Khamis, 31 Mac 2011

LAWATAN TSH KUALA TERENGGANU

31/3/2011 (Khamis) - Seramai 10 orang AJK Edible Garden Taman Sinar Harapan Kuala Perlis telah mengadakan lawatan sambil belajar ke tapak projek Edible Garden RSK Kangar untuk melihat bagaimana kumpulan Edible Garden RSKK menguruskan tapak projek yang telah menjuarai Pertandingan Edible Garden Peringkat Jabatan pada tahun lalu.

MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGUASA

31/3/2011 (Khamis) - Sebuah majlis perpisahan Tuan Penguasa, En. Syahrul Nasir Mat Rais yang berpindah ke ibu pejabat JKMM telah dianjurkan oleh AJK Edible Garden RSK Kangar. Semua penghuni dan kakitangan RSK telah dijemput, turut serta pegawai dari JKMM iaitu Pn. Norliza dan Pn. Nazaitul.



Manakala, seluruh Perlis sedang menerima musibah banjir besar . Sebanyak 15 Pusat Pemindahan Banjir telah dibuka bagi membantu mangsa banjir di seluruh negeri Perlis. Manakala beberapa kakitangan turut terlibat di PPB untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

REKREASI KE PENANG BUTTERFLY FARM







30/3/2011 (Rabu) - Seramai 25 orang penghuni dengan diiringi 21 orang kakitangan pengiring telah mengadakan aktiviti rekreasi penghuni terutama yang kurang upaya ke Taman Burung Pulau Pinang dan Penang Butterfly Farm untuk mengurangkan tekanan perasaan dan mengisi masa lapang penghuni. Penghuni turut dibawa untuk makan tengahari di Mid Gulai Kawah dan makan malam di Bandar Baru Perda.

Selasa, 29 Mac 2011

REKREASI DI KUALA PERLIS

28/3/2011 (Isnin) - Seramai 13 orang penghuni dan 8 orang kakitangan RSK telah mengikuti aktiviti riadah bersama penghuni dan makan malam ikan bakar di Persisiran Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis. Memandangkan pada aktiviti rekreasi di Kuala Perlis pada minggu lalu, makan malam telah ditaja oleh Restoran Liza Mat. Maka peruntukan pada hari tersebut telah dibawa ke hari ini. Walaupun pada malam tersebut hujan lebat dan ribut melanda persisiran Kuala Perlis. Warga emas RSK tetap gembira kerana dapat mengikuti program berkenaan untuk melepaskan rasa kebosanan dan kesunyian.

Jumaat, 25 Mac 2011

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA III/2011









25/3/2011 (Jumaat)- Seramai 17 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah penasihat telah mengadakan program Bina Insan Guru yang berlangsung pada 7.30 pagi hingga 3.00 petang. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dalam aktiviti kebajikan dan khidmat masyarakat supaya membentuk sifat dan sahsiah terpuji serta membentuk guru yang mempunyai jatidiri kental bagi menghadapi cabaran pada masa depan. Antara aktiviti yang dimuatkan adalah senaman pagi, sukaneka, ice-breaking, persembahan dari guru pelatih dan ucapara penyampaian hadiah.

Khamis, 24 Mac 2011

KERJA AMAL DI RSK KANGAR

23/3/2011 (Rabu) - Seramai 40 orang pelajar dari Falkuti Sains Sukan & Rekreasi (Uitm Arau) telah mengadakan satu program untuk memenuhi kehendak latihan praktikal di RSK Kangar. Antara tentatif program adalah sukaneka warga emas, persembahan dari pelajar dan sesi ramah mesra. Di harapkan program seperti ini dapat memberi pendedahan kepada pengurusan warga tua dan memberi kesedaran serta keperihatinan masyarakat setempat kepada golongan yang tersisih ini.

Rabu, 23 Mac 2011

REKREASI DI KUALA PERLIS



23/3/2011 (Rabu) - Seramai 14 orang penghuni dan 12 orang kakitangan RSK telah mengikuti aktiviti riadah bersama penghuni dan makan malam ikan bakar di Persisiran Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis. Program seperti ini sering diadakan bagi mengelakkan rasa bosan dan sebagai satu program rekreasi untuk menceriakan warga emas yang tiada waris dan hidupnya terabai.

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP RSKK





22/3/2011 (Selasa) - Pertandingan Bowling Tertutup antara kakitangan RSK telah diadakan jam 8.30 malam bertempat di Perlis Bowl, Kangar. Seramai 9 orang penghuni dengan diiring 2 orang kakitangan pengiring turut dibawa bersama untuk menonton acara tersebut. Bagi kategori wanita, pemenangnya adalah;
1. Pn. Norazreen Abd Karim (Johan)
2. Pn. Noorma Ahmad (Naib Johan)
3. Pn. Rusnita Zakaria (Tempat Ketiga)
4. Pn. Faizatun Faridah (Tempat Keempat)
5. Pn. Rahani Mat (Tempat Kelima)

Manakala bagi kategori lelaki pemenangnya adalah;

1. En. Muhammad Ridzuan Ahmad (Johan)
2. En. Azmeer bin Azenan (Naib Johan)
3. En. Hanif Azamat (Tempat Ketiga)
4. En. Azmizul Nizam Rozali (Tempat Keempat)
5. En. Azman Bidin (Tempat Kelima)

RIADAH PENGHUNI DI GUA CENDRAWASIH

22/3/2011 (Selasa) - 4 orang pelatih dari Kolej Sains Bersekutu dengan diketuai oleh Jurupulih Carakerja, En. Ishaz Djunaidi telah membawa 9 orang penghuni RSK untuk riadah dan senam pagi di Gua Cenderawasih, Bukit Lagi.

Sabtu, 19 Mac 2011

EDUCATION TRIP FOR STUDENT OF D.I.N





19/3/2011 (Sabtu) Seramai 28 orang penuntut Allianze College Of Medical Sciences, Kepala Batas Pulau Pinang telah mengadakan lawatan sambil belajar disamping memberi pengenalan kepada pusat jagaan warga emas. Turut bersama pengawai pengiring Pn. Rokiah Bt Kassim, Pn. Norwanhairani Bt Mohd Redhuan dan Pn. Arpiah Bt Awang. Pelajar-pelajar diploma kejururawatan ini dibawa untuk lawatan ke asrama-asrama, sesi ramah mesra dan membantu untuk menyajikan makan tengahari di Dewan Makan.

MESYUARAT KAKITANGAN BIL1/2011





17/3/2011 (Khamis) - Mesyuarakat kakitangan RSK telah diadakan dibilik mesyuarat bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit sepanjang tahun ini. Tuan Penguasa, En. Syahrul Nasir Mat Rais turut mengumumkan kenaikan pangkat beliau dan perpindahan beliau ke ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di TIMA. Turut memberikan amanat-amanat terakhir beliau, kami di RSK Kangar mendoakan kejayaan dan semoga cepat sembuh dari kemalangan jalanraya yang dilalui beliau baru-baru ini.

Ahad, 13 Mac 2011

LAWATAN RAKAN MUDA





13/3/2011 (Ahad) - Persatuan Rakan Muda, Universiti Teknologi Mara Arau (Uitm) telah mengadakan sebuah kunjungan lawatan amal ke RSK. Seramai 33 orang pelajar telah terlibat didalam program yang disediakan antaranya, sesi ' Kenai Adik, Sayang Adik', sukaneka, pemberian cenderahati dan ramah mesra.

PROGRAM SEHARI BERSAMA WARGA SERI KENANGAN

12/3/2011 (Sabtu) - seramai 60 orang pelajar dari Politeknik Syed Sirajuddin Perlis telah mengadakan program khidmat masyarakat untuk mendekati warga emas dan golongan yang tersisih. Antara program yang disediakan adalah sesi ramah mesra, persembahan nyanyian, dan jamuan makanan.

Sabtu, 5 Mac 2011

LE' TOUR ANAK BANGSA KE RSK KANGAR







5/3/2011 (Sabtu) - Persatuan siswa/siswi Diploma Perakaunan dan Diploma Sistem Maklumat Perakaunan (PERSIDA) Uitam Arau, Perlis telah mengadakan program Le' Tour Destini Anak Bangsa yang melibatkan hampir 100 orang pelajar semester satu hingga enam. Program amal ini diadakan bagi tujuan mempromosi program pra-diploma dan aktiviti beriadah sambil beramal. Program ini diseliakan oleh En. Azrul selaku pensyarah pengiring, dan antara aktiviti yang diadakan adalah senaman pagi, ramah mesra dan penyediaan minum pagi di Dewan Makan. Pihak News Strait Times turut hadir untuk membuat liputan.

LAWATAN KRT TAMAN GURUN JAYA





4/3/2011(Jumaat) - Sebuah lawatan telah dianjurkan oleh Rukun Tetangga Taman Gurun Jaya yang diketuai oleh En. Ibrahim bagi memberi pendedahan tentang pengurusan warga emas dan memupuk nilai-nilai kemasyrakatan kepada 40 orang ahli wanita dari Taman Gurun Jaya.

Jumaat, 4 Mac 2011

MAJLIS PERJUMPAAN DAN RAMAH MESRA KETUA PENGARAH

4/3/2011 ( Jumaat) - Sebuah Majlis Perjumpaan Dan Ramah Mesra Bersama Ketua Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dengan warga JKM Negeri Perlis telah berlangsung di Dewan Seri Kenangan RSK Kangar pada jam 9.00 pagi. Penjumpaan ini adalah bertujuan sesi ramah mesra dan ucapan tahniah atas perlantikan Tuan Haji Hadzir Bin Md. Zain sebagai Ketua Pengarah. Antara aturcara majlis adalah ucapan Pengarah JKMN Perlis, JKMM, nyanyian koir, penyampaian cenderahati dan sesi bergambar serta jamuan makan tengahari.

Selasa, 1 Mac 2011

ZIARAH TUAN PENGUASA RSK KANGAR

28/2/2011 (Isnin) - Seramai 8 orang kakitangan RSK Kangar bertolak ke Pulau Langkawi, Kedah bagi kunjungan ziarah setelah mendapat makluman Penguasa RSK Kangar En. Syahrul Nasir telah terlibat dalam kemalangan jalanraya bersama anaknya. Difahamkan Penguasa bersama anaknya masih mendapat rawatan di Hospital Langkawi. Keadaan keduanya dilaporkan kini stabil. Pihak RSK Kangar mendoakan agar Penguasa dan anaknya kembali pulih seperti sediakala.

PROGRAM JALINAN MESRA & KHIDMAT BAKTI





26/2/2011 (Sabtu) - Kor Sukarelawan Siswa/Siswi Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA), Terengganu bersama Universiti Malaysia Perlis (Unimaps) telah menganjurkan program jalinan kasih untuk memupuk sifat menghormati warga emas dan prihatin pada golongan yang tersisih masyarakat. Antara tentatif program adalah gotong-royong membersih kawasan, sesi ramah mesra dan tayangan filem P.Ramlee.

PROGRAM JALINAN KASIH

25/2/2011 (Jumaat) - Kolej Sains dan Sastera, Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan sebuah program Jalinan Kasih Bersama Penghuni RSK. Seramai 15 orang pelajar telah menyertai program ini yang memuatkan aktiviti sukaneka dan sesi ramah mesra.

REKREASI KE GUA TEMPURUNG, PERAK






24/2/2011 (Khamis) - Seramai 17 orang penghuni sihat dan 16 orang kakitangan pengiring telah bertolak untuk mengikuti aktiviti riadah penghuni ke Gua Tempurung, Lenggong Archeological Musuem dan Muzium Gopeng di Perak. Semua rombongan bermalam di Gopeng Rainforest Resort dan kembali ke RSK Kangar dengan selamat pada hari Jumaat berikutnya.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR



23/2/2011 (Rabu) - Sebuah lawatan sambil belajar yang disertai oleh 45 orang peserta Kursus Pembangunan Sahsiah dari Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) wilayah Utara, (Sg. Petani) telah dianjurkan bertempat di RSK Kangar sebagai salah satu kaedah penerapan dan pembentukan akhlak murni di kalangan penjawat awam.

PROJEK EDIBLE GARDEN


23/2/2011 -AJK Edible Garden yang diketuai oleh En. Arif Fadzilah telah melakukan sebuah gotong-royong mengindahkan tapak projek edible garden.

GOTONG ROYONG MEMBERSIH KAWASAN PERKUBURAN




22/2/2011 (Selasa) - Biro Agama Islam RSK Kangar telah mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Islam RSK Kangar yang dihadiri oleh kakitangan secara sukarela dan penghuni yang sihat.