Sabtu, 30 Januari 2010

PROGRAM BINA INSAN




30/1/2010 (Sabtu) - Institut Perguruan Malaysia telah mengadakan program Bina Insan yang dijayakan oleh 61 orang perserta. Antara tentatif program ini ialah gotong-royong, sukaneka warga tua dan persembahan dan makan tengahari bersama.

Khamis, 28 Januari 2010

RIADAH PENGHUNI KE PASAR MALAM KANGAR





27hb Jan 2010 - Riadah warga emas RSK Kangar ke Pasar Malam Kangar adalah salah satu pengisian aktiviti penghuni agar mereka merasa gembira dapat keluar membeli makanan di Pasar Malam . Program riadah ini dibawah seliaan PPM Bertugas serta pegawai RSK lain. Penghuni juga beriadah di Taman Rekreasi Sungai Kechor, Kangar, Perlis.

Rabu, 27 Januari 2010

PEMERIKSAAN KESIHATAN & SARINGAN KANSER MULUT

26/1/2010 (Selasa) - Unit perubatan RSK dengan kerjasama Klinik Pergigian Arau (tel: 04-9761169) dan Hospital Tunku Fauziah Kangar telah mengadakan pemeriksaan dan rawatan pergigian kepada semua penghuni Rumah Seri Kenangan terlibat. Pada sebelah petangnya, penghuni menjalani pemeriksaan penyakit kulit oleh unit Dermatologi HTF.

Sabtu, 16 Januari 2010

RAWATAN HEMODIALISIS KES BARU

16/1/2010 (Sabtu) - Pegawai bertugas, bersama jururawat Cik Zakiah dan AK En. Roslan Hassan mengiringi penghuni baru Othman Samah untuk mendapatkan rawatan hemodialisis di Pusat Dialisis Caring, Seriab. Penghuni berkenaan adalah kes terdampar yang mendapat liputan meluas media masa dan dimasukan ke RSK Kangar melalui kaedah 45 Sukarela Sementara.

Baca liputan lanjut disini

GOTONG ROYONG ASRAMA SEROJA





15/1/2010 ( Jumaat) - Gotong royong yang melibatkan semua kakitangan RSK Kangar telah berlangsung untuk membaiki bilik air asrama dan wakaf Seroja. Manakala kakitangan wanita bergotong royong menyediakan bubur asyura yang dinikmati oleh semua penghuni dan kakitangan RSKK. Bubur asyura turut diedarkan kepada rakan-rakan kakitangan di JKMNPS dan RKK Arau.

Selasa, 12 Januari 2010

PENYELIDIKAN UPM

12-13/1/2010 - UPM telah menjalankan penyelidikan Falls And Risks Factors Among Older Malaysian at Institution yang melibatkan 36 orang penghuni RSK dan 9 orang peyelidik di ketuai oleh Prof. Madya Dr. Sharifah Norazizan Abd Rashid.

Khamis, 7 Januari 2010

LAWATAN MENTERI KPWKM TAHUN 2010






07 Jan 2010 - Y.B Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat) telah mengadakan Perjumpaan Bersama Kakitangan Agensi di bawah KPWKM serta mengadakan Lawatan Kerja di Rumah Seri Kenangan Kangar. Turut hadir ialah Ketua Pengarah JKMM (Dato' Meme Zainal Rashid),Exco kebajikan (YB Tuan Mansor bin Jusoh),Pengarah JKMN Perlis serta pegawai-pegawai kanan Agensi di bawah KPWKM. Kehadiran tetamu atau kakitangan agensi dibawah KPWKM (Negeri Perlis) yang melibatkan kakitangan JKMN, LPPKN dan JPW adalah seramai hampir 250 orang. Dato' Sri Shahrizat Abd Jalil turut memberikan sumbangan Basikal kepada anak kakitangan yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan bagi tahun 2009.

PERTANDINGAN BOWLING RSK 2010


5 Jan 2010 - RSK Kangar telah mengadakan acara bowling kepada kakitangannya sebagai salah satu aktiviti yang melibatkan kakitangan RSK pelbagai jawatan. Dalam acara Bowling ini, Puan Faizatun Faridah Md Ismail (Tukang Masak RSK) telah menjadi Johan, diikuti Encik Djunaidi Ismail (Jurupulih CaraKerja RSK) mendapat Tempat Kedua serta Encik Mohd Norhelmi Md Salim (Atendan Sambilan RSK) mendapat Tempat Ketiga. Semua hadiah disampaikan oleh Penguasa RSK Kangar.

Isnin, 4 Januari 2010

KURSUS PENGURUSAN WARGA EMAS


30hb-31hb Dis 2009 - RSK Kangar telah mengadakan kursus dalaman selama 2 hari kepada seramai 39 orang kakitangannya. Kursus tersebut adalah bertajuk "Kursus Pengurusan Warga Emas'. Kakitangan terlibat adalah melibatkan pelbagai jawatan seperti Jururawat, Pembantu Tadbir, PKM, Atendan Kesihatan, Penyelia Asrama,Tukang Masak dan juga PAP. Kursus ini merupakan kursus terakhir yang diadakan bagi tahun 2009.