Jumaat, 26 November 2010

HARI INOVASI KPWKM TAHUN 2010






30hb November 2010- Kumpulan KIK RSK Kangar telah menghadiri Sambutan Hari Inovasi Peringkat KPWKM tahun 2010. Program sambutan ini telah diadakan bertempat Institut Sosial Malaysia (ISM) dan dirasmikan oleh Menteri KPWKM iaitu Yg Bhg Senator Dato' Shahrizat Abd Jalil. Kumpulan KIK RSK Kangar telah mendapat TEMPAT KETIGA bagi Kategori KIK bagi Peringkat KPWKM. Tempat Pertama dimenangi oleh Bahagian Dasar, KPWKM. Manakala Tempat Kedua dimenangi oleh Institut Sosial Malaysia (ISM). Hadiah disampaikan oleh Menteri KPWKM.

AKTIVITI MEMANCING IKAN WARGA EMAS RSK BIL 2/2010


24hb November 2010- Warga Emas RSK Kangar sekali lagi dibawa memancing ikan darat di kawasan berdekatan Gua Cenderawasih, Kangar , Perlis. Jumlah keseluruhan kuantiti ikan yang berjaya diperolehi adalah sebanyak 105 ekor ikan puyu dan 7 ekor ikan haruan. Mereka memancing menggunakan kemahiran serta pengalaman yang ada di masa muda dulu. Dengan adanya aktiviti seperti ini, sekurang-kurangnya mereka merasai suasana kehidupan di desa.

Jumaat, 19 November 2010

JAMUAN KENDURI KORBAN ANJURAN JKMNPs








19hb November 2010- Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (JKMNPs) telah mengadakan kenduri Korban bertempat di RSK Kangar. Kakitangan JKM Negeri, RSK dan RKK bergotong-royong dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Seekor lembu telah disembelih bersebelahan surau RSK Kangar. Lembu tersebut adalah sumbangan kerajaan negeri kepada JKMN Perlis. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Pengarah JKMN serta Sukarelawan / NGo's yang terlibat membantu bencana banjir baru-baru ini. Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari.

SAMBUTAN AIDILADHA BERSAMA LEMBAGA PELAWAT RSK





18hb November 2010 -Lembaga Pelawat RSK telah mengadakan Majlis Sambutan Aidiladha bersama warga emas RSK. Datin Seri Dato' Hajah Shamsiah binti Md Yassin (Pengerusi Lembaga Pelawat RSK) telah menyumbangkan 2 ekor kambing korban bagi majlis tersebut. Turut hadir AJK-AJK Lembaga Pelawat RSK Kangar. Dato' Seri Dr Shahidan bin Kassim (Mantan MB) turut hadir pada majlis tersebut .Beliau turut memberikan duit raya kepada Warga Emas serta kakitangan RSK yang bertugas pada masa tersebut yang disampaikan oleh Datin Seri Dato' Hajah Shamsiah Md Yassin.

Khamis, 18 November 2010

MAJLIS HARI RAYA AIDILADHA 2010






17/11/2010 (Selasa) - Seramai 8 orang penghuni Muslim sihat telah dibawa ke Masjid Al Islah, Ngulang untuk menunaikan solat sunat Aildil Adha bersama-sama 4 orang pegawai pengiring. Penghuni seterusnya dibawa ke rumah atendan, Azmizul Nizam Rozali sebagai riadah sebelum Majlis Jamuan Hari Raya Haji berlangsung di Dewan Makan RSK bersama semua penghuni dan kakitangan yang bertugas pada hari tersebut. Majlis yang bermula pada jam 12.00 tengahari turut dihadiri kakitangan yang tinggal berdekatan dan berjalan dengan sempurna.

Jumaat, 12 November 2010

AKTIVITI MEMANCING IKAN WARGA EMAS RSK





12hb November 2010 - Warga emas RSK Kangar seramai 9 orang telah menjalankan aktiviti rekreasi memancing ikan di sawah di Perlis. Aktiviti ini sekurang-kurangnya dapat memberi ketenangan serta keseronokan kepada penghuni RSK. Tempoh aktiviti memancing ini adalah antara pukul 8.30 pagi - 11.30 pagi. Antara ikan yang berjaya diperolehi adalah ikan puyu dan haruan. Program atau aktiviti ini dikelolakan oleh Encik Mohd Arif Fadzilah (PPM RSK).

Isnin, 8 November 2010

LAWATAN BERINFOMASI

6/11/2010 (Khamis) - Lawatan Berinfomasi dari kakitangan Sekolah Tunas Bakti, Sungai Loreh Melaka telah diadakan di RSK Kangar yang memuatkan program ramah mesra sesama kakitangan dan penghuni warga tua. Lawatan yang disertai oleh 40 orang kakitangan STB Sungai Loreh turut menyumbangkan hamper kepada penghuni.

Khamis, 4 November 2010

BANJIR DI KANGAR





2-5/11/2010 - Hampir seluruh kakitangan RSK Kangar berkampung di institusi bagi membantu untuk menyediakan bekalan makanan bagi mangsa dan petugas banjir yang berlaku di Perlis. Sebahagian kakitangan membantu di Pusat Pemindahan Banjir. Secara purata pihak RSK Kangar telah membanting tulang menyiapkan hampir 2000 -3000 bungkus nasi sehari di sepanjang berlakunya musibah ini. Banjir ini disifatkan lebih buruk dari kejadian pada tahun 2005. Untuk maklumat lanjut baca disini.