Khamis, 27 Mei 2010

HARI KEPUTERAAN DYMM RAJA PERLIS


23/5/2010 - Pihak Istana Arau menghadiahkan kek sempena sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis ke-67 dan Ulang Tahun pemerintahan kali ke 10. Turut hadir pihak media dari Sinar Cakna untuk membuat liputan.

Isnin, 24 Mei 2010

LAWATAN NATIONWIDE DARI SELANGOR

22hb - RSK Kangar telah menerima kunjungan dari Kakitangan Nationwide dari Selangor. Turut Hadir ialah Puan Sri Datin Hamidah , Tengku Adnan (Kerabat Diraja Selangor) serta kakitangan Nationwide berjumlah hampir 50 orang yang datang menaiki kereta Antik. Program diadakan adalah seperti program beramah-mesra bersama warga emas, lawatan ke Asrama Penghuni serta penyampaian sumbangan Hamper dan Air Zam-Zam kepada RSK Kangar.

MALAM PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2010

22hb - Majlis "Malam Perkhidmatan Awam" Negeri Perlis telah diadakan di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Pelbagai acara telah berlangsung seperti Persembahan 13 Jabatan yang dipilih dari Saringan sebelum ini. Kakitangan RSK Kangar seramai 11 orang yang mewakili JKMN Perlis juga terlibat membuat persembahan sketsa bertajuk 'Bingkisan dari Pasar Malam' pada malam tersebut. Majlis tersebut juga diserikan dengan bacaan sajak dan nyanyian sebuah lagu oleh DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis.

JAMUAN TEH RAKYAT BERSAMA DYMM RAJA PERLIS

19hb - Seramai 12 orang warga emas dan kakitangan pengiring RSK Kangar telah hadir atas jemputan ke Majlis Jamuan Teh Rakyat Bersama DYMM Tuanku Raja Perlis bertempat di Dewan 2020, Kangar , Perlis. Program ini diadakan setiap tahun dimana penghuni RSk Kangar setiap tahun dijemput ke Majlis Jamuan Teh Rakyat ini sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis..

Rabu, 19 Mei 2010

AKTIVITI RIADAH & SUKANEKA WARGA EMAS










19/5/2010(Rabu) - RSK telah mengadakan suka warga emas sebagai aktiviti riadah penghuni yang berlangsung di dataran Gua Cenderawasih, Kangar. Program yang diketuai oleh En. Muhd Ridzuan ini turut di sertai pelatih Kolej Kejururawatan Alor Setar Kedah, dan pelatih fisioterapi Masterskill.


Rabu, 12 Mei 2010

LAWATAN UNIMAP NEGERI PERLIS

12hb Mei 2010 - RSK Kangar menerima lawatan dari Kakitangan Unit Kesihatan UNIMAP Negeri Perlis seramai 23 orang yang diketuai oleh Pengarah Unit Kesihatan UNIMAP iaitu Prof Madya Dr Muhammad Iqbal bin Omar. Di samping mengadakan lawatan, rombongan UNIMAP ini juga melakukan Pemeriksaan Kesihatan kepada Warga Emas dan Kakitangan RSK Kangar. Di antaranya ialah pemeriksaan tekanan darah, Kandungan gula dalam darah, dan juga BMI.

Sabtu, 1 Mei 2010

MAJLIS BBQ BERSAMA WARGA EMAS RSK











30/4/2010 (Jumaat) - Rumah Seri Kenangan Kangar telah menganjurkan sebuah majlis BBQ di dataran RSK sebagai satu aktiviti riadah kepada penghuni disamping mengeratkan hubungan sesama kakitangan dan ahli keluarga. Semua menu disediakan oleh kakitangan RSKK sendiri dan turut hadir memeriahkan lagi majlis ini adalah Isteri Tuan Pengarah JKMN Perlis serta keluarga, Timbalan Pengarah JKMN Perlis dan keluarga, Pegawai2 kanan JKMN Perlis serta keluarga, warga RSK serta keluarga, pelatih Masterskill, dan kakitangan kontrak serta warga emas RSK.