penyakit seperti penyakit kulit. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan dibawah pengendalian Jururawat Terlatih dan Fisioterapis RSK Kangar. Program diketuai oleh PPM (Encik Noorhisham Kawardin).
Rabu, 20 Mei 2009
AKTIVITI LUAR: 'JAMUAN TEH RAKYAT'
19 Mei 2009 - Warga Emas dan kakitangan pengiring seramai 10 orang menghadiri Jemputan ke Majlis 'JAMUAN TEH RAKYAT' bersempena Sambutan Hari Keputeraan Tuanku Raja Perlis yang ke 66 yang bertempat di Dewan 2020, Kangar, Perlis.
Rabu, 13 Mei 2009
KURSUS: PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI
13 Mei 2009 - Kursus Pemantapan Sahsiah Diri telah dianjurkan oleh RSK kepada kakitangannya selama 2 hari iaitu pada 13 Mei 2009 dan 14 Mei 2009 yang melibatkan semua kakitangan RSK Kangar. Kakitangan JKM Perlis dan RKK Arau juga menghantar kakitangannya untuk mengikuti kursus ini. Kursus ini diadakan adalah sebagai salah satu cara untuk staf memenuhi keperluan kursus sebanyak 7 hari setahun. Pengisian kursus ini adalah merangkumi kepentingan solat, pengurusan jenazah dan alam kubur. Kursus ini dianjurkan oleh Biro Keagamaan RSK Kangar. Penutupan kursus dirasmikan oleh Cik Mastura Bt. Abd Rahim (Pegawai Tadbir dan Diplomatik, JKMNPs).
Khamis, 7 Mei 2009
LAWATAN KELAB PROPERD KE RSK KANGAR
03 Mei 2009 - Kelab PROPERD (Kelab Proton Perdana) dari Negeri Selangor dan Kuala Lumpur mengadakan Program Kemasyarakatan di RSK Kangar. Kelab PROPERD ini setiap tahun mengadakan program seperti ini. Di samping beramah mesra dengan warga emas, mereka juga memberikan sedikit sumbangan kepada warga emas RSK Kangar.
AKTIVITI LUAR :MAJLIS KENDURI KAHWIN
02 Mei 2009 - Warga Emas RSK Kangar dibawa menghadiri jemputan majlis kenduri Kahwin sebagai salah satu aktiviti luar Warga Emas RSK Kangar agar mereka dapat bergaul dengan masyarakat luar. Warga Emas sering dibawa keluar menghadiri majlis kenduri di Sekitar Negeri Perlis.Kakitangan pengiring diketuai oleh Encik Mohd Arif Fadzilah (PPM RSK).
Langgan:
Catatan (Atom)