31/5/2011 (Selasa) - Dr. Hassamn Husseyne Hilmi Bin Mohd Khalid bersama 4 orang pegawai perubatan dari Klinik Kulit, Hospital Tunku Fauziah telah mengadakan pemeriksaan kulit ke atas 37 orang penghuni RSKK dengan kerjasama Klinik RSK Kangar.
Selasa, 31 Mei 2011
Sabtu, 28 Mei 2011
LAWATAN KE TRONG, PERAK
28/5/2011 (Sabtu) - seramai 3 orang pegawai pengiring dan 8 orang penghuni RSK telah dibawa untuk menghadiri kenduri perkahwinan staff RSK di Trong, Perak iaitu jururawat masyarakat Pn. Zakiah Bt Musa. Turut diselitkan aktiviti rekreasi penghuni ke kolam air panas Trong dan menjamu selera di Restoran Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang.
Sabtu, 14 Mei 2011
SAMBUTAN HARI BELIA
14/5/2011 (Sabtu) - 12 orang kakitangan RSK telah mengikuti majlis pelancaran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2011 sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis yang berlangsung di perkarangan Stadium Utama pada jam 8.00 malam. Majlis ini telah dianjurkan Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perlis.
PERTANDINGAN PERGISAHAN KENEGARAAN
14/5/2011 (Sabtu) - Seramai 5 orang kakitangan RSK telah dijemput untuk menyaksikan pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Srikandi, Rumah Kanak-Kanak Arau.
Selasa, 10 Mei 2011
LAKONAN TEATER DI AUDITORIUM TAMAN BUDAYA
Sesi Latihan
Ahad, 8 Mei 2011
MAJLIS GOTONG-ROYONG DI KPG NGULANG
8/5/2011 (Ahad) - Seramai 5 orang kakitangan RSKK telah terlibat dengan Majlis Gotong-Royong Perdana Dun Mata Ayer sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68 DYMM Tuanku Raja Perlis yang berlangsung di Kampung Ngulang Utara, Mata Ayer, Perlis. Program ini berlangsung pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12 tengahari.
Langgan:
Catatan (Atom)