27-28/2/2012 - Seramai 10 orang kakitangan RSK Kangar termasuk Tuan Penguasa mengikuti Konvensyen Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2012 yang berlangsung di Dewan 2020, Kangar. Konvensyen yang dirasmikan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis ini telah menjemput beberapa pembentang seperti YB Briged Jeneral Dato' Prof Dr. Kamarudin Bin Hussin, YB Prof. Dato' Dr. Ismail Bin Ibrahim, Sahibus Samahah Dr. Haji Juanda Haji Jaya, dan sebagainya.
Rabu, 29 Februari 2012
Selasa, 28 Februari 2012
KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN
28/2/2012 - Sebuah Kursus Pencegahan Kebakaran telah kendalikan oleh Pasukan Bomba Dan Penyelamat dari Balai Bomba Kangar yang dianjurkan oleh RSK Kangar bertempat di dataran RSK. Fire drill turut diadakan bagi melatih kakitangan dan penghuni bagi persediaan kemungkinan berlaku kebakaran dan kaedah menyelamat.
Ahad, 26 Februari 2012
LAWATAN KERJA YB MENTERI KPWKM KE RSK KANGAR
25/2/2012(Sabtu) - Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Y.B Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil telah mengadakan lawatan kerja ke Rumah Seri Kenangan Kangar dan menyampaikan peruntukan kepada pengerusi NADI Negeri Perlis. Lawatan beliau turut diiring oleh exco Negeri Perlis dan Pengerusi dan ahli Lembaga Pelawat RSK Kangar.
Khamis, 23 Februari 2012
LAWATAN GURU KAFA
22/2/2012 - Guru KAFA dari Kampung Utan Aji telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar dan mengadakan program keagamaan di surau selain jamuan minum petang dan menyumbangkan derma RM500 untuk kegunaan penghuni muslim.
KURSUS PEMANTAPAN SASARAN KERJA TAHUN 2012
21-22/2/2012 - Seluruh kakitangan RSK Kangar telah menyertai Kursus Pemantapan Sasaran Kerja Tahun 2012 secara berperingkat selama 2 hari bertempat di makmal komputer Kolej Komuniti Arau, Jejawi.
Isnin, 20 Februari 2012
PERTANDINGAN FILEM P.RAMLEE
19/2/2012 - Seramai 10 orang penghuni telah dijemput bagi untuk menghadiri Majlis Pertandingan Filem P.Ramlee yang berlangsung di Auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perlis.
Sabtu, 18 Februari 2012
PENGESANAN PENYAKIT TIBI
17/2/2012 - Dr. Haji Abdul Karim dan Dr. Adibah Abdul Halim bersama 1 orang PPP dan 1 Jururawat Masyarakat telah datang ke Klinik RSK Kangar untuk membuat pemeriksaan dada dan memberi keputusan X-Ray ke atas 100 orang penghuni dan 30 orang kakitangan setelah seorang penghuni Esah Bt Din di dapati positif penyakit Tibi.
Jumaat, 17 Februari 2012
Rabu, 15 Februari 2012
LAWATAN PEMBANGUNAN SAHSIAH 1/2012
14/2/2012 - INTAN Wilayah Utara, telah mengadakan sebuah lawatan bagi peserta Kursus Pembangunan Sahsiah yang di seliakan oleh Haji Azhar Omar.
Langgan:
Catatan (Atom)