30/1/2011 (Ahad) - Seramai 5 orang penghuni RSK Kangar bersama 3 orang pegawai pengiring telah menghadiri jemputan kenduri kesyukuran dan jamuan hari lahir anak kakitangan RSK iaitu En. Azwan Sham Abdullah yang bertempat di Kg Kuala Sanglang, Perlis.
Isnin, 31 Januari 2011
SUMBANGAN DARI PIZZA HUT
28/1/2011 (Jumaat) - 4 Orang kakitangan restoran Pizza Hut cawangan Kangar telah berkunjung ke RSK Kangar untuk menyumbangkan 50 kotak pizza sempena sambutan Tahun Baru Cina. Pizza Hut Malaysia seringkali menyumbangkan juadah setiap kali sambutan perayaan sebagai tanda ingatan kepada warga emas yang hidup tersisish dan tiada keluarga.
Jumaat, 28 Januari 2011
GOTONG ROYONG EDIBLE GARDEN
Isnin, 3 Januari 2011
MAJLIS MAKAN MALAM JKMN PERLIS 2010
31hb Dis 2010- JKMN Perlis telah menganjurkan Majlis Makan Malam bertempat di Ocean Glow, Kuala Perlis. Ia melibatkan kakitangan JKMNPs keseluruhannya yang melibatkan kakitangan JKM Negeri, RSK Kangar, RKK Arau, PDK dan PAKK Negeri Perlis. 2 orang kakitangan RSK iaitu Encik Norhisham Kawardin dan Roshidi bin Rahman telah ditugaskan menjadi 'DJ' pada majlis tersebut. Selain itu, RSK Kangar juga diberi peluang membuat Persembahan 'Sketsa RSK' yang pernah masuk kelompok Finalis pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Keputeraan Tuanku Raja Perlis yang ke-10 yang diadakan sebelum ini.
SEMINAR MAAL HIJRAH RSK KANGAR
31hb Dis 2010- RSK Kangar telah mengadakan seminar keagamaan kepada kakitangannya dimana ia bermula jam 8.oo pagi - 5.oo petang. Disamping memberi pengetahuan mengenai topik keagamaan yang dibincangkan,ia juga sekurang-kurangnya dapat mencukupkan jumlah hari berkursus 7 hari setahun kepada kakitangan RSK. Antara penceramah yang dijemput ialah Ustaz Hashim bin Othman Al-Hafiz (Jabatan Agama Islam Negeri Perlis) dan Ustazah Che Bee bt Hj Din.
Langgan:
Catatan (Atom)