29/12/12 - Kakitangan RSK Kangar, Pn. Romlah Diman dan Pn. Ku Salwa Ku Bahari bersama 3 orang penghuni warga emas telah menyertai Bengkel Aura Wanita 2012 yang bertempat di Dewan Wawasan, Kangar yang dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Malaysia Perlis (RTM, Perlis FM) sebagai sebuah projek amal membantu Palestin. Antara program yang dimuatkan adalah demo masakan oleh Chef Kamarul, pertunjukan fesyen, ceramah motivasi, konsert amal Airmata Palestin oleh artis seperti M.Nasir, Heliza, Nash, Farah Asyikin.
Sabtu, 29 Disember 2012
BENGKEL AURA WANITA 2012
29/12/12 - Kakitangan RSK Kangar, Pn. Romlah Diman dan Pn. Ku Salwa Ku Bahari bersama 3 orang penghuni warga emas telah menyertai Bengkel Aura Wanita 2012 yang bertempat di Dewan Wawasan, Kangar yang dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Malaysia Perlis (RTM, Perlis FM) sebagai sebuah projek amal membantu Palestin. Antara program yang dimuatkan adalah demo masakan oleh Chef Kamarul, pertunjukan fesyen, ceramah motivasi, konsert amal Airmata Palestin oleh artis seperti M.Nasir, Heliza, Nash, Farah Asyikin.
Rabu, 19 Disember 2012
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2012
18/12/2012 - Seramai 10 orang penghuni dengan diiringi 3 orang kakitangan telah dibawa ke RKK Arau untuk meraikan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2012.
Sabtu, 15 Disember 2012
HOME HELP SERVICES JKM
15/12/2012 - Seramai 40 orang sukarelawan JKM peserta Kursus Khidmat Bantu di Rumah (Home Help Services) di Hotel Seri Malaysia, Kangar telah mengadakan lawatan sambil belajar di RSK Kangar yang diseliakan oleh En. Mohd Sabri bin Saad.
Isnin, 10 Disember 2012
KEMBARA ILMU KPWKM
9/12/2012- YB Noriah Kasnon, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia bersama 30 orang peserta Kembara Ilmu telah mengadakan lawatan di RSK Kangar. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Besar, Selangor dengan diiringi Tuan Pengarah En. Abdullah Ali dan Tuan Penguasa En. Manab Mehat beramah mesra bersama semua penghuni disamping makan tengahari bersama.
KENDURI DI RUMAH PEMBANTU TADBIR (PEKERJA SINGKAT)
8/12/2012 - Seramai 14 orang penghuni RSK Kangar telah dibawa menghadiri
majlis kenduri perkahwinan Pembantu Tadbir (Pekerja singkat) Pn. Nadzirah Bt Rosli di Mata Ayer, Perlis.
Ahad, 2 Disember 2012
KENDURI DI RUMAH TIMBALAN PENGUASA
1/12/2012 - Seramai 16 orang penghuni RSK Kangar telah dibawa menghadiri majlis kenduri perkahwinan di rumah Timbalan Penguasa RSK Kangar, Pn. hajah Fatimah Bt Othman di Alor Setar.
Sabtu, 1 Disember 2012
HARI INOVASI 2012
27/11/2012 - Seramai 10 orang ahli kumpulan Inovasi dan ahli Edible Garden RSK Kangar telah mengikuti majlis Hari Inovasi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat yang bertempat d City Bayview Hotel, Penang.
Program ini
dirasmikan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Noorul Ainur
Mohd. Nur dengan tema Inovasi Mengubah Dimensi. Program adalah satu usaha JKM untuk meningkatkan budaya inovasi
sejajar dengan agenda transformasi negara yang berpaksikan penghasilan
mutu perkhidmatan yang berinovatif dan kreatif.
Pengiktirafan diberikan kepada warga Jabatan sempena Pertandingan
Anugerah Inovasi JKM Tahun 2012 adalah:
i). Pertandingan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK).
ii). Pertandingan Anugerah Inovasi. Pengurusan Perhubungan Pelanggan (AI3P).
iii). Pertandingan Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan komunikasi (AIICT).
iv). Pertandingan Anugerah Inovasi Keceriaan Institusi.
v). Pertandingan Anugerah Inovasi Edible Garden Institusi.
vi). Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK).
vii). Pertandingan Inovasi.
Pemenang keseluruhan bagi Anugerah Inovasi tahun ini dirangkul oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu.
Sabtu, 24 November 2012
SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI PERLIS
24/11/2012- Seramai 15 orang penghuni sihat telah dibawa ke Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Perlis di Denai Larian Pengkalan Assam yang terletak di pinggir Sungai Perlis itu, pelbagai kegiatan diadakan
termasuk senam seni warga emas dan pameran jabatan dan agensi selain
pameran kereta lama dan skuter. Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu telah merasmikan sambutan Hari Warga Emas 2012 peringkat negeri Perlis tersebut. Bekas guru, Zain Othman, 80 yang merupakan seorang aktivis masyarakat
diumumkan sebagai ikon warga emas lelaki manakala bekas guru yang kini
seorang usahawan, Azizah Md Taib, 79, diumum sebagai ikon warga emas
wanita pada sambutan itu.
LAWATAN AMAL UUM
24/11/2012 - Sebuah Lawatan Amal dari Biro Kerohanian Dan Sahsiah (BKS) di bawah Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) DPP Petronas yang disertai 40 orang mahasisa dan mahasiswi dan seorang pensyarah telah berlangsung dengan jayanya dibawah seliaan Cik Flora Santi Tahil. Antara aktiviti yang muatkan adalah program gotong-royong, ramah mesra, slot motivasi dan persembahan seni.
CERAMAH MAAL HIJRAH OLEH UNISZA
23/1/2012 - Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebuah IPTA yang terletak di negeri Terengganu Darul Iman telah menganjurkan sebuah ceramah sempena Ma'al Hijrah di Dewan Seri Kenangan Kangar yang dihadiri oleh penghuni-penghuni warga emas dan kakitangan bertugas sebagai sebuah program pengisian rohani.
Jumaat, 16 November 2012
SAMBUTAN DEEPAVALI
15/11/2012 - Ahli Lembaga Pelawat, En. S.Sreetharan bersama ahli keluarga dan ahli M.I.C telah datang membawa kuih muih, pakaian dan duit raya kepada warga emas RSK Kangar sempena Perayaan Diwali. Turut hadir memeriahkan majlis, Pengerusi M.I.C Negeri Perlis.
Selasa, 13 November 2012
SAMBUTAN HARI WARGA TUA PERINGKAT INSTITUSI
12/11/2012 - Sebuah majlis Sambutan Hari Warga Tua peringkat institusi telah dianjurkan oleh Lembaga Pelawat RSK Kangar yang memuatkan program seperti kuliah magrib oleh penceramah jemputan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, jamuan makan malam, persembahan kebudayaan, dan sumbangan wang saku serta cenderahati.
Khamis, 8 November 2012
PENILAIAN EDIBLE GARDEN JKMM 2012
7hb November 2012- Seramai 2 orang panel Edible Garden JKMM yang datang membuat penilaian markah di tapak projek edible garden RSK Kangar. Mereka terdiri dari Hezleen bt Hassan (Bahagian Penyelarasan Hal Ehwal Antarabangsa dan Keurusetiaan , JKMM), Che Ngah b. Ismail (Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat , JKMM).
Rabu, 7 November 2012
RAWATAN PENYAKIT KULIT
6/11/2011 - 5 orang kakitangan unit Dermatologi, Hospital
Tuanku Fauziah, Kangar yang diketuai Dr. Hassanin Husseyne Hilmi Bin
Mohd Khalid dan Dr. Sharifah Farihah Bt Syed Abas telah datang ke Klinik
RSK Kangar untuk membuat saringan pemeriksaan penyakit kulit bagi 30
orang penghuni dengan diseliakan oleh Pn. Zakiah Musa, Pn. Chitra Majesparan dan Cik Siti Sapur Md Fauzi.
Selasa, 6 November 2012
LAWATAN SAMBIL BELAJAR MAHSA UNIVERSITY COLLEGE
6/11/2012 - Seramai 72 orang pelatih jururawat MAHSA University College dari pusat pembelajaran Kuin Alor Setar, Kedag bersa,a 6 orang pengiring telah datang membuat lawatan sebagai pendedahan kepada penjagaan warga tua. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah sukaneka warga emas, gotong royong dan sesi ramah mesra.
Langgan:
Catatan (Atom)